Friday, May 21, 2004
"KISAH SEORANG AWEK"
Membaca entry jejaka berhemah di pennstate mengenai kemesraan hubungan dua hala pasangan kekasih menyedarkan betapa gagalnya aku sebagai awek.(ahaks!) Entrynya bertarikh 18.05.2005. Patutlah aku selalu betukar -tukar pasangan satu ketika dulu. Tak ada satu pun yang lekat. Tak ada satu pun yang lama. Semuanya gara- gara kegagalan seorang awek! Daripada sekacak- kacak manusia (kacak di pandangan mata aku la tapinya) sehinggalah setakat suam- suam kuku. Semuanya terkandas di tengah jalan. Tak kisahlah sama ada aku yang mengorat atau mamat tu yang mengorat dulu. (Tapi rasanya.. aku belum ada lagi ngorat orang lelaki. Usya- usya mata tu ada la..) Mamat tu jatuh motor, bertanya khabar pun aku tak. Dia sakit, aku tak jengah. Nak tolong carikan ubat, jauh sekali. Kalau sebulan mamat tu tak contact, maka sebulanlah aku senyap dalam dunia aku sendiri. Istilah keluar dating, hanya merayau di pusat membeli belah tanpa hala tujuan dengan perasaan yang sungguh kebosanan. 'Tidur kat katil lagi best' What a waste..
Tambahan lagi tempat kediaman aku dulu sangat jauh dari town. sangat- sangat jauh. Bak kata Angah, kalau jumpa orang tepi jalan pun boleh disangka jin. Nak turun town, macam perjalanan nak balik kampung pulak memakan masa. Dengan keadaan pengangkutan yang sangat mengharukan, lagilah tak menyumbang kepada kehidupan bercinta- cinta aku. Yang menyedihkan, aku cukup tak berminat dengan rakan setempat belajar. Dan mungkin juga rakan setempat belajar tak ada yang berminat pada aku. (yang kedua ini mungkin lebih tepat- :p ) Aku awek yang membosankan. Amat- amat membosankan dan aku sangat sedar tentang itu.
Aku sikit pun tak interested nak bercerita kepada mereka tentang kehidupan aku yang berwarna- warni walaupun mereka mendesak untuk tahu. Buat apa aku nak cerita kalau setakat nak mewarna perhubungan kami sedangkan mereka tak tahu pun apa bidang yang aku ceburi. Dan aku pernah putus cinta hanya semata kerana teman lelaki sama suku dengan aku. Since that, aku nekad, no more Negeri Sembilan guy. Biarlah suami aku nanti datang daripada golongan tak beradat (berADAT bukan tak berADAB). Biarlah dagang sangsai. Aku tak kisah.. Yang penting pandai masak dan suka makan luar. Ahaks.. Sesiapa yang suka iron baju, juga sangat- sangat di alu- alukan untuk menjadi bakal suami. Yang ini memang aku gagal. Aku tak suka iron baju. Sangattttt menyampah.
Aku berkali-kali berpengalaman putus cinta. Tetapi aku tak pernah berpengalaman 'terduduk' sebab putus cinta. Cukup baik, kalau perhubungan itu ditamatkan dengan pemberitahuan rasmi. Setakat hilang macam angin tu pun aku dah tak hairan. Faham- fahamlah sendiri.. Kalau senyap tu, cari ajalah lain. Tapi itu kisah dulu- dulu la.. lama dah.. zaman toriton dulu..
Sekarang aku ingin cuba menjadi seorang awek yang berjaya. Walaupun kadang kala aku terasa kegagalannya. Aku mula perasan ketidak stabilan hormon dalam badan. Aku excited pada orang tu berlebih- lebihan. Kemaruk nak kan perhatian. Gatal nak bermanja- manja. Aku mula perasan yang aku dah pandai cemburu. Melampau pulak tu! Bukan itu saja. Dah mula pandai merengek. Mintak itu ini. nasib baiklah orang tu jauh. Kalau tak.. lama dah kena sengkelet aku rasa. Mintak macam- macam. Dah sah- sahlah tak dapatkan. Kalu dulu, istilah ditinggal atau meninggalkan, bukannya masalah besar pada aku. Sekarang ni tak lagi. Kalau orang tu buat senyap tak sampai seminggu, aku dah mula kecil hati. Tak dengar khabar berita, perasaan mula cemas. Aku tau dan aku sedar, sekarang aku mula belajar menyayangi seseorang dengan hati dan akal yang waras.
*terima kasih ye mama amni, sis Aini, mama ameer dan lynn.. sangat lazat dan kenyang tahap gaban hari ini. Saaaaangatt nyum nyum hidangan tengahari tadi. Sungguh lazat salad dan ayam yang saaaangat banyak tak hengat itu. Terima kasih ya kakak- kakakku sekalian. Lainkali belanjalah saya lagi.. Anda memang colleagues yang baik dan cantik juga jelita.

Comments:
Excellent, love it! Body escape ford kit vicodin online receipt printers Baltimore acura car dealer Asian food importers in middle east casino
Post a Comment