Friday, November 21, 2003
"ALLAH MENJANJIKAN YANG HIDUP PASTI AKAN MATI"
Innalillah.. takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Hanafiah Nozlan.
Dari sudut pandangan seorang kawan, arwah adalah seseorang dalam hidup aku. Dia baik. Sedikit sebanyak. arwah pendorong pada kejayaan aku. Walaupun panas baran. arwah setia kawan. Arwah akan berusaha bantu kawan walau apa pun keadaan dia. Tak pernah berkira. Aku sayang sangat dengan arwah. Dia kawan yang baik. Kawan bergaduh yang paling baik. Aku tau.. lepas ni aku mesti rindukan arwah sangat- sangat. Takkan ada ruang untuk aku bergaduh dengan dia lagi.
Semalam arwah hantar message pada aku. Dia kata dia nak balik. Tapi aku tak pernah terfikir yang dia nak balik pada Pencipta.. Awal puasa, arwah janji nak jemput aku balik kampung. Tapi yang jadi, Aku yang hantar arwah ke tanah perkuburan. Arwah pernah cakap.. yang dia takkan sempat datang majlis kawin aku.. aku sempat pukul kepala die ngan majalah kat tangan aku. Dan cakap balik. "aku tau.. ko memang takkan datang... sebab ko tak sampai hati tengok aku naik pelamin" Niat aku cuma bergurau. Sungguh aku tak sangka arwah akan pergi tinggalkan aku. Tinggalkan kami kawan- kawannya. semua orang tak sangka. kata Sudin, arwah sihat saja semalam. Masih bergelak ketawa bersama. Tapi pagi tadi Yang Berhak dah ambil dia dari kami.
Yang hidup pasti akan mati. Yang datang pasti akan kembali. Alhamdulillah.. arwah di jemput dalam bulan Ramadhan yang mulia. Di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang- orang yang beriman.

Comments:
Post a Comment