Monday, May 31, 2004
"KISAH SEORANG ADIK & PENGANTIN BARU"
Pulang ke kampung menumpang seorang kawan yang berpangkat abang bersama adik perempuannya. Terasa sedikit asing bila bertemu begitu. Mungkin sebab tak berapa rapat dengan adik perempuannya, maka aku terasa sedikit terpinggir. Tambahan lagi, aku dapat menghidu rasa tidak senang yang terbit daripada riak muka gadis itu. Si adik cuba mendominasi pertemuan menyebabkan aku kurang berpeluang bersuara. Cuba membuat aku tidak wujud di hadapannya. Mungkin bagi si adik, bukan senang nak bermesra, tambahan lagi setelah keduanya duduk jauh dari keluarga. Sesekali bertemu, ada orang luar pulak mengganggu! Aku tak menyalahkan si adik kerana aku sangat- sangat memahami situasi itu.
Aku juga adik perempuan kepada seorang abang. Adik perempuan yang sangat- sangat rapat dengan seorang abang. Aku tidak senang dengan kehadiran perempuan lain di saat- saat aku ingin bermanja dan mengada- ngada dengannya. (Di saat aku nak membelasah poketnya) Aku tak suka perhatian abang dibahagi- bahagikan. Masa bersama aku adalah bersama aku. Bukan dengan kehadiran orang lain terutama kawan perempuannya. Saat abang meninggalkan alam bujang, aku kecil hati. Tak bertegur sapa agak lama. Aku susah menerima kehadiran kakak ipar dalam keluarga. Rasa menyampah pun ada juga. Cuma bila kembali berfikir dengan akal, sampai bila nak melekap pada abang? Lagipun, dia pun bukanlah abang yang baik untuk aku agung- agungkan. Dia jahat juga. Dia buli aku juga.
Pengajarannya: jangan menyemak- nyemak mengganggu temujanji keluarga orang walaupun orang itu beriya- iya ajak bersaing pulang. Balik sendiri. Bak kata mak, bas melampuh (banyak)
\(';')/
JAUH!!! Sangat jauhPoland Palong itu. Aku rasa pening yang amat. Nasib baik sampai juga ke majlis menamatkan zaman bujang seorang kawan lama. (Setelah banyak kali sesat dan hampir saja tak tersilap rumah kenduri; Peringatan pada pada kawan- kawan yang ingin kahwin dan untuk diri sendiri juga, sila letakkan nama penuh pada penunjuk arah, nak letak IC lagi bagus) Selamat Pengantin Baru pada Siti Junaidah dan suami. Meriah majlisnya. Ada karaoke dan penyanyi yang bersuara sedap. Lauk pauk yang lazat. Pelaminnya cantik dan gubahan hantaran juga menarik.
Tambah meriah, ramai kawan- kawan lama terkumpul semula. Hadznizan dan teman wanita, Aminor dan kawan- kawannya yang 'menarik', Zainal, Azhan, Mahadhir, Saharol, Tarmizi (baru kenal padahal lima tahun di sekolah yang sama), Ariffah bersama tunang yang kacak, Fakhriah, Masnita, Nisa', Faizah, Norafidah, Asniza, Syafa dan mungkin ada beberapa lagi yang tak sempat jumpa.. Bising suasana kenduri kerana kehadiran kami. Seakan cuba membuat reunion kecil ditengah- tengah kenduri kawin orang. Biasalah.. kalau dah berkumpul, mesti ada sesi kutuk mengutuk. Sesi umpat- mengumpat.
perbualan bersama ex-headboy aku yang macam bagus satu ketika dulu.
- budak! gile penuh pipi, macam kena pam
- hahaha, tu lah pasal. Dah macam labu je muka aku ni hah
- ke ada orang bela?
- sebab tak ada orang bela nih la, jadi cenggini, kalau ada.. body jeniper lopez aku ni hah
- dok pergi kenduri orang je, kau bila plak?
- aku tunggu kau pinang aku, hahaha
- haha.. ada yang aku siram ngan air sirap ni kang
- haha, jangann.. aku nak pi ambil berkat pengantin nih, aku gatal nak kawin nih
- haha, bila weii?
- cuti sekolah nanti
- cuti sekolah bila? cuti sekolah dah nih?
- bebila arr, asal cuti sekolah
- eii, aku siram jugak ko nih karang
- hahaha
Camana aku nak nikah? Duit dalam bank ada lima poseng.. boleh ke nak nikah dengan duit banyak tu?
Sayang! Kenduri- kendara sekarang tidak ada lagi sistem penanggah dan bertating (makan hidang) Kebanyakkannya layan diri. Kenduri cara bandar sudah merebak ke kampung malah ke kawasan Felda. Atas alasan, mudah! Tak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Betul juga. Tapi suasana meriah itu agak tidak terasa dengan sistem ini. Bak kata Matded, susah nak makan banyak. Malu nak bertambah. Nasib baik aku pening. Kurang lah laparnya. Penat yang amat. Sangat penat. Gambar kahwin bakal di upload kemudian.
Zaman berlalu. Banyak benda berubah. Sistem, bentuk muka bumi malah perwatakan dan perawakan seseorang juga berubah. Terima lah perubahan itu selagi ia membawa kebaikan atau selagi perubahan itu tidak menyusahkan. Cuma kadangkala hati merindukan yang lama.
*mereka yang lain berkirim salam. Anoi kirimkan pada saya bunga telur untuk awak. Tapi anak buah saya dah kelepet telur rebus itu. Maaf ye!
