Wednesday, May 19, 2010
Pengorbnan seorang suami.
Entri ni bukan berkisah pasal en suami ku tercinta. Bukan juga untuk bapak ku di kampung sana. Dan juga bukan untuk bapa mertuaku yang jauh di utara.. Ini kisah seorang tua yang kami panggil Tok Ki. Datuk kepada en Suami.
Nama Tok Ki, Hj Din. Sudah 80 tahun lebih usianya. Saya baru sahaja kenal keluarga ini. Nenek yang kami panggil wek, jatuh sakit tidak lama selepas saya bertunang dengan en suami. Selama wek sakit, Tok Ki yang menjaga Wek. Makan minumnya Tok Ki yang suapkan. Kain bajunya, Tok ki yang pakaikan. Solatnya, Tok ki yang imamkan. Kencing berak, Tok Ki yang bersihkan. Semua Tok Ki yang uruskan. Saya pernah nampak Tok Ki cium dahi wek bila wek tidur. Huhu! Shahdunya.
Bila wek masuk hospital, Tiap malam Tok Ki yang temankan walaupun anak2 tawar diri membantu. Tok Ki macam tak sanggup tinggalkan wek 'sendirian'. Balik rumah pun sekejap aja. Mandi dan tukar baju, rehat sejam dua dan kemudian mengulang ke hospital semula. Malah, ada masanya Tok Ki tak balik berhari - hari.
Itu rezeki wek, dapat suami yang penuh kasih sayang. Rezeki saya tak tahu macam mana. Kalau dapat setengah daripada sikap Tok Ki pun jadilah. Kalau menurun semua, bertuahlah badan saya.

Comments:
semalam AG hot fm gi hantar hadiah father's day kat sorang bapa (anak dia yg call hot.fm) yg jage wife dia kat spital serdang dah lebeh 2bln.. aku trus tingat ceta ko nih..
aku ckp kat laki aku,susah nak jmp laki camnih, dia kasik jeling.. ahahaha
Post a Comment