Friday, November 28, 2003
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
and...
happy birthday to Rosmah and Izzaty too...
Wednesday, November 26, 2003
Khairil Johari Johar
Sepasang Kurung Biru
Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...
Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...
( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku
Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...
( ulang korus )
memanjang raya jek dengar lagu nih. kekadang tak raya pun aku pulun dengar lagu nih jugak. Tapi aku tahun nih tak pakai kurung biru. Kurung aku warna hijau. Kelam kabut balik kampung, baju raya tertinggal KL. Belasahh.. pakai aje baju lama. Nak jemput balik KL tuh.. bertuahhh :p
Mak o mak, lamo bona orang ni poie meminang
Sumo eh cukup tak ado yg kurang
cincin sebontuk, barang lain tujuh dulang
Jang oh jang
Memang adat eh orang meminang
Banyak perkaro yang perolu dibincang
Ai banyak eh kojo ondak dirundingkan
Yang empunyo badan dah berkonan apo nak dirundingkan
Ai jang.. sonang ehh kau nak kan anak orang
Dulu dah cubo tak jadi
Baghu bocadang, orang pulak motong jalan
Abih camno kalau tak diteghimo
Abih camno hai hai hai
Jang oh jang
Sabar dulu jangan ekau ghisau
Sekojap laie baliklah paklong kau
Ai tabahkan hati tonang jangan jadi sasau
Mak oh mak, memang lambek ko orang meminang
Apo di buek eh ceghito panjang panjang
Ai badan sey ini mak oi dah mulo domam- domam
Jadi tak jadi.. jadi tak jadi…
Dah iyolah tu (mengiro jarilah pulak)
Tak ado ko mano Milah tu Jang oi
Milah tu yo lah mak, abah dio tu yang cerewet bona
Semo nak di perekso ehh
Kok iyopun sabarlah dulu
Tak roti- roti di koba kek orang lah kau nih
Ghimeh botul den
Iklan TV3 sempena raya ada satu dialog kata.. "Apo Kono Eh Jang?". Iklan itu mendapat sambutan hangat dalam family aku. Membangkitkan nostalgia cerita Ujang dan Milah. Black yo yo an cari sampai redah kedai kaset lama. Dan semenjak pagi tadi.. lagu tuh berputar. Sampai aku rasa kalau ujang nyanyi live... memang kompem dia kehilangan sore permanent...
Saturday, November 22, 2003
Suaranya, kata- katanya, rasa terngiang- ngiang ditelinga saya. Puas saya cuba hilangkan bayangan, tapi dia tetap bermain di mata saya. Mereka yang lain bertanya, kau ok? Kau tak pa pe ke? Kau sihat? Saya tertawa. Cuba menunjukkan emosi stabil Semua berusaha buat muka maintain. Cuba berlagak normal serta rasional seakan tak ada apa yang berlaku. Tapi hakikat sebenar kita semua rasa kehilangan kan? Saya tak mampu. Saya tak pandai berlakon. Dalam tawa, air mata saya masih mengalir juga. Suaranya masih terdengar dengar jua. Gerak lakunya tergambar di ruang benak saya.. Saya terfikir, saya cuma seorang kawan. Seorang sahabat yang kehilangan. Sahabat yang bergaul cuma diwaktu libur. Masih lagi terawang awang. Masih tak percaya telah ditinggalkan. Bagaimana dengan keluarganya? Tentu lebih lagi rasa kehilangan.
Kita sering bergaduh. Sering bertelagah pendapat. Kau pernah marah aku sangat- sangat dan aku pernah benci kau sangat- sangat. Tapi aku tetap sayangkan kau walaupun kini kau tak di sisi aku lagi. Aku cuba tenang. Belajar menerima hakikat. Belajar menjadi seorang yang rasional.
Friday, November 21, 2003
Innalillah.. takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Hanafiah Nozlan.
Dari sudut pandangan seorang kawan, arwah adalah seseorang dalam hidup aku. Dia baik. Sedikit sebanyak. arwah pendorong pada kejayaan aku. Walaupun panas baran. arwah setia kawan. Arwah akan berusaha bantu kawan walau apa pun keadaan dia. Tak pernah berkira. Aku sayang sangat dengan arwah. Dia kawan yang baik. Kawan bergaduh yang paling baik. Aku tau.. lepas ni aku mesti rindukan arwah sangat- sangat. Takkan ada ruang untuk aku bergaduh dengan dia lagi.
