Monday, May 31, 2004
"KISAH SEORANG ADIK & PENGANTIN BARU"
Pulang ke kampung menumpang seorang kawan yang berpangkat abang bersama adik perempuannya. Terasa sedikit asing bila bertemu begitu. Mungkin sebab tak berapa rapat dengan adik perempuannya, maka aku terasa sedikit terpinggir. Tambahan lagi, aku dapat menghidu rasa tidak senang yang terbit daripada riak muka gadis itu. Si adik cuba mendominasi pertemuan menyebabkan aku kurang berpeluang bersuara. Cuba membuat aku tidak wujud di hadapannya. Mungkin bagi si adik, bukan senang nak bermesra, tambahan lagi setelah keduanya duduk jauh dari keluarga. Sesekali bertemu, ada orang luar pulak mengganggu! Aku tak menyalahkan si adik kerana aku sangat- sangat memahami situasi itu.
Aku juga adik perempuan kepada seorang abang. Adik perempuan yang sangat- sangat rapat dengan seorang abang. Aku tidak senang dengan kehadiran perempuan lain di saat- saat aku ingin bermanja dan mengada- ngada dengannya. (Di saat aku nak membelasah poketnya) Aku tak suka perhatian abang dibahagi- bahagikan. Masa bersama aku adalah bersama aku. Bukan dengan kehadiran orang lain terutama kawan perempuannya. Saat abang meninggalkan alam bujang, aku kecil hati. Tak bertegur sapa agak lama. Aku susah menerima kehadiran kakak ipar dalam keluarga. Rasa menyampah pun ada juga. Cuma bila kembali berfikir dengan akal, sampai bila nak melekap pada abang? Lagipun, dia pun bukanlah abang yang baik untuk aku agung- agungkan. Dia jahat juga. Dia buli aku juga.
Pengajarannya: jangan menyemak- nyemak mengganggu temujanji keluarga orang walaupun orang itu beriya- iya ajak bersaing pulang. Balik sendiri. Bak kata mak, bas melampuh (banyak)
\(';')/
JAUH!!! Sangat jauhPoland Palong itu. Aku rasa pening yang amat. Nasib baik sampai juga ke majlis menamatkan zaman bujang seorang kawan lama. (Setelah banyak kali sesat dan hampir saja tak tersilap rumah kenduri; Peringatan pada pada kawan- kawan yang ingin kahwin dan untuk diri sendiri juga, sila letakkan nama penuh pada penunjuk arah, nak letak IC lagi bagus) Selamat Pengantin Baru pada Siti Junaidah dan suami. Meriah majlisnya. Ada karaoke dan penyanyi yang bersuara sedap. Lauk pauk yang lazat. Pelaminnya cantik dan gubahan hantaran juga menarik.
Tambah meriah, ramai kawan- kawan lama terkumpul semula. Hadznizan dan teman wanita, Aminor dan kawan- kawannya yang 'menarik', Zainal, Azhan, Mahadhir, Saharol, Tarmizi (baru kenal padahal lima tahun di sekolah yang sama), Ariffah bersama tunang yang kacak, Fakhriah, Masnita, Nisa', Faizah, Norafidah, Asniza, Syafa dan mungkin ada beberapa lagi yang tak sempat jumpa.. Bising suasana kenduri kerana kehadiran kami. Seakan cuba membuat reunion kecil ditengah- tengah kenduri kawin orang. Biasalah.. kalau dah berkumpul, mesti ada sesi kutuk mengutuk. Sesi umpat- mengumpat.
perbualan bersama ex-headboy aku yang macam bagus satu ketika dulu.
- budak! gile penuh pipi, macam kena pam
- hahaha, tu lah pasal. Dah macam labu je muka aku ni hah
- ke ada orang bela?
- sebab tak ada orang bela nih la, jadi cenggini, kalau ada.. body jeniper lopez aku ni hah
- dok pergi kenduri orang je, kau bila plak?
- aku tunggu kau pinang aku, hahaha
- haha.. ada yang aku siram ngan air sirap ni kang
- haha, jangann.. aku nak pi ambil berkat pengantin nih, aku gatal nak kawin nih
- haha, bila weii?
- cuti sekolah nanti
- cuti sekolah bila? cuti sekolah dah nih?
- bebila arr, asal cuti sekolah
- eii, aku siram jugak ko nih karang
- hahaha
Camana aku nak nikah? Duit dalam bank ada lima poseng.. boleh ke nak nikah dengan duit banyak tu?
Sayang! Kenduri- kendara sekarang tidak ada lagi sistem penanggah dan bertating (makan hidang) Kebanyakkannya layan diri. Kenduri cara bandar sudah merebak ke kampung malah ke kawasan Felda. Atas alasan, mudah! Tak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Betul juga. Tapi suasana meriah itu agak tidak terasa dengan sistem ini. Bak kata Matded, susah nak makan banyak. Malu nak bertambah. Nasib baik aku pening. Kurang lah laparnya. Penat yang amat. Sangat penat. Gambar kahwin bakal di upload kemudian.