Pulang ke kampung menumpang seorang kawan yang berpangkat abang bersama adik perempuannya. Terasa sedikit asing bila bertemu begitu. Mungkin sebab tak berapa rapat dengan adik perempuannya, maka aku terasa sedikit terpinggir. Tambahan lagi, aku dapat menghidu rasa tidak senang yang terbit daripada riak muka gadis itu. Si adik cuba mendominasi pertemuan menyebabkan aku kurang berpeluang bersuara. Cuba membuat aku tidak wujud di hadapannya. Mungkin bagi si adik, bukan senang nak bermesra, tambahan lagi setelah keduanya duduk jauh dari keluarga. Sesekali bertemu, ada orang luar pulak mengganggu! Aku tak menyalahkan si adik kerana aku sangat- sangat memahami situasi itu.
Aku juga adik perempuan kepada seorang abang. Adik perempuan yang sangat- sangat rapat dengan seorang abang. Aku tidak senang dengan kehadiran perempuan lain di saat- saat aku ingin bermanja dan mengada- ngada dengannya. (Di saat aku nak membelasah poketnya) Aku tak suka perhatian abang dibahagi- bahagikan. Masa bersama aku adalah bersama aku. Bukan dengan kehadiran orang lain terutama kawan perempuannya. Saat abang meninggalkan alam bujang, aku kecil hati. Tak bertegur sapa agak lama. Aku susah menerima kehadiran kakak ipar dalam keluarga. Rasa menyampah pun ada juga. Cuma bila kembali berfikir dengan akal, sampai bila nak melekap pada abang? Lagipun, dia pun bukanlah abang yang baik untuk aku agung- agungkan. Dia jahat juga. Dia buli aku juga.
Pengajarannya: jangan menyemak- nyemak mengganggu temujanji keluarga orang walaupun orang itu beriya- iya ajak bersaing pulang. Balik sendiri. Bak kata mak, bas melampuh (banyak)
JAUH!!! Sangat jauh
Tambah meriah, ramai kawan- kawan lama terkumpul semula. Hadznizan dan teman wanita, Aminor dan kawan- kawannya yang 'menarik', Zainal, Azhan, Mahadhir, Saharol, Tarmizi (baru kenal padahal lima tahun di sekolah yang sama), Ariffah bersama tunang yang kacak, Fakhriah, Masnita, Nisa', Faizah, Norafidah, Asniza, Syafa dan mungkin ada beberapa lagi yang tak sempat jumpa.. Bising suasana kenduri kerana kehadiran kami. Seakan cuba membuat reunion kecil ditengah- tengah kenduri kawin orang. Biasalah.. kalau dah berkumpul, mesti ada sesi kutuk mengutuk. Sesi umpat- mengumpat.
perbualan bersama ex-headboy aku yang macam bagus satu ketika dulu.
- budak! gile penuh pipi, macam kena pam
- hahaha, tu lah pasal. Dah macam labu je muka aku ni hah
- ke ada orang bela?
- sebab tak ada orang bela nih la, jadi cenggini, kalau ada.. body jeniper lopez aku ni hah
- dok pergi kenduri orang je, kau bila plak?
- aku tunggu kau pinang aku, hahaha
- haha.. ada yang aku siram ngan air sirap ni kang
- haha, jangann.. aku nak pi ambil berkat pengantin nih, aku gatal nak kawin nih
- haha, bila weii?
- cuti sekolah nanti
- cuti sekolah bila? cuti sekolah dah nih?
- bebila arr, asal cuti sekolah
- eii, aku siram jugak ko nih karang
- hahaha
Camana aku nak nikah? Duit dalam bank ada lima poseng.. boleh ke nak nikah dengan duit banyak tu?
Sayang! Kenduri- kendara sekarang tidak ada lagi sistem penanggah dan bertating (makan hidang) Kebanyakkannya layan diri. Kenduri cara bandar sudah merebak ke kampung malah ke kawasan Felda. Atas alasan, mudah! Tak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Betul juga. Tapi suasana meriah itu agak tidak terasa dengan sistem ini. Bak kata Matded, susah nak makan banyak. Malu nak bertambah. Nasib baik aku pening. Kurang lah laparnya. Penat yang amat. Sangat penat. Gambar kahwin bakal di upload kemudian.
Zaman berlalu. Banyak benda berubah. Sistem, bentuk muka bumi malah perwatakan dan perawakan seseorang juga berubah. Terima lah perubahan itu selagi ia membawa kebaikan atau selagi perubahan itu tidak menyusahkan. Cuma kadangkala hati merindukan yang lama.
*mereka yang lain berkirim salam. Anoi kirimkan pada saya bunga telur untuk awak. Tapi anak buah saya dah kelepet telur rebus itu. Maaf ye!
Friday, May 28, 2004
"MENCARI YANG HILANG"
Aku rasa aku pernah membaca buku ini satu ketika dulu. Di zaman sekolah berbaju pinafore biru tua.. era bermain rounders di halaman surau dan berjerit pekik di jambatan sungai dengan aksi terjunan yang bisa membuatkan ibu- ibu mengucap panjang di pinggir jalan. Cuma waktu itu imaginasi aku sangat sukar menterjemahnya. Tambahan tika itu aku baru saja kenal membaca. poor me.. Selepas itu, buku ini hilang lenyap daripada simpanan malah lenyap terus dari fikiran. Tanpa di kesan juga tanpa dipedulikan. Seperti buku- buku cerita lain di zaman anak- anak dulu.