Semalam arwah hantar message pada aku. Dia kata dia nak balik. Tapi aku tak pernah terfikir yang dia nak balik pada Pencipta.. Awal puasa, arwah janji nak jemput aku balik kampung. Tapi yang jadi, Aku yang hantar arwah ke tanah perkuburan. Arwah pernah cakap.. yang dia takkan sempat datang majlis kawin aku.. aku sempat pukul kepala die ngan majalah kat tangan aku. Dan cakap balik. "aku tau.. ko memang takkan datang... sebab ko tak sampai hati tengok aku naik pelamin" Niat aku cuma bergurau. Sungguh aku tak sangka arwah akan pergi tinggalkan aku. Tinggalkan kami kawan- kawannya. semua orang tak sangka. kata Sudin, arwah sihat saja semalam. Masih bergelak ketawa bersama. Tapi pagi tadi Yang Berhak dah ambil dia dari kami.
Yang hidup pasti akan mati. Yang datang pasti akan kembali. Alhamdulillah.. arwah di jemput dalam bulan Ramadhan yang mulia. Di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang- orang yang beriman.
Thursday, November 20, 2003
Raya datang lagi.. woiishehh.. duit raya, baju raya, kueh raya, langsir raya, sarung kusyen raya.. segala benda sekarang nih kena sangkut paut ngan raya. Semua dah tuding jari ke muka aku. Sepakat menjeling- jeling kat aku. Weii.. ingat aku keje kompani besar, gaji aku besar ke???? Tukang sapu tu lagi besar gaji dia dari aku tau! Agaknya kat dahi aku ada cop “Perbelanjaan raya pada tahun ini di sponsor oleh adik”
– mak cakap.. sape yang ade pakwe/makwe kena sponsor kueh raya, sbb nanti raya depa nak datang makan. aku cakap.. pakwe adik kompem tak datang, di jamin, so tak payah sponsor kueh raya. Mak cakap plak, raya nanti ko jangan makan kueh. Aku cakap, adik mmg tak makan kueh merepek- repek tu. Yang makan cucu mak, suruhlah mak ayah dia buat. Mak jeling aku. Aku sengih..
– mak cakap, raya tahun nih kena sediakan duit raya kat anak buah. Aku cakap.. atas 12 tahun tak layak terima duit raya. Boleh tolak 5 orang. Tapi masih ada lagi 18. Aku fikir, baik tambah syarat kelayakan, bawah 7 tahun sahaja yang layak menerima duit raya. Yang dah sekolah tak layak sebab hari hari terima belanja sekolah. HAHAHAHA.. saiko weeii.. anak buah aku jek 18 orang, yang sebelah rumah tu 5 orang.. dah 23. Tambah lagi anak cucu mak yang kecik kecik yang berpuluh puluh tu.. (sape yang bakal jadi husband aku kena ambil kira nih pasai.. lepas- lepas nih aku nak cakap.. “sesiapa yang nak duit raya.. pi mintak ngan paksu korang”)
– mak cakap.. dulu acik yang banyak berhabis bila tiba raya. Sekarang ni kau pulak. Aku cakap.. tahun ni jek.. lepas nih.. tunggu lima tahun lagi baru ganti balik langsir, sarung kusyen, cadar, alas meja segala. Tak pun tunggu adik nikah nanti. Itupun kalau ada budget. Mak jeling aku
Raya tahun nih aku rasa agenda tetap tak berubah. Raya pertama mmg aku dengan mak sahaja, (abah tengok keadaan). Aku cakap kat mak, baik buat lemang, ketupat bagai tu.. lepas semayang raya. Depa semua balik raya pertama petang, tak pun raya kedua. Tadelah kena duduk tengah panas berjerang atas api di akhir puasa. At least, kalau buat raya pertama tu.. boleh gak nak teguk- teguk air peti ais tu.. Bernas kan alasan aku.. tapi mak tak pernah setuju. Tak sporting tul mak aku nih. Nak tukar sikit tradisi pun tak boleh. Yang berpanggang atas api tuh nanti akuu jugak.. aiyakkk.. nih rasa nak balik rumah mak mertua nih..
Tapi.. walau apa pun juga.. aku tetap nak balik kampung sabtu nih.. aku nak balik raya ngan mak aku. Takpelah.. jadi balaci pun balaci la.. lebih baik jadi balaci dari sambut raya sensorang kat tempat orang..
"Mari kito merantau poie merantau..
namun laman takanang juo,
mari pulang, marilah kito pulang
nyambut ghayo kito semuo"
Tuesday, November 18, 2003
Ai yem spirit.. choishh.. tipu jah tu..
Your element is Spirit. You are above most Earthly things or like to think you are. More mysterious than any of the other elements and twice as dangerous. You tend to be a loner and whatever you believe in it verges on fanatical. Be careful because Spirit has no true substance and can get lost.
