Wednesday, March 14, 2007
saya: asal plak?
kawan: Sebab artis selalu kursus kawen kat sana
saya: ces! kalau aku kursus kat sana, confirmed boleh bahagia la?
kawan: tak adala macam tu.. paling tidak pun kau boleh jumpa artis.. kot la.. kot.. hahaha
Bukan masalah mahal murah. (adalah sikit) Apa- apa aja melibatkan artis, terus jadi mahal. Mak andam kalau dah pegang kulit artis, mana lagi nak jumpa bawak RM500. Photographer kalau dah shoot gambar artis, susahnyalah nak jumpa yang bawah seribu. Tempat kursus kahwin pun nak ikut juga. Asal ada aja artis datang.. terus mencanak canak harga. Macamla boleh dapat berkat, ada jaminan bahagia. Hohoho!
"Beli barang ratus- ratus.. ribu- ribu sanggup. Bayar duit kursus, dapat ilmu.. berkira!"
Monday, March 05, 2007
Lagi nak kawen, lagi naik badan macam di pam- pam. Kalau letak hidrogen, dah boleh terbang sampai Jepun. Huhuhu
Nak menjalankan kehidupan sihat dengan niat nak kurus bukan lah satu perkara mudah. Walaupun kasut yang hilang (bodoh piang sape yang curi kasut aku) itu sudah diganti baru dan En Awak membelikan i-pod shuffle comel yang amat (dengan harapan selepas nih akan rajin berlarila konon??) masih tidak cukup untuk menyuntik semangat supaya menjalankan kegiatan sihat ini dengan konsisten. Dua hari je rajin. Selebihnya? Kroh! kroh! Err.. bukan salah aku.. tak ada jejaka lazat yang boleh dijadikan pembakar semangat untuk aku menjadi rajin berlari di taman itu Petang selalu hujan kat Cyber! :">
Aktiviti paling menarik bulan ini...
"pergi office buat report"