Wednesday, November 05, 2003
"ABAH KAMPUNG"
Alhamdulillah.. aku dapat anak buah baru.. lelaki.. Azlan Shah bla bla bin Suhaimi. (Terpaksa tambah satu lagi sampul surat duit raya) Tak ingat nama penuhnya. Mak yang cakap dalam telefon. Dalam pada borak- borak.. mak tanya.. kenapa suara kau? Serak lain macam? “Demam sikit” aku jawab. Mak tanya lagi “Apasal? Balik kerja berhujan ke?” Aku jawab.. “Taklah.. demam rindu orang jauh” gelak- gelak sikit supaya mak tak risau. Aku dapat bayangkan yang mak sedang tarik muka, menyampah dgn kata- kata aku. Pelik pulak bila mak mula ambil berat pasal aku. Padahal sebelum- sebelum ni rasa macam anak terbuang jek.. Agaknya mak dah sedar yang dia ada anak perempuan seorang lagi selepas Black. Anak dia ada lapan bukan tujuh.
Sungguh.. memang aku rindu orang jauh. Sangat- sangat rindu. Sampai mengganggu tidur malam aku. Buat aku mengalir air mata setiap kali teringat padanya. Tapi orang jauh tu bukan awak aku. Memang aku rindu awak aku dan awak aku jauh. Tapi rindu aku pada dia taklah membuat aku terigau- igau, taklah sampai nak mengalir air mata. Aku rindu orang yang sangat jauh. Lagi juta- juta batu tak terkira jauhnya. Aku rindu abah kampung.. Atuk aku. Sungguh! Aku rindu arwah atuk aku. Sangat- sangat rindu.
Aku dah bekerja. Bekerja dalam erti kata .. berkerjaya. Tahun ni tahun pertama aku menghulur duit raya pada anak- anak buah aku. Pada cucu cicit emak aku. Tahun ni patutnya tahun pertama aku menghulur duit raya pada abah kampung, atuk yang membela kami adik beradik. Tapi tu la.. tahun ni aku tak boleh bagi duit raya, tak boleh nak cium tangannya lagi. Yang aku boleh buat.. sedekahkan bacaan yasin dan Al- Fatihah. Mendoakan semoga roh nya diberkati Allah. Tak di timpa seksa kubur yang berat- berat.

Comments:
Post a Comment