What's your element
powered by quizilla
Friday, November 14, 2003
Bila journal aku terupdate maknanya aku ada keinginan menaip dan ada masa terluang untuk menaip di tempat kerja. Kalau banyak benda yg di update maknanya aku makan gaji buta hari itu. Kalau sikit, ertinya aku buat kerja. Maka dengan itu, hari ini aku akan makan gaji buta buat kesekian harinya.
Semalam aku telefon kampung. Mak kata abang saad (husband acik) eksiden. Masuk hospital. Langgar wira. Aku tanya mak.. kena balik ke? Mak kata.. tak lah teruk mana. Tak balik pun tak apa. Nak balik pun boleh juga. Jadi. Aku ambik yang pertama. Tak payah balik.. kalau balik pun bukan leh buat apa. Aku bukan doktor.
Aku tanya pasal abah.. sebab minggu lepas aku balik.. abah diserang sakit melampau. Pukul 3.00 pagi ambong kejut aku mintak tolong urutkan belakang abah. (agaknya kat dahi aku ada tertampal poster ‘tukang urut’ ) Dengan muka mamai- mamai + mengantuk aku mengurut. Cik Mubin dan ateh pakat nak bawak abah pergi hospital malam tu jugak. Abah tak nak. Ambong pujuk, abah kata “esoklah”. Aku dok pandang jek.. tatau nak kata apa. Tak pernah tengok abah macam tu. Selama ni aku tengok dia sihat jek. Mak kata lagi “abah ko tak do nih, dio dah balik kolompo, anak dio jomput hari tu” aku kata.. “ohh.. tak pelah.. dah tu mak tinggal ngan sape?” “sapo lak laie, soghang la” aku plak jawab.. “hehhe.. padan muka” ayokk.. tak senegheh punya anak. Patut di cili aja mulut yang macam ni.
Sebelum balik.. sempat jugak beronline dengan 'orang itu'. Bagitahu.. duit raya sudah di poskan, termasuk barang. Nasib baik tak banyak songeh. Orang dah beli.. untung.. nak banyak ‘temeneh’ beli sendiri. :p tanya juga.. nak keluar dengan kawan sekolah lama aku (yang sebetulnya kawan dia). Nampak gaya membenarkan. Tak lah menjadi kewajiban untuk mintak izin.. tapi dalam beberapa kondisi orang tu perlu juga tahu tentang pergaulan aku kat sini. At least apa- apa berlaku, dia tahu, pada sapa dia boleh refer. Kawan aku (yg sebetulnya kawan dia) ada gak tanya “awak ko tau tak ko kuar ngan aku ni? Dia tak marah ke?” aku jawab.. “ntahla.. rasa tak marah kot..”
Sebelum berbuka, Azhan tepon, ajak kuar. Aku tanya ngan sape lagi? “Ngan Ariffah”. (antara budak terlawa kat sekolah aku dulu). Malam lepas berbuka, solat segala, aku di bawa melawat seluruh UM oleh dua manusia itu. Seorang mengharap, seorang menolak harapan. Tapi masih lagi baik. Aku duduk tetengah. Dendiam. Tapi banyak gakla menyampuk. Dah azali aku banyak cakap. Gelap. UM tak nampak apa. Cahaya lampu wira tu tak mampu nak menunjukkan seluruh UM pada aku.
Sebelum pukul 12 aku dah melepek dalam bilik. Mengulang baca 1515, tulisan Faisal Tehrani. Mata tamau lelap selepas belasah secawan teh tarik dan barli suam di Uptown bersama seorang yang mengharap dan seorang yang menolak harapan. Aku tak sedar bila mata aku pejam sampailah pukul 6.30 pagi. Agh!! Miss sahur aku hari nih.
Thursday, November 13, 2003
myswatchiez: nadia: Kalau sesuatu itu telah ditakdirkan Allah milik kita, walau ia berada di seberang laut dan dalam keadaan merangkak sekalipun ia akan tetap datang ke pangkuan kita. Namun sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan bukan milik kita, walaupun telah kita kunyah dan telan namun ia tetap akan dimuntahkan juga."
Ina: pasal ko LOSER..
Moja: babihla
Moja:
Ina: batal pose!
Moja: asal?
Moja: senang ati mak tiri ko jek
Ina: ko cakap tak elok
Moja: dah ko kata aku loser sial
Ina: mmg loser pun kan?
Moja: sial la
Ina: baca lek lok aku type nih
Ina: LOSERRRRRR
Ina: LOSERR
Moja: babiihhhh siallll
Moja:
Moja: cam gampang
Ina: terima jeklah hakikat
Ina: ko tuh loser
Moja: siallll
Ina:
Ina: hahhaha
Ina: hakikat.. nak buat camana
Moja: lancau ahh
Moja: cam sial
Moja: kjadka kasdj KLAJJJ
Moja: woi pompwan
Moja: mana ko?
