Tuesday, January 31, 2012
Anak Dara Nan Seorang...
Anak dara nan seorang itu sudah pandai melukis.
Dia sudah pandai memegang pen mata bola.
Dia lukis bulat- bulat... Comel!
Dia lakar jalur- jalur panjang... Hebat!
Dia lukis...
Di permukaan sofa kami.
Di dinding tangga rumah kami.
Alahaiiii.. anak dara ku nan seorang.
Nasib baiklah seorang..
Thursday, October 13, 2011
Kacak?? Hahahaha!!!
Bertuahlah saya kak oii.. dapat suami kacak..
Hahahaha.. Nak gelak lagi.. boleh??
Friday, August 19, 2011
Friday, June 03, 2011
Kali terakhir saya menerima jambak bunga daripada En Suami ketika kelahiran Maryam. Saya katakan terima kasih dan tak perlu bagi2 bunga. Membazir! Bunga, bila telah layu.. akan dibuang saja. En Suami kata tak apa..
Ketika kami pindah rumah, berjambak bunga kering saya buang dalam plastik sampah. Saya kata pada En Suami.. "See! Buang aja..". Sejak itu, En. Suami tak pernah beli bunga lagi. Dan, saya tak kisah..
Tapi semalam.. lepas tengok Nora Elena..
Huhuhu.. Saya nak bunga.. satu boot kereta boleh????
Tuesday, March 22, 2011
Alhamdulillah...
Selesai sudah urusan abah di muka bumi ini. Abah meninggal dunia pada khamis, 17/3/2011 pukul 10.50 pagi. Pemergian abah sangat tiba- tiba. Satu kejutan pada kami sekeluarga. Doktor sahkan berlaku pendarahan dalam perut. (Leaking abdoman)
Alhamdulillah.. emak menemani abah di saat akhirnya di Hospital Serdang.
Alhamdulillah.. semua keluarga abah termasuk anak- anak di sebelah makcik dan juga anak- anak tirinya sempat menemui abah ketika sedarnya.
Terima kasih pada semua doktor dan kakitangan yang merawat abah di Hospital Melang, Kuala Pilah..
Terima kasih pada semua doktor dan kakitangan yang merawat abah di Hospital Serdang.. (Aku cuma ingat doktor Chang, Doktor Yusnita, Doktor Hee dan Jururawat yang dipanggil Kak Chik.)
Terima kasih pada mereka yang sudi melawat abah ketika sakitnya..
Terima kasih pada mereka yang menguruskan pengebumian abah sehingga selesai..
Terima kasih pada semua..
Moga abah di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.
Terima kasih abah..

Saturday, March 12, 2011
Tsunami Jepun
Moga Hazliza sekeluarga, Een dan Bachi selamat.
Saya harap Umar baik- baik aja.
Saturday, March 05, 2011

Nama saya Maryam Kurosaki Ichitot bt Zulfazli Ichitot.
Umur saya satu tahun setengah. Saya suka makan bayam dan Spaghetti. Wahh.. Sungguh Italy.
Saya pandai sebut 'mama, ayah, catit (sakit) ampu (lampu) nak, tanak, air dan err.. apa lagi ehh??
Saya manja dengan ayah lebih sikit daripada mama sebab mama suka cubit. Mama garang.
Saya ada kawan nama Haikal dan saya suka gigit dia.Err.. dia pun suka gigit saya..
Saya sayang mama dan ayah.
Sekian cerita saya setakat ini.

Sudah 4 tahun saya bergelar isteri..