Sunday, January 30, 2005
"CATATAN SEBUAH KELUARGA"
Bila seorang ayah bernikah lain, kemungkinan untuk seorang perempuan menjadi isteri derhaka sangat tinggi. Kemungkinan untuk seorang ibu menjadi monster mama pun berlipat kali ganda. Kebarangkalian untuk anak menjadi derhaka? Tak payah ceritala.. Kerana aku ada kisahnya..
Abang- abang dan kakak- kakak kata, jangan masuk campur urusan orang tua. Itu urusan mereka. Tugas anak-anak ialah terus menghormati mereka. Aku terima nasihat itu. Buat- buat tidak tahu. Berpura- pura tidak kisah. Bila mereka bergaduh, aku hanya perlu duduk diam- diam di tengah- tengah. Kalau nak tunjuk protes, hempas pintu bilik dan tidur. Pagi esok, tak perlu ada jam loceng untuk mengejutkan tidur. Suara nyaring pasti bertingkah. Kalau berjaya menyambung tidur dalam frekuensi bunyi sehebat itu, aku boleh belanja diri aku dengan kenny rogers.
Kalau kena halau, angkut saja kain baju, pergi bus station. Kalau nasib baik, boleh ambil bas dan pergi rumah mana- mana manusia yang boleh dipercayai. Kalau nasib tak baik.. duduk terminal one.. tido sampai pagi esok. Berapa kali ye aku pernah lari dari rumah? Alhamdulillah.. mak dan abah aku bukan orang kaya. Jadi tak ada duit nak masuk nigt club atau disko. Tak ada duit nak beli estacy atau layan syabu. Tak cukup cantik untuk mengikut mana- mana mat rempit. Maha Suci Allah.. aku punya abang- abang dan kakak- kakak yang tidak lupa diri. Punyai sikap bertanggungjawab untuk memelihara adik- adik disaat- saat genting kedua orang tua.
Graf komunikasi aku dengan abah ditaraf lampu merah. Tak pasti salah siapa. Mungkin sebab aku anak yang lupa diri atau sebab abah yang tak pernah layan aku sejak 23 tahun dulu. Atau mungkin juga sebab abah dan aku, masing- masing membina tembok ditengah- tengah. Kedua- dua tak pernah berusaha untuk merobohkan tembok itu. Dalam hati, aku masih ada rasa kecil hati.
Allah mengatur kehidupan penuh rahsia. Allah menutup satu pintu, dan membuka puluhan pintu lain untuk hamba-Nya.. Dalam keluarga yang tonggang- terbalik, Dia mudahkan perjalanan hidup aku sehingga ke saat ini. Disaat orang lain tergolek- golek mencari tempat belajar, aku ditawarkan biasiswa. Dizaman rakan- rakan sibuk menghantar resume, aku sudah punya kerjaya. Itupun masih tidak sedar diri. Selalu saja lupa. Solat selalu saja berlubang. Arwah sahabat satu ketika dulu selalu mengingatkan. Jangan lupa diri sampai terkeluar dari rahmat Tuhan. Biar dilupa mak abah, asal jangan diabai Tuhan. Jangan sampai nanti Allah berpaling dan tak mahu melihat hamba-Nya.. Jangan buat diri tergolong dikalangan anak derhaka.
Jangan salah anggap.. aku bercerita bukan kerana meminta simpati sesiapa. Untuk kisah begini, simpati itu tak diperlukan. Salurkan simpati itu pada orang yang benar- benar layak. Mangsa tsunami misalannya. Tak pun pada anak- anak mangsa dera. Aku sebenarnya ingin memberi pengertian pada seorang teman. "Fikirkan tentang diri sendiri. Ibu bapa, sampai satu tahap, tidak akan lagi menjaga kita. Jangan rosakkan diri hanya kerana ayah kita beristeri lain.. Jangan sampai derhaka.. sejauh mana kau buang, sedalam lautan mana pun ianya di lontar, kita tak boleh menolak hakikat, kewujudan kita terhasil dari percantuman telur ibu dan air mani seorang ayah. Lelaki.. bila dah gatal.. anak- anak ugutlah apa pun.. kalau dia nak kawin lain.. dia kawin juga.. tak payahlah buang masa.. Baik jaga diri sendiri. Belajar rajin- rajin, dapat kerja elok- elok. Bina keluarga sendiri. "
Hmmm.. Kekadang aku terfikir.. betul ke semua orang tua- tua yang merempat tepi jalan atau rumah kebajikan tu disebabkan salah anak- anak? Anak- anak tak kenang jasa? Atau anak- anak lupa daratan? Entah- entah masa dia muda dulu, anak- anak minta belanja sekolah, penerajang yang dapat.. mintak sesuap nasi disua penumbuk. Kalau anak- anak hari- hari makan hasil sepak terajang, tak hairanlah kalau dah tua masuk rumah kebajikan. Sakit hati orang.. mana tahu kan?

Comments:
Post a Comment