Moja:
Moja: woi
Moja: woiii
Moja: djkjfl;d
Moja: lina
Moja: ina
Moja: ko marah ke
Moja: sorry aa beb
BUZZ!!!
BUZZ!!!
Moja: lina
Moja: mana ko
Moja: sorry beb
Ina: ada
Ina: lom mati agi
Moja: sorry ahh
Moja: seriyess aku takleh terima ko cakap aku loser
Ina: its not bout loser sebenarnya
Ina:
Ina: ini sbb ko tak realistik
Ina: ko tak berfikir
Moja: pengkhianatan yg aku taleh terima sial
Ina: siapa khianat?
Ina: ko ke dia?
Ina: hello.. bangun pliz
Ina: dah 2 tahun
Ina:
Ina: plisla..
Ina: ko yg betray dia
Moja: aku still sayang dia
Ina: sayang?
Ina:
Ina:
Ina: d’ hell la ko nye sayang
Ina: aku nih kawan ko ja
Ina: aku berani kata ko kawan baik aku
Ina: tapi aku tak penah agree ngan ko lam hal ni
Ina: ko buat dia cam sampah
Ina: ko ingat tak?
Ina: ko buat die cam SAMPAH!
Ina: then ko kata ko sayang dia
Ina: otak ko kat mana?
Ina: lutut?
Ina:
Moja:
Moja: ok
Moja: fine
Moja:
Moja: aku buat silap
Moja: tapi seriyes aku taleh terima
Ina: u have to
Ina: ko tade choice
Ina: dia perlu kehidupan dia
Moja: tapi bukan ngan that guy
Ina: ko sape nak halang dia?
Ina: dah la ja..
Ina: ko dah ada diah..
Ina: dah hepi pun ngan minah tu
Ina: biarlah die ngan buadk tu pulak
Ina: tayah nak sibuk2 dah
Moja:
Moja:
Ina: realistik lah dude
Ina: dia bukan utk ko
Ina: takkan ko sorang jek nak hepi
Ina: ko tanak dia
Ina: tapi ko tak bagi dia ngan orang lain
Moja:
Ina: ko dah buang dia
Ina: ko tak layak cakap macam ni
Ina: even pada aku
Moja:
Moja: ko mara\h aku ke
Ina: bukan hak aku nak marah
Ina: tapi///
Ina: aku mmg tak pernah agree ngan benda ni
Ina: mmg dr dulu lagi ko treated die cam sampah
Ina: ko tak hargai dia pun
Ina:
Moja: aku tau
Moja: aku buat salah
Moja: tapi die tak boleh revenge macam ni
Moja: seriyess aku taleh terima sial
Moja:
Ina: dia tak perlu penerimaan ko
Ina: itu jalan dia
Ina: hak dia
Ina: ko sape?
Moja:
Ina: ingatla..
Ina: korang sekarang dah ada kehidupan masing2
Ina: dah ada otak tuk berfikir
Ina: rasional..
Moja: aku tau
Moja: tapi dia tak boleh buat macam ni kat aku
Ina: kecewa tu biasa
Ina: tapi ko kene terima
Ina: dia dah ada orang lain
Ina: dia bukan utk ko
Ina: habis?
Ina: ko boleh buat dia camtu
Ina: dia tak bleh buat ko
Ina: HAHAHA
Ina: lawak arr dude..
Ina: seriyes lawak badut
Ina: HAHAHHAH
Ina: rasa nak guling2
Moja:
Moja: aku betul ni
Ina: ko ingat aku memain?
Ina: mmg lawak..
Ina: sakit perut tak tahan...
Ina: sekali lagi
Ina: HAHHAHAHHA
"sering kite tak hargai sesuatu yg kita dah miliki.."
Saturday, November 08, 2003
kita share bulan lah nampak gayanya een.. tak sangkalah pulak.. apa pun.. jadilah manusia yang berjaya mengontrol hati dan perasaan. bersemangat waja! Gambatte
selamat hari jadi..
selamat hari jadi..
selamat hari jadi een..
selamat hari jadi..
"semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat"
“Polis sentri one two jaga
Polis mati pencuri jaga”
“Malam yang sepi pi pi
pak mat jual topi pi pi
topinya koyak yak yak
pakmat jual tempoyak yak yak
tempoyaknya basi si si
pakmat jual nasi si si
nasinya enak nak nak
pakmat jual anak nak nak
anaknya hilang lang lang
pakmat jual gelang lang lang
gelangnya patah tah tah
pakmat jual getah tah tah
getahnya putus tus tus
pakmat langsung mampus pus pus”
“AssalamualaikOm.. kom apa?