Aku sudah lama pernah menjengah halaman ini. Tapi aku tidak pernah meyelongkar hidupan yang wujud di dalamnya. Lantas, waktu rehat menantikan kaum Adam melaksanakan tuntutan di hari Jumaat di samping kebosanan menunggu rakan- rakan perempuan yang berpesta di jalan TAR sembil membeli belah, aku menyelongkarnya dengan penuh takjub. Tanpa izin pastinya.
Cepat ingatan berputar. Aku yakin, satu ketika dulu aku pernah memiliki buku ini. aku pernah kagum dengan wataknya. Malah aku pernah berangan- angan untuk menjadi wanita yang di idami seorang satira. Pernah! dan sangat pernah! Cuma, ketika itu aku tak pernah menghargainya. Bagiku, ia hanya sebuah buku cerita; dan sekarang aku menyedari bahawa ia naskhah yang sangat beharga. Sangat istimewa. Orang lain berusaha mencari sedangkan aku pernah memiliki. Masa tak boleh di ulang. Moralnya yang boleh ku pelajari, sayangi milik anda dengan sebaik mungkin kerana anda tidak sedar akan nilainya hanya selepas anda kehilanganya.. seperti mana aku tak pernah menghargai kasih sayang seorang sahabat.
"Bersedialah menerima tugas sebagai Artakus, walaupun engkau tidak mengerti."
Permata Aurorius- petikan ini diciplak tanpa izin dari www.artakus.net
Aku ingin memilikinya semula.. sesiapa yang sudi memberi siri Saga Artakusiad ini? Atau aku perlu beli sendiri? Nyeh nyeh
Wahh.. skemanya.. jangkitan daripada siapa agaknya ya? Hmm..

Thursday, May 27, 2004
"WAYANG TONTONAN UMUM"
hahahaha, kak tini kenakan aku semula.. cess, cess dan cess lagi.. its ok.. tak pe.. tak pe.. Ye la.. Akaknya lover depan muka, satu tilam, satu bantal. Lover saya jauh. Kalau nak jumpa kena naik kapal terbang. Nak naik tongkang, takut tak sempat sampai pulak nanti. Dial Code pun +81. Nanti ye kak, saya pasang lover lain. Mungkin lepas tu saya boleh buat istilah, menonton wayang bersama dot dot dot. Awak! Jangan ambil hati. Hati saya dah cukup kecik sekarang.. :">
Aku admit,
menonton seorang..
menonton dengan kawan- kawan..
menonton dengan teman lelaki/ perempuan istimewa..
menonton wayang dengan suami/ isteri tersayang..
dan menonton beramai- ramai bersama keluarga..
memang feelnya lain. Sangat- sangat berlainan. Kalau ikut istilah bunga tuh.. kalo nengok sensorang, bunga yang tumbuh.. bunga teyik ayam.. kalau dengan kawan- kawan, macam bunga daisy, kalau dengan ehem ehem, kembangnya mungkin bunga lily putih, (saja nak bagi hint), dengan haceben/ wife.. maybe bunga rose merah ke pink ke.. lain.. series lain..
Walaupun saya tak berpeluang sebest kakak (air muka sedih sikit) tak menjadi masalah pada saya sis.. Memandangkan saya species perempuan gatal yang sopan, sekurang- kurangnya, tak dapatlah saya berbuat maksiat bersama my lovey dovey boyfriend di dalam panggung tu.. selamat kan saya? En Awak 10 juta kali lebih selamat. En. Selamat tidur dengan saya malam tadi sambil menonton Kal Ho Na Ho.. Ala.. yang Shah Rukh Khan ngan Preity Zinta berlakon tu.. Huhuhu.. sedih.. Merebeh- rebeh air mata.. See! En Awak tak de, En Selamat ada. Dia peluk saya sampai pagi.
Jangan tatau.. aku layan Hindustan.. Tamil pun aku layan gak.. Aku suka Padayappa dan Annamalai.. sebab aku suka Rajni Khan.. hohoho.. nehii..nehii.. kabbi nehiii.. woshehh.. rasa macam Aishwarya Rai lah pulak..
mari kita bercerita kebaikan PJJ in General
1. jauh dan kurang berpeluang beromen- romen atau segala mak nenek maksiat bersama teman lelaki/ perempuan.
2. semakin jauh semakin sayang
3. jarang gaduh dan susah nak gaduh.. so kalau ada masa yang terluang tu, digunakan dengan sebaiknya..
4. tak membosankan.. sbb jarang jumpa dan dalam situasi aku.. bertahun tahun tak jumpa
5. boleh buat skandal lain dan banyak- banyak. aku rasa.. mungkin boleh cuba selepas ini.
6. banyak benda yang boleh di buat tanpa perhatian dan kengkangan dari belah pihak sana
7. 8, 9 dan seterusnya saya akan senaraikan kemudian.
konklusinya.. banyak yang baiklah involved PJJ nih.. series. Terutamanya untuk awek gatal macam aku.