Zaman berlalu. Banyak benda berubah. Sistem, bentuk muka bumi malah perwatakan dan perawakan seseorang juga berubah. Terima lah perubahan itu selagi ia membawa kebaikan atau selagi perubahan itu tidak menyusahkan. Cuma kadangkala hati merindukan yang lama.
*mereka yang lain berkirim salam. Anoi kirimkan pada saya bunga telur untuk awak. Tapi anak buah saya dah kelepet telur rebus itu. Maaf ye!
Pulang ke kampung menumpang seorang kawan yang berpangkat abang bersama adik perempuannya. Terasa sedikit asing bila bertemu begitu. Mungkin sebab tak berapa rapat dengan adik perempuannya, maka aku terasa sedikit terpinggir. Tambahan lagi, aku dapat menghidu rasa tidak senang yang terbit daripada riak muka gadis itu. Si adik cuba mendominasi pertemuan menyebabkan aku kurang berpeluang bersuara. Cuba membuat aku tidak wujud di hadapannya. Mungkin bagi si adik, bukan senang nak bermesra, tambahan lagi setelah keduanya duduk jauh dari keluarga. Sesekali bertemu, ada orang luar pulak mengganggu! Aku tak menyalahkan si adik kerana aku sangat- sangat memahami situasi itu.
Aku juga adik perempuan kepada seorang abang. Adik perempuan yang sangat- sangat rapat dengan seorang abang. Aku tidak senang dengan kehadiran perempuan lain di saat- saat aku ingin bermanja dan mengada- ngada dengannya. (Di saat aku nak membelasah poketnya) Aku tak suka perhatian abang dibahagi- bahagikan. Masa bersama aku adalah bersama aku. Bukan dengan kehadiran orang lain terutama kawan perempuannya. Saat abang meninggalkan alam bujang, aku kecil hati. Tak bertegur sapa agak lama. Aku susah menerima kehadiran kakak ipar dalam keluarga. Rasa menyampah pun ada juga. Cuma bila kembali berfikir dengan akal, sampai bila nak melekap pada abang? Lagipun, dia pun bukanlah abang yang baik untuk aku agung- agungkan. Dia jahat juga. Dia buli aku juga.
Pengajarannya: jangan menyemak- nyemak mengganggu temujanji keluarga orang walaupun orang itu beriya- iya ajak bersaing pulang. Balik sendiri. Bak kata mak, bas melampuh (banyak)
JAUH!!! Sangat jauh
Tambah meriah, ramai kawan- kawan lama terkumpul semula. Hadznizan dan teman wanita, Aminor dan kawan- kawannya yang 'menarik', Zainal, Azhan, Mahadhir, Saharol, Tarmizi (baru kenal padahal lima tahun di sekolah yang sama), Ariffah bersama tunang yang kacak, Fakhriah, Masnita, Nisa', Faizah, Norafidah, Asniza, Syafa dan mungkin ada beberapa lagi yang tak sempat jumpa.. Bising suasana kenduri kerana kehadiran kami. Seakan cuba membuat reunion kecil ditengah- tengah kenduri kawin orang. Biasalah.. kalau dah berkumpul, mesti ada sesi kutuk mengutuk. Sesi umpat- mengumpat.
perbualan bersama ex-headboy aku yang macam bagus satu ketika dulu.
- budak! gile penuh pipi, macam kena pam
- hahaha, tu lah pasal. Dah macam labu je muka aku ni hah
- ke ada orang bela?
- sebab tak ada orang bela nih la, jadi cenggini, kalau ada.. body jeniper lopez aku ni hah
- dok pergi kenduri orang je, kau bila plak?
- aku tunggu kau pinang aku, hahaha
- haha.. ada yang aku siram ngan air sirap ni kang
- haha, jangann.. aku nak pi ambil berkat pengantin nih, aku gatal nak kawin nih
- haha, bila weii?
- cuti sekolah nanti
- cuti sekolah bila? cuti sekolah dah nih?
- bebila arr, asal cuti sekolah
- eii, aku siram jugak ko nih karang
- hahaha
Camana aku nak nikah? Duit dalam bank ada lima poseng.. boleh ke nak nikah dengan duit banyak tu?
Sayang! Kenduri- kendara sekarang tidak ada lagi sistem penanggah dan bertating (makan hidang) Kebanyakkannya layan diri. Kenduri cara bandar sudah merebak ke kampung malah ke kawasan Felda. Atas alasan, mudah! Tak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Betul juga. Tapi suasana meriah itu agak tidak terasa dengan sistem ini. Bak kata Matded, susah nak makan banyak. Malu nak bertambah. Nasib baik aku pening. Kurang lah laparnya. Penat yang amat. Sangat penat. Gambar kahwin bakal di upload kemudian.
Zaman berlalu. Banyak benda berubah. Sistem, bentuk muka bumi malah perwatakan dan perawakan seseorang juga berubah. Terima lah perubahan itu selagi ia membawa kebaikan atau selagi perubahan itu tidak menyusahkan. Cuma kadangkala hati merindukan yang lama.
*mereka yang lain berkirim salam. Anoi kirimkan pada saya bunga telur untuk awak. Tapi anak buah saya dah kelepet telur rebus itu. Maaf ye!
Comments:
Post a Comment