KombEt.. bEt apa?
BetmEn.. mEn apa?
Mentol.. tol apa?
Tolak.. lak apa?
Laksa.. sa apa?
Sate.. te apa?
Tekong.. kong apa?
Kongkang.. kang apa?
Kangkung.. kung apa?
Kungfu.. fu apa?
Fulus.. lus apa?
Lusa.. sa apa?
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh….. yei.. geli sama dia”
“da da da sida sida da si, si kata furu laya- laya tok tok tok,laya laya tok tok, one, two, three, four, five, six, seven, eight, nine, ten (kelepap! Ketuk tangan kawan sebelah kekuat.. bagi merah sama dia….”
“Jan jan jaluk itik jaluk anak ayam.. berapa lubang kancil, seratus lima puluh, panggil mak minah makan nasi pulutttt meeeeraahhhhh” yei! Dapat tangkap sorang.. nak apa? Epal ke oren? Epal! Yei.. ko jadi gang aku
Uishh… kalau di ingat ada banyak lagi permainan yang aku pernah mainkan. Lom kira main masak- masak.. perang perang, sorok sorok, buaya- buaya, konda kondi, galah panjang, lompat getah..”zero point” ngan ntah apa mak nenek yang lainnya. Dulu zaman tu.. aku bermain atas tanah. (taklah bebudak cam zaman sekarang.. terkurung lam jeriji besi.. cam penjara)
Bercampur gaul lelaki perempuan bukan muhrim tanpa rasa bersalah mahupun malu. Bila time gaduh siap sepak terajang. Gusti siap style smack down tu tayah kire arr.. selagi tak hilang suara mak menjerit kat laman.. selagi tu aku tak reti nak jejak rumah.. kekadang, siren berenti sendiri.. maknanya adalah batang ubi menanti aku ngan abang aku kat laman. Time tu tak pandai lagi fikir andai kata terajang punya terajang, kena tempat “tu” boleh menyebabkan kawan lelaki kau besar nanti tak boleh kahwin. (Nasib baik tak ada)
Cuma aku kagum dengan permainan dulu- dulu. Siapa yang mencipta? Terlalu creativekah budaknya? Zaman dulu mana ada telefon. Mana ada medium yang boleh spread out sehebat zaman ini. Internet, sms ngan segala mak nenek kemudahan. Tapi.. setau aku dari utara sampai selatan, permainan ini tetap dimainkan oleh budak- budak yang sebaya, Dengan irama lagu yang sama pulak tu – mungkin lirik jek sedikit berbeza ikut dialek daerah mahu negeri. Kagum!! Dan rasa macam best lah pulak. Yang sangat kagum, kawan aku di sarawak sana pun pandai main dan nyanyi lagu lagu tuh semua just dialek jek berbelit belit. Bila di tanya.. ntah.. tau tau mmg dah ada je permainan macam tu.. berhak tak aku kagum? Berhak kan? kan?
Friday, November 07, 2003
Drpd satu segi lebih baik tak tahu dr tahu. Sebab adakalanya kebenaran itu memedihkan. Tapi.. dah semulajadi sikap manusia, semangat membuak buak nak tahu menyebabkan kita tak berfikir panjang baik buruknya kebenaran yang akan kita terima dengar. Kita akan berusaha mencari, meneroka sesuatu cerita untuk mengenal pasti kesahihannya. BETUL KE TAK? Kita akan terus tertanya- tanya. Pastu bila dah tahu.. kita akan kecil kecil hati sendiri padahal sebenarnya, benda tu bukanlah satu masalah.
Dari segi typical ordinary perempuan macam aku, mesti sibuk- sibuk nak tahu sejauh manalah sayangnya teman lelaki pada aku. Normal lah tu kan? Mulalah selagi boleh try harder to find out what, who, why and so on. Dan.. normal lah juga if after that kepala u full of asap coz kisah dia yang ala- ala buaya naga buana. Mesti timbul rasa sedikit curigakan? Kan? Kan? Sebab aku bukan dicipta as malaikat. Aku hanya ordinary people yang di anugerahkan perasaan cemburu, marah, syak wasangka dan seribu macam rasa. Pastu baru rasa.. alangkah baiknya kalau kita tak payah ambil tahu kisah silam dia bersama wanita- wanita lain itu.
Ada satu segi pulak.. elok juga kita tahu. Supaya kita tak ulang kesilapan yang sama. Supaya kita tak menyusahkan orang lain dan disusahkan orang lain. Supaya kita juga ada point untuk defends diri kita, supaya kita boleh counter back orang lain and so on. Eloklah banyak tahu drpd tak tahu. Untuk kita lebih bersedia dalam banyak perkara.