*ada bermacam macam makanan dalam dunia ini tau wak. Nasi lemak, shushi, kenny rogers, nyum nyum.. Saya rasa tak perlulah awak nak makan kawan kan? Makan ajalah makanan yang ada. Dan kalau rasa- rasa kawan awak nak makan awak, apa kata awak offer dia belanja makan. Hmm.. makan donut misalnya. Takpun ajak makan karipap. Saya boleh sediakan. Sebab saya dah pandai buat karipap.. Tahniah buat saya. :">

Wednesday, May 26, 2004
"THE OGRE FROM THE SWAMP"
I went to Shrek 2 last night. Better said, this morning at 12. Lynn, no need to berlagak- lagak anymore. :p Saya pun dah tengok juga. Sangat- sangat sweet ceritanya. Dan sangat- sangat comel karakternya. Selagi yang boleh di sangat- sangatkan.. aku akan sangat2 kan. So, hows about you the chaotic mother? I thought I am the person who can jeer to you and said, "nyeh nyeh i've watched Shrek 2 AT THE GSC, WITH BETTER SOUNDS AND BIGGER SCREEN", and stuck my tongue out like this :p
Hohoho! Frustrated hah? :> Its ok.. i'll pretend that i never watch it yet.. :p
I Luv d' annoying donkey-horse and d' handsome puss in boots. He's sooo Antonio Banderas. He made me 'wallaaaaa.. kesiannyaaa.. and 'walllaaaa... comelnya..' and many many 'walllaa' in the theater last night. they both just so cute and adorable.. plus handsome too.. cerita banyak pun tak guna la.. gi tengok sendiri lagi bagus. Lagipun I damn worst dalam bab bab mengulas filem. But serious shit, Shrek 2 worth your money beb.. Tak tipu..

Tuesday, May 25, 2004
"RINDU YANG IMMUNE"
-awak kau balik tak cuti nanti
-hmm.. gaya macam tak
-eeii.. korang ni tak rindu ke?
hahaha.. inilah soalan bangang paling abadi yang aku dengar terungkap daripada mulut seorang kawan.. perlu ke aku jawab weii.. perlu ke? perlu? Hah!!!
'kalau takut di lambung ombak, jangan berumah ditepi pantai
kalau tak sanggup menanggung rasa, jangan bercinta sejauh alam'
ecewahhh!! rindu tu apa? biskut kering? biskut meri? atau pun sejenis kueh yang dibalut dalam daun pisang lalu di kukus? tapi yang itu di panggil lepat. Bukannya rindu.. aghhhh!! hehehe :x
jawapan kepada soalan bangang itu adalah jawapan yang aku rasa bangang juga "DAH IMMUNE,"
-yang yang.. u tak rindu i ke?
-rindu la.. u?
-mestilah rindu kat u.. (muncung bagi panjang sikit- penuh perasaan)
-u sayang i tak?
-u ni.. mestilah i sayang, u tak sayang? (tarik muncung sikit.. ala ala merajuk gitu)
-saaayangg (ucapan penuh perasaan)
-yang yang.. kalau i jadi aur
-i rela jadi tebingnya
-yang yang.. kalau i jadi bunga?
-mestila i jadi kumbangnya
hahahaha.. guling- guling.. (baguslah tu.. kumbang hisap madu.. bagi sampai layu.. pehtu bleh cari bunga lain.. bunga banyak sei.. bunga kek wa, teyik ayam, melati, tulip, sakura, WHITE LILY- saja jek nak highlight.. awakkkk saya nak bunga..:"> Kang saya minta bunga dari insan lain karang)
awak, awak.. bila awak nak beli jiwa saya ni? Ini adalah clue aka hint.. hormon menggatal saya sedang cuba mendominasi akal ni..
Dialog mengada-ngada tu hanya atas imaginasi gatal si tuan empunya blog. Tapi kalau Encik Awak se'geli' ini saya pengsan. :p

Monday, May 24, 2004
"what a wonderful world"
Saya merayau di blog jejaka pesstate. Tiba- tiba telinga saya menjamah lagu yang saya kira sangat familiar di telinga saya suatu ketika dulu. Lantas wajah itu muncul di ruang kepala. Di tengah jalan, di kiri kanannya sawah terbiar, dia menyanyikan lagu itu bersama saya. Dia duduk di atas motor dan saya berdiri disebelahnya. Dia meneran- neran suara meniru gaya penyanyi asal. Saya ketawa besar- besar. Dia berkata "see! what a wonderful world. Sayangkan.. kalau kita tak bersyukur dengan pemberian Tuhan" Waktu itu saya mencebik- cebik bibir. Menunjukkan rasa menyampah dengan aksi poyo seorang sahabat. Saya suka menyuruhnya menyanyikan lagu itu untuk saya walaupun dia tidak pernah hafal lirik sepenuhnya. Saya suka aksinya meneran suara. Dengan tangan tergawang- gawang.
"I see trees of green red roses too.. i see them bloom for me and you.. and i think to myself what a wonderful world"
-WHAT A WONDERFUL WORLD by LOUIS ARMSTRONG-
Betapa rindunya saya pada detik- detik itu. Saya rindukan dia. Dia kenangan saya yang sangat mahal nilainya.
Al- Fatihah buat arwah Hanafi..

Friday, May 21, 2004
"KISAH SEORANG AWEK"
Membaca entry jejaka berhemah di pennstate mengenai kemesraan hubungan dua hala pasangan kekasih menyedarkan betapa gagalnya aku sebagai awek.(ahaks!) Entrynya bertarikh 18.05.2005. Patutlah aku selalu betukar -tukar pasangan satu ketika dulu. Tak ada satu pun yang lekat. Tak ada satu pun yang lama. Semuanya gara- gara kegagalan seorang awek! Daripada sekacak- kacak manusia (kacak di pandangan mata aku la tapinya) sehinggalah setakat suam- suam kuku. Semuanya terkandas di tengah jalan. Tak kisahlah sama ada aku yang mengorat atau mamat tu yang mengorat dulu. (Tapi rasanya.. aku belum ada lagi ngorat orang lelaki. Usya- usya mata tu ada la..) Mamat tu jatuh motor, bertanya khabar pun aku tak. Dia sakit, aku tak jengah. Nak tolong carikan ubat, jauh sekali. Kalau sebulan mamat tu tak contact, maka sebulanlah aku senyap dalam dunia aku sendiri. Istilah keluar dating, hanya merayau di pusat membeli belah tanpa hala tujuan dengan perasaan yang sungguh kebosanan. 'Tidur kat katil lagi best' What a waste..
