Thursday, February 28, 2013
Belum cukup tempoh 6 bulan, sarah sudah saya jamu dengan susu Enfalac A+.
Susu orang kaya tu..Hahah!
Macam macam cara saya cuba memperbanyakkan susu. Shaklee, Galacta, Sawi, jantung pisang, lobak putih, kucai, barli.. semua sudah saya cuba. Tapi hasilnya sangat tidak memberangsangkan. Oh.. Saya sudah cuba power pumping. Still..Mmg rezeki Sarah menyusu badan penuh setakat itu sahaja.
Saya masih meneruskan usaha mengumpul susu buat bekalan Sarah. Walaupun cuma 2 botol sehari, saya masih kuatkan semangat. Yang bagusnya, Sarah punya dua sumber. Nutrisi semula jadi daripada saya dan juga nutrisi daripada susu formula. Itu juga baikkan? Itu lebih baik daripada si kecik itu kelaparan.
Saya menyokong penuh penyusuan