Dalam case yang lain..
Yang tak tahu, ya! saya sudah ada awak = teman lelaki = boyfriend = future husband (InsyaAllah) . Yang dah tahu.. ya! awak = zul = burex.
Pada yang tak tahu, terima kasih sebab sudi memadan- madankan aku ngan kawan- kawan korang.. Itu menunjukkan korang ambil berat pasal aku yang kononnya single & lonely.. (buruknya description..) sekarang aku dah bagitahu.. terima kasih sebab faham kenapa aku tak boleh menerima orang yang korang nak padankan. Sedap hati buah pinggang korang jek nak kenakan aku ngan dia. Kok ala- ala Tom Hanks tak pe jugak.. hahahaha
Thursday, November 06, 2003
Pn Aida: muka gaban je budak kecik
Pn Aida: tak baik lagi?
Pn Aida: ke kena tinggal encik awak?
Ina: belum kena tinggai gi
Ina: bakal kot
Ina: hahahha
Ina:
Pn Aida: ish ish ish
Pn Aida: ada ke ckp mcm tu
Pn Aida: berkat Ramadhan
Pn Aida: jadi betul nanti baru tau
Pn Aida:
Ina: ntahlah kak
Ina: malas nak pikir
Ina: imaginasi saya nih zalim sket
Pn Aida: budak mas memang
Pn Aida: creative
Ina: :lp
Ina:
Pn Aida: creative pd benda yg tak elok
Ina: jom lah mai umah
Pn Aida: ha hosmet camana?
Ina: jarang ada rumah
Ina: tapi ratu cantik
Ina: orang ganu
Pn Aida: awak tu pun cantik jugak
Pn Aida: rendah diri sangat
Ina: HUMPPPPPP.. (kembang- kembang)
Ina:
Ina: :0
Pn Aida: teruk nampak muka
Ina: awat? muka alien ka?
Pn Aida: ambik mc la
Ina: malas arr nak turun
Ina: bukan doc nak bagi pun
Ina:
Pn Aida: pucat sgt
Pn Aida: mata stim kuyu
Pn Aida: takkan doc tak bagi
Ina: doc tu kejam
Ina: gile kedekut mc
Ina: agaknya dah van jenazah kot baru nak bagi
Ina: tu pun kalo nak bagi
Ina:
Pn Aida: ishhh takla sampai mcm tu
Pn Aida: akak hari tu senang je dapat
Pn Aida: kalau awak pergi mesti dapatla ni
Pn Aida: muka pucat lain macam je
Ina:
Ina: ala.. jgn tertipu ngan saya ni kak
Ina: kuar jek dr GB ni
Ina: sihat walafiat lah semula
Pn Aida: ke rindu orang?
Ina: hahahha
Ina: rindu kakkkkk rindu sgt..
Ina: mak abah arwah atuk
Pn Aida: cik abang tak rindu?
Ina:
Pn Aida:
Ina: dia tak rindu saya pun
Ina: penatlah saya kak..
Ina: saya sorang jek nak rindu dia
Ina: dia tak kisah pun saya
Ina:
Pn Aida: alaa.. mana awak tau
Pn Aida: dulu awak juga kata
Pn Aida: dia sibuk
Ina: mmgla.. saya ni jek yang tanak paham
Ina: :9
Pn Aida: sabar sabarla
Ina: saba lah ni kak
Ina: kalau tak ..
Ina: ntahla..
Pn Aida: batuk teruk lah awak
Ina: tu lah tu
Ina: kuat sgt ke?
Ina: menganggu sgt ke
Pn Aida: pi lah turun
Pn Aida: ambik obat
Ina: ala.. penangan rumah baru
Ina: tu yang demam tu
Pn Aida: awak tu yg antibodi tak kuat
Pn Aida: dr mula masuk GB dulu pun selalu macam ni
Ina:
Ina: nyeh nyeh
Ina: tapi tak pernah gak dapat mc
Pn Aida: dah awak tak pergi
Pn Aida: camana nak dapat mc
Ina: ye la yelaaa
Ina: sat agi saya pi
Ina:
Pn Aida: takkan adanya tu
Ina:
Ina: percayalah saya..
Ina: sat gi saya pi
Ina: doc.. here i commeeeeeeeeeeee
Ina: wait 4 me doc
Pn Aida: memacam
Pn Aida:
Ina:
Pn Aida: kak nak buat keje sikit
Pn Aida: gi nanti
Ina: hait..