Tambahan lagi tempat kediaman aku dulu sangat jauh dari town. sangat- sangat jauh. Bak kata Angah, kalau jumpa orang tepi jalan pun boleh disangka jin. Nak turun town, macam perjalanan nak balik kampung pulak memakan masa. Dengan keadaan pengangkutan yang sangat mengharukan, lagilah tak menyumbang kepada kehidupan bercinta- cinta aku. Yang menyedihkan, aku cukup tak berminat dengan rakan setempat belajar. Dan mungkin juga rakan setempat belajar tak ada yang berminat pada aku. (yang kedua ini mungkin lebih tepat- :p ) Aku awek yang membosankan. Amat- amat membosankan dan aku sangat sedar tentang itu.
Aku sikit pun tak interested nak bercerita kepada mereka tentang kehidupan aku yang berwarna- warni walaupun mereka mendesak untuk tahu. Buat apa aku nak cerita kalau setakat nak mewarna perhubungan kami sedangkan mereka tak tahu pun apa bidang yang aku ceburi. Dan aku pernah putus cinta hanya semata kerana teman lelaki sama suku dengan aku. Since that, aku nekad, no more Negeri Sembilan guy. Biarlah suami aku nanti datang daripada golongan tak beradat (berADAT bukan tak berADAB). Biarlah dagang sangsai. Aku tak kisah.. Yang penting pandai masak dan suka makan luar. Ahaks.. Sesiapa yang suka iron baju, juga sangat- sangat di alu- alukan untuk menjadi bakal suami. Yang ini memang aku gagal. Aku tak suka iron baju. Sangattttt menyampah.
Aku berkali-kali berpengalaman putus cinta. Tetapi aku tak pernah berpengalaman 'terduduk' sebab putus cinta. Cukup baik, kalau perhubungan itu ditamatkan dengan pemberitahuan rasmi. Setakat hilang macam angin tu pun aku dah tak hairan. Faham- fahamlah sendiri.. Kalau senyap tu, cari ajalah lain. Tapi itu kisah dulu- dulu la.. lama dah.. zaman toriton dulu..
Sekarang aku ingin cuba menjadi seorang awek yang berjaya. Walaupun kadang kala aku terasa kegagalannya. Aku mula perasan ketidak stabilan hormon dalam badan. Aku excited pada orang tu berlebih- lebihan. Kemaruk nak kan perhatian. Gatal nak bermanja- manja. Aku mula perasan yang aku dah pandai cemburu. Melampau pulak tu! Bukan itu saja. Dah mula pandai merengek. Mintak itu ini. nasib baiklah orang tu jauh. Kalau tak.. lama dah kena sengkelet aku rasa. Mintak macam- macam. Dah sah- sahlah tak dapatkan. Kalu dulu, istilah ditinggal atau meninggalkan, bukannya masalah besar pada aku. Sekarang ni tak lagi. Kalau orang tu buat senyap tak sampai seminggu, aku dah mula kecil hati. Tak dengar khabar berita, perasaan mula cemas. Aku tau dan aku sedar, sekarang aku mula belajar menyayangi seseorang dengan hati dan akal yang waras.
*terima kasih ye mama amni, sis Aini, mama ameer dan lynn.. sangat lazat dan kenyang tahap gaban hari ini. Saaaaangatt nyum nyum hidangan tengahari tadi. Sungguh lazat salad dan ayam yang saaaangat banyak tak hengat itu. Terima kasih ya kakak- kakakku sekalian. Lainkali belanjalah saya lagi.. Anda memang colleagues yang baik dan cantik juga jelita.

Monday, May 17, 2004
"FILEM DAN ORANG KITA"
Pembikin filem bodoh atau penonton yang bangang? Sila jawab dengan akal yang tenang. Pembikin tak akan buat kalau penonton tak nak tengok. Tidak akan ada pengeluaran kalau tiada permintaan. Orang nak tengok, maka filem di keluarkan. Budget juta- juta, kualiti hampeh, untung tolak modal; dabel tripel juta.. sape tanak kaya beb? Kalau aku ada duit pun, baik aku melabur kat filem Datuk. Buat apa nak melabur kat filem yang setakat nak masuk festival? apa aku boleh dapat? Setakat gah nama.. buat apa? Hahaha
Jom tengok senario ini secara terbuka. Berapa kerat sangat golongan pecinta filem dalam negara kita kalau nak dibandingkan dengan mat mat rempit, minah jiwang, mamat kepam dalam Malaysia ni? Ada ke budak budak sekolah belasan tahun yang nak tengok cerita pasal komunis, penjajah dan peperangan pejuang kemerdekaan? Pelissss.. Aje gile nak bayo ke GSC tuh nak nengok sejarah? Idak payah.. buku teks kat sekolah tuh pun dak habih bacanye.. Berapa orang sangat remaja yang nak sneak out pergi cinema semata- mata nak tengok pasal pejuang filem? Awek- awek kilang peduli apa pasal filem untuk festival. Peduli apa pasal road movie ke noer filem ke. Depa cuma nak hiburan. Nak bergelak ketawa dalam panggung. Nak rasa- rasa jiwang dan kepam- kepam. Boleh lentok bahu dan berpegangan tangan. (Hahaha.. bila lahh aku berpeluang nak buat maksiat lam panggung nih? Bagi lambang setan sikit.. >:)..) Buat apa nak pening- pening kepala berfikir pasal sejarah. Peduli apa pasal fast cut, long shot, efek visual, arahan bagus ke dak, skrip serta lakonan mantap lagi berkesan . Begitu juga dari segi sinematografinya, atau apa mak nenek gaya kreatif dalam filem.. Na' aa, thats not their business.. Yang penting Erra, Yusri & Zed Zaidi.. (hahaha.. kat opis aku ada seorang kembar Zed Zaidi)
Cuba fikir secara rilek sambil makan- makan kacang, berapa banyak filem melayu yang bagus kecundang di arena commercial wayang. tengok saja Layar Lara, Sayang Salmah, Jogho, Embun, Paloh dan banyak lagi..
