Monday, March 05, 2007
Lagi nak kawen, lagi naik badan macam di pam- pam. Kalau letak hidrogen, dah boleh terbang sampai Jepun. Huhuhu
Nak menjalankan kehidupan sihat dengan niat nak kurus bukan lah satu perkara mudah. Walaupun kasut yang hilang (bodoh piang sape yang curi kasut aku) itu sudah diganti baru dan En Awak membelikan i-pod shuffle comel yang amat (dengan harapan selepas nih akan rajin berlarila konon??) masih tidak cukup untuk menyuntik semangat supaya menjalankan kegiatan sihat ini dengan konsisten. Dua hari je rajin. Selebihnya? Kroh! kroh! Err.. bukan salah aku.. tak ada jejaka lazat yang boleh dijadikan pembakar semangat untuk aku menjadi rajin berlari di taman itu Petang selalu hujan kat Cyber! :">
Aktiviti paling menarik bulan ini...
"pergi office buat report"