Ina: baiklah
Ina: woret
Ina: selamat kije
Ina: saya jugak yang tak buat2 kije lagi
Pn Aida: bye
Ina: tataaaa.. titiiiii tutuuu traaaa lalalalal
Ina:
malas betul aku nak jumpa doktor.. padahal bukan jauh pun.. bawah ni jek.. bukan kene turun tangga pun.. lift ada 6. tu pun malas jugak. ayakkkk
dem!! seriyes aku kecik ati. Aku tak paham atau tanak paham atau tak cuba memahami?
memaksa dan membuat paksaan untuk orang ikut telunjuk ko? ko sape? dulu kata kuat.. dulu ko kata boleh handle.. la nih?
macam ni la.. ko duduk diam- diam.. tarik nafas panjang- panjang.. lepas... hummpp.. tenanglah hati.. hati.. jangan kecik lagi.. kena besar- besar.. kena kuat..
Wednesday, November 05, 2003
Alhamdulillah.. aku dapat anak buah baru.. lelaki.. Azlan Shah bla bla bin Suhaimi. (Terpaksa tambah satu lagi sampul surat duit raya) Tak ingat nama penuhnya. Mak yang cakap dalam telefon. Dalam pada borak- borak.. mak tanya.. kenapa suara kau? Serak lain macam? “Demam sikit” aku jawab. Mak tanya lagi “Apasal? Balik kerja berhujan ke?” Aku jawab.. “Taklah.. demam rindu orang jauh” gelak- gelak sikit supaya mak tak risau. Aku dapat bayangkan yang mak sedang tarik muka, menyampah dgn kata- kata aku. Pelik pulak bila mak mula ambil berat pasal aku. Padahal sebelum- sebelum ni rasa macam anak terbuang jek.. Agaknya mak dah sedar yang dia ada anak perempuan seorang lagi selepas Black. Anak dia ada lapan bukan tujuh.
Sungguh.. memang aku rindu orang jauh. Sangat- sangat rindu. Sampai mengganggu tidur malam aku. Buat aku mengalir air mata setiap kali teringat padanya. Tapi orang jauh tu bukan awak aku. Memang aku rindu awak aku dan awak aku jauh. Tapi rindu aku pada dia taklah membuat aku terigau- igau, taklah sampai nak mengalir air mata. Aku rindu orang yang sangat jauh. Lagi juta- juta batu tak terkira jauhnya. Aku rindu abah kampung.. Atuk aku. Sungguh! Aku rindu arwah atuk aku. Sangat- sangat rindu.
Aku dah bekerja. Bekerja dalam erti kata .. berkerjaya. Tahun ni tahun pertama aku menghulur duit raya pada anak- anak buah aku. Pada cucu cicit emak aku. Tahun ni patutnya tahun pertama aku menghulur duit raya pada abah kampung, atuk yang membela kami adik beradik. Tapi tu la.. tahun ni aku tak boleh bagi duit raya, tak boleh nak cium tangannya lagi. Yang aku boleh buat.. sedekahkan bacaan yasin dan Al- Fatihah. Mendoakan semoga roh nya diberkati Allah. Tak di timpa seksa kubur yang berat- berat.
Tuesday, November 04, 2003
KALAU BULAN BISA NGOMONG
Kalau bulan bisa ngomong
Dia jujur tak akan bohong
Seperti anjing melolong
Tiap hari kuteriakkan namamu
Ya namamu
Kalau bulan bisa ngomong
Ada cinta yang terlalu
Ada rindu yang terlalu
Semua serba terlalu
Padamu
Ya padamu
Aku kehabisan kata
Dan hampir tak dapat bicara
Dalam hati hanya ada rasa
Yang tak dapat aku pamirkan
Pada saja lagu atau bunga
Demi kamu aku pamit
Sebentar aku ke langit
Akan ku kendong rembulan
Ku kantongi bintang- bintang
Segera ku bawa pulang
Untukmu
Ya untukmu
Kalau bulan bisa ngomong
Sayang bulan tak bisa ngomong
Coba kalau bisa ngomong
Ia pasti tak akan bohong
Tentang cinta
Cinta kita
A au
Monday, November 03, 2003
Moja: pompwan!!!!!!
Moja: hp masuk ayerka?
Moja: dah hina nyamat tak mampu top up?
Moja:
Ina: function lagi tp buat masa nih guna baru
Ina: tapi mmg hina gek egehh pun lanih..
Ina: baru pindah rumah
Ina: pakai duit banyak gile
Ina: nak reload pun tak mampu
Ina:
Moja: yelehhh.. apa baranggg
Moja: kata ezek
Ina:
Ina: ezek setakat keje tukang buat air
Ina: ko ingat gaji ribu2 ke
Moja: jom minum
Ina: CEO pun ada masa hina gak apa..