Filem Melayu.. bangang sangatlah kalau aku nak comparekan dengan filem Hollywood. Bodoh piang namanya tu.. tak.. jangan bandingkan dengan mereka yang maju. Bandingkan dengan kemajuan teknologi negara yang setaraf atau lebih teruk. Iran! Terlalu banyak garis panduan 'itu tak boleh ini tak boleh'. Tapi kualiti cerita mereka sangat bagus. (bagi pendapat aku la..) Tengok saja "Children Of Heaven" . Dengan hanya bertemakan sepasang kasut pun dah boleh buat air mata merebeh- rebeh macam hujan. OK! OK! Aku penonton air mata. Cerita itu tak boleh dimasukkan dalam list. Cuba tengok Colors Of Paradise? Atau Baran (B.A.R.A.N= BARAN bukan Bara yang awie berlakon tu.. )dan mungkin juga The Last Supper. Jalan cerita sangat bagus. Temanya bagus. Tapi sayang, kerusi panggung di Malaysia tak penuh juga. Yang penuh, cerita tomboy jatuh cinta dengan kawan sendiri di pusat pengajian tinggi. Tak pun pasal orang melayu menceceh menjual aib orang melayu sendiri.
Semalam aku tengok Ampunkan Dosaku. (sudah bertahun di pasaran, baru semalam nak tengok) Merebeh-rebeh air mata. daripada start cerita sampailah ke akhir. Jalan cerita? Power.. mesej? jelas dan sangat jelas. Pelakon? Kalau dah Fauziah Nawi namanya, dah sah kellesss.. Supported pulak dek Zamarul Hisyam yang selamba ayam dan anak- anak Ngasri. Cuma aku pelik, anak orang mesekin, tapi rambut merah. Makan tak berduit, tapi kaler rambut berduit plak.. Apapun, cerita macam ini jauh lebih bagus daripada filem yang datuk keluarkan di pawagam. Tapi masalahnya orang tak berebut nak tengok cerita macam ni. Orang berebut nak tengok filem datuk. filem professor.. Dah tu? salah datuk ke mengarahkan cerita macam tu.. atau salah proffesor yang keluarkan cerita yang orang RAMAI SANGGUP tengok?
Orang FINAS tu pun, kalau tak ada tayangan Perdana, ada ke nak pergi bayar RM 10 bawak keluarga nak tengok wayang? Ada ke? Ada? Podahhhhh!
hehehe.. sebenarnya aku tensyen pasal Puteri Gunung Ledang yang entah bila- bila nak keluar. Gimmik pun gimmik la.. tapi janganlah buat sampai penonton macam aku jadi menyampah. Elok- elok dapat RM 10, kan nanti tak dapat.. Drpd tahun lepas aku dok tunggu filem ni.. delay ke bulan 5, delay lagi masuk bulan 8.. silap haribulan santak pula ke tahun depan. Kalau tak power jugak outputnya.. tak tahulah..
*amboih wak.. lawanya sign kereta anda.. Nampak gayanya kenalah saya keluarkan fatwa pengharaman ke atas sebarang penumpangan kereta dari species berlainan jantina.. tak gitu wak? :">

Friday, May 14, 2004
"YUN & KATUN"
Petang semalam berjumpa dengan yun; junior yang sama sama suka ponteng prep skul dan berlewat- lewat subuh dipagi hari. Budak ni jugak yang ajar aku ponteng usrah. Baguslah! Junior yang ajar senior buat jahat.. Wah!! Very da perempuan tak hengat. Totally different dengan cik tomboy yang pernah aku kenal satu ketika dulu.
For the Badang out there, yang texture perut berkotak- kotak, lengan ketak- ketak, punyai minat bercinta- cintaan di puncak gunung Ledang, Tahan atau Korbu, menghirup udara segar nyaman hutan mahupun berjemur terik dipanahi cahaya mentari laut sambil ber'snorkerling', boleh respond kepada saya untuk di perkenalkan kepada junior saya yang vogue. She's single and available. (saya tak single tapi saya available juga, hikhikhik) Kalau setakat, lari 1KM tuh dah mengah- mengah nak pengsan, lupakan saja.
Malamnya, melayan Hana Yori Dango bersama Encik Selamat yang handsome. Aghh! Kalau punya pacar serupa itu Hanazawa Rui, Sumpah! Aku tak cari lain. Kalau di kira, entah berapa ribu kali aku mengulang tengok anime ni. En. Awak pun hairan. Semedang tanya tengah buat apa, mesti tengah layan cerita ni. Hahaha! The best kepam-est and jiwang-est anime i've ever seen.
