Sunday, October 30, 2005
Kepada yang bertanya, saya beraya di Kuala Pilah tahun ini. Seperti juga 23 tahun dahulu. Belum lagi menjadi warga negara negeri lain. BELUM LAGI DAN TAK TAHU BILA! Tahun ini saya sempat sambar sepasang baju di Butik Daun. Last minute. Segalanya sangat kelam kabut. Sekeping kad raya pun tak sempat saya titipkan buat teman- teman. (macam ayat tahun lepas je.. :p) Tahun ini juga tahun pertama saya bersama En Ajon. Tahun ke-2 saya bersama En Selamat dan tahun ke-3 saya tidak beraya bersama En Awak. Wahh!! Banyaknya nama lelaki. Nama lelaki saja ya kawan- kawan. (yang bertampang tubuh, cuma seorang) Ya! Saya balik bersama En Ajon, En Selamat dan Salim. Sekurang- kurangnya saya ada teman di lebuh raya.
Kenangan raya yang manis: Kebanyakannya memang manis. Kata raya, hari yang gembira.
Kenangan raya yang pahit: Tahun 2003. Wah! Tahun itu memang banyak menguji ketahanan mental saya. Arwah Hanafi (Al-Fatihah) Status kerja yang tidak menentu. Konflik dengan abah, teman lelaki yang seakan melupakan saya dan macam- macam lagi.. Bila difikir- fikir balik. Tabah rupanya saya nih. Patutlah saya boleh tahan bercinta sejauh alam.. hoho
Tahun ini? Uda tiada,. Yang baik dan tidak, sudah terlipat kemas di dlm lipatan kenangan. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah. (al-fatihah)
Saya baru dapat anak buah perempuan. Kata uminya nak letak nama Fairuz Danish. (bertambah lagila sampul duit raya)Buat teman- teman yang baik, saya mengalu- alukan kedatangan kalian ke rumah sempena Syawal yang bakal menjelang. Bawaklah duit raya sekali.. *grin*
nota kaki: untuk saudara- mara dan orang yang suka bertanya, saya sudah ready dengan jawapan..