Moja: pekene cendol pulut..
Moja: layan gak ni
Moja:
Ina: layannnnnn.. jom jom
Ina: dahaga gaks nihh
Ina: dapat air batu campur siap eskrim tu laaagii layan
Ina: panas hangat hangat kat luar ni
Ina: kalo dapatla.. perghhh
Ina:
Ina: nikmat ke tulang sum sum
Moja: vasss
Moja: dapat pulak hagen dazz semangkuk
Moja: masyukkk
Ina: slurrppp!!! Ahhhh
Ina: nikmat seii
Ina: rasa milik dunia
Moja: manis manis butiran jagung..
Moja: lazat nyamatttt
Ina: zasss gile..
Moja: harus vass doh
Ina:
Ina: nyeh nyeh
Ina: bila dingin air batu yang halus2 tu kena kat bibir kan..
Ina: Maha Suci Allah yang menciptakan makanan sesedap rasa
Moja: pehtu ais yang masuk
Moja: kena kat lidah..
Moja: meresap dengan rasa manis air gula
Moja: pehhhh
Moja:
Moja: layannnnn
Ina: mmg kena layan
Moja: sssss…. sedap dohh
Moja: ahhh…. sss..uhhh… ahhhh
Ina: mmg sedapp.. nikmattt
Moja: memanggg
Moja: sedap sangat
Moja: uhh…. ahhh.. tak tahann
Moja: erghh.. ahhhh.. uhhh.. sedapnyaaaaaa
Ina: weii
Moja: uhhhh nikmatnyaaaa
Ina: bunyi bunyian apa camtu?
Ina: orang minum cendol senyap jek
Ina:
Moja: lerr.. ko cakap pasal cendol ke dohh
Moja: aku cakap sedap lain
Ina: uwaaa….
Ina: apo ko nih.. busuk arr
Ina: otak kuning
Moja: apa plak
Moja: aku cakap pasal makan abc icecream
Moja: ha!!!!
Moja: sapo yg otak kuning
Moja: ko la koto
Moja: otak banyak kaler duhhh
Ina: ahh tade tade
Ina: ko la..
Ina: mana ada orang makan bunyi2 macam tu
Moja: adaaaaaaa
Ina: mana ada
Moja: adaaa….
Moja: ko tak cayaaaaa..
Moja: sedap sangatt
Moja: uhhh ahhh uhh ahhh ehhhh
Moja: sssss.. sedapnya
Moja: ahhhhh
Ina: busuklah ko ni
Ina: benci arr cakap ngan ko canni
Ina: blah arrr
Ina: tanak kawan
Ina:
Moja: MuHahhahHA
Moja:
Ina: blah blah
Moja: yeleeee
Ina: ahhhh
Moja: saiko pompuan
Moja: MuahaHAH
Ina: batal pose ko
Ina:
Ina: aku tatauu
Ina: ko cakap kotor
Ina: lantakkkk.. batal pose
Moja: MUaahhahaHAH
Moja: apa plakkk
Moja: mana der batallllll
Moja:
Moja: bukannya aku makan abc
Ina: ahh!! Tade tade
Ina: batal gak pose ko
Ina: padan muka
Ina:
Ina: tatauu.. lantak lagi
Moja: MuahHAHah
Ina: dah dah arr tu
Ina: pi mandi la
Ina: tau ko tak mandi lagi
Moja: wehhh
Moja: mana ko tau
Moja: ohh ko skodeng arr
Moja: ibuu
Moja: anak teruna mu di skodeng buuu
Ina: tade masa aku nak ninjau ko
Ina: bukan best pun
Moja: ibuuuuuu anakmu ternoda
Ina: ahhh tensennya
Ina: PANG kang
Moja: MuahhahHAHAH
Mak.. lapar sangat nih.. sakit perut ni mak…
Blues Gang
Cinta Oh Cinta
Oh benarkah
Apa yang dikata
Cinta boleh berubah bagi
Ada cinta buta
Ada cinta cinta
Ada cinta sehidup semati
Cinta ku kini
Hanyalah satu
Pada Ia Yang Maha Kuasa
Pencipta alam
Yang luas terbentang
Tiada bandingan
( korus )
Ku meniti jalan yang benar
Ku memuji alam semesata
Ku mengharung lautan luas
Bagai burung terbang melayang
Inikah dia
Cinta sejati
Cinta hamba pada Yang Esa
Sungguh murni
Sungguh suci
Pada Mu oh Tuhan ku
( roll )
( ulang korus 4X )
ewahhhh... ulang.. ulang..