Adapted from manga 'Boys Over Flower' (refer to F4). Cerita Meteor Garden tu pun adaptasi daripada manga ini juga. Macam mana manga, macam tu lah anime, macam tu jugaklah movienya.. Sebijik sejibun.. Kisah pasal seorang perempuan (Makino Tsukushi) comel yang datang dari kelas pertengahan yang jatuh cinta dengan seorang mamat (Hanazawa Rui), salah seorang daripada empat gangster sekolah yang handsome, best, glamour dan kaya raya. Dalam pada tu jugak, ketua kumpulan gangster berempat ni (Doumyouji) dah jatuh cinta yang teramat pada Makino tu dan sanggup lakukan apa saja. So dalam nak dapatkan cinta Makino ni, macam- macamlah yang terjadi. Sedih, kelakar dan romantik yang buat aku layan kepam ngan Selamat. Apa pun aku lagi suka tengok anime dari movie sebab, watak Hanazawa Rui dalam anime jauh super- duper-truper best compared to watak Hua Ze Lei yang di lakonkan Vic Zhou Yu Min dalam Meteor Garden. (Padahal mamat ni second hero jek) Tapi ke 'cool' an dan jenis rilek tambah blur2 buat aku suka gila melampau ngan dia.
Choishh.. malam tadi aku tidur saaaaaanngatttt best ngan Encik Selamat......
Minggu nih macam nak marathon anime 'Daddy Long Leg' pulak. Bak kata emak, dah tua bangka pun asyik dok tengok katun je tak sesudah. Besok laki pun lupa nak bagi makan dek katun. kalau ikut hati nak je jawab, ala mak, bakal menantu mak tu laaaaaaaaaagi gile katun. Tak ingat nak balik sini pun sebab katun lah tu.. tul tak wak? kan? kan?

Thursday, May 13, 2004
"KERAJINAN MY COLLEAGUES BEKERJA"
THE ISSUE:
PEMBAYARAN BONUS BAGI PRESTASI TAHUN 2003
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah ** telah meluluskan pembayaran bonus tahun 2003 berdasarkan prestasi Syarikat bagi tahun 2003. Pemberian bonus bagi tahun tersebut adalah diluluskan untuk semua anggota tetap dan kontrak yang memenuhi syarat kelayakan.
e-mail susulan:
ye kakak- kakak ku sekelian.. bonus sudah masuk.. tidak ada sesiapa yang berniat mahu belanja budak kontrek seperti saya? hah? ha? tamau ke? canne ha?
Respond:
email 1
psst.. aku rasa cam penah janji nak belanja ko kalau dapat bonus. eh ye ke ha? ada ke aku cakap macam tu? ada ke? ke?
ok, jumaat minggu depan kita jalan2 midveli, singgah kat secret recipe kay *wink* jom kawan2, jumaat minggu depan kita joli sebelum duit bonus habis buat bayar hutang muehehehehehe.
email 2
Jom! Kalau I takde any plans, marilah kita memeriahkan Mid Valley Jumaat depan. Hehe...
Kesian pulak kat Miss Ina ni, dari dulu tau dia dah hint nak mintak org belanja. Ala Secret Recipe? Bosan la.. apa kata pizza pulak ke... hehehe. Lepas tu kita memeriahkan pulak bank utk bayar hutang. =))
email 3
ala.. saya tak makan pizza.. janganla.. huhuu.. sianlah kat saya.. saya tak makan pizza.. secret recipy ok la.. ke nak shushi king ke.. kenny rogers ke.. apa apa jek la.. asal jgn pizza.. plzz
email 4
Erkk... tak makan pizza ke? Apakah salah pizza itu? Apa dia? Hehehe.... Ikut suka org yg nak belanja la (tanduk kuar dgn serta-merta).
Hehe just kidding. Since Mid Valley tu besar, kita boleh tour & cari tempat makan lain yg best. Ina, Rotiboy boleh tak? (hahaha aku kejam hari ni cuz banyak kerja :P).
email 5
hapa la tak american laa tak makan pizza :P
ok, depends on you la dik since you're the one i'm belanjaing. as for me lak, dun wan japanese pllzzz. (biasalah, i western. eastern? por favor!! :lol:)
email 7
ye la ye la.. saya sedar diri.. apa apa jek la.. tapi jgan lah pizza.. huhu.. jgnkan rotiboy, roti mamak junction pun boleh..
email 8
Weh, pizza tu kan Italian? :p
me too, tak nak Japanese food. I never do, and don't intend to start now hehe. OK so that rules out Pizza Hut/Shakeys & Sushi King. Burger King OK? Hahahaha....
email 9
ala lala sayang adik kakak... nanti akak pujuk satu ketol rotiboy ye? :lol:
ok nanti kita makan la kat mana2 restoran selain Pizza & Japanese ye.
woi, aku, kau & Lynn ni bukan satu opis ke? main emel-emel pulak muahahahaha. Eni ni mesti sibuk, eda sah2 la sebuk daripada pagi tadi aku nengok bermiting je keje.
email 10
err.. aku nak try chile's
please korang.... esok aku belanja lah
we all take turn berpoya-poya
so this week: aku
next week: tini
next next week: lynn
next next next week: aini
ok tak? tapi kalu due date aini dah dekat2 tarikh tu, kene reshuffle jadual.. sebelum die terberanak, kite otai duit die dulu... hahahahahah
email 11
ui...hangpa sumer ni mkn benda mahal2 jer :P
kalau suami aku tahu, musti dia bebel semacam
aku nak pi mydin besok :P
email 12
yela turn esok tak jadi la.. selamat duit aku.. puh, so buat schedule baru balik
email 13
Bagus.. esok aku pun cuti. hantar abang gi airport, dan selepas itu berpoya-poya sekitar KL muahaha (read: cari tempat bayar saman *lol*).
I thought kita gi makan besar, and reramai share belanja si Ina tu... kira kenkonon hari tu besday dia laa kan. Tak tau lak ada schedule nih hehe. :))
email 14
muahahahaha. ini ok lagi eni... aku nah banjer budak2 ni makan kat amarind. huh kopak duit aku :P
email 15
Ok, minggu depan kita gi Chile's reramai kay? Kita ikut selera Ibu Mengandung hehehehe.
email 16
sekali get together dah aa, kalu ikut turn camtu..muahaha, kering poket aku
kira kita pakat belanja ina sorang :P
kalau 10 ringgit bagi 4 baru 2.50
kehkeh (kejam tak aku)
email 17
tak kejam tak kejam.. aku setuju.. biar kopak sikit2 je.. hari tu kan dah hasut lynn n tini ke MPH warehouse sale
bulan ni aku nak bayar kredit kad je :lol:
email 18
Aku setuju dgn Aida & Aini... buat sekaligus...
And I setuju dgn Tini, makan kat Chilli's. Sebelah Maybank je muehehehe...
email 19
If u are talking about kejam-ness, Rotiboy tu kan RM1.50, sorang bayar 35 sen je muahahaha.... >:) lagi evil.
email 20
orait kira chilli's la ek...
hopefully next week, leh tunda appointment dgn doctor :X
aku ingat lynn sorang je nak blanje ina roti boy :p
email 21
Eh, I just rememebered, si Jaja yg vogue tu tak nak ajak dia join ke?
email 22
die kene masuk kuota orang belanja laa.. so lagi kurang duit kite.. kalu 5 org banje ina rm10
rm 2 sorang
kalau roti boy.. RM0.30 je sorang HAHAHAHHA
email 23
Kiranya Lynn ni kejam tahap Barbara Serrano Sulbaran :lol:
Kita setakat Braulio / Ricardo yang dah insaf tu je :p
email 24
uii tgk cite tu gak ke? haha
jgn lepaskan peluang saksikan episod terakhir pada sabtu ini jam 2 ptg
damn! semlm dia potong time barbara nak tembak maria clara
kul 7 mlm, aku musti trpacak depan tv hari ni :P
*Choiss!! Bonus masuk ribu ribu.. takkan belanja rotiboy jek.. sedihlah nih.. dah tu share 5 orang plak tu.. nama jek ezekutip.. sob sob sob... Entah pa pe.. Siap boleh masuk issue Secreto de Amour plak tu.. Bagusnya betul kakak- kakak di opis ini..

Tuesday, May 11, 2004
"AWAK"
Lama dah sayang kat awak.. tapi bila awak ambil berat pasal saya.. graf sayang tu makin mencanak- canak naiknya.. terima kasih sebab care pasal saya.. huhuhu.. terharu, terharu..

Monday, May 10, 2004
"EKSIDEN"
Aku belajar satu perkara.. benda lama cuma baru sedar, hidup bermasyarakat (dalam erti kata lain, dalam dunia ni, kita bukan hidup seorang) Kalau kita berhati- hati sekalipun, bawa kereta slow, berhenti elok- elok di traffic light merah, tak tentu lagi orang di sekeliling kita berhati- hati macam kita. Semalam, sebijik kembara selamba batak je menyondol belakang kereta yang aku tumpang. Kembara! Kalau belasah wira, fikir sendiri la apa jadi. Macam tiang gol himpap tin milo.. Cakap banyak pun tak guna. Setakat jadi tukang sponsor duit tol, aku tak berani nak masuk campur. Tapi, sekarang aku kena faham, kalau kita je yang cuba berkelakuan baik, orang lain tidak.. tak de maknalah juga..
-kau tak rasa ke sebab kau bawak aku, kau eksiden?
-ini kali pertama ke kau tumpang kereta ni?
-tade la.. kang kot kot kau kata aku nih pembawak malang pulak
-benda dah nak jadi, bukan saja- saja mintak
-hmm..
-dah la.. tak ada kena mengena ngan kau pun
-kau tengah marah lagi ke ni?
-hmm..
Yang pastinya aku takut setengah nak mati.. macam- macam aku fikir dalam kepala
***
-hello.. assalamualaikum.. makkkkk.. hepi beseday
-waalaikumussalam.. ye.. hepi beseday
-hehhehe.. ada dapat hadiah tak?
-tak ade.. ape lambat sangat sampai semalam?
-tak de ape.. ade kereta eksiden sikit kat jalan senawang
-ohh.. teruk ke eksidennya?
-tak ahh.. sikit jek, kereta langgar belakang
-apa lawannya?
-kembara cium wira
-kereta yang kau tumpang tu ke?
-hehehe.. ok lah mak, nanti adik call semula.. tata.. hepi beseday
-terima kasihhh.. tata.. jaga diri elok- elok
mak aku ada ilmu tilik ke? cam tau tau jek.. Aku pun bukan tanak ngaku, cuma takut mak risau..

Thursday, May 06, 2004
"LAGI LAGI KES DERA"
Lagu: Tangan Yang Mengapai
artis: NSR
Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh luka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera
Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman
Jeritan suara Titisan air mata
Tiada siapa yang endah
Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai

Ke manakah hilang peri kemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan
Atas kesedaran mari kita pastikan
Kisah yang sedih tidak berulang
KUALA LUMPUR- Laporan bedah siasat ke atas Noriszyani Amylia Ahmad, 2, yang disyaki menjadi mangsa dera kelmarin berpunca daripada pendarahan teruk di bahagian hati dan usus kecil. AL- FATIHAH Lagi lagi kes dera; bayi lima bulan
Mak aku dulu dulu belasah juga, pukul anak juga.. tapi idaklah sampai nak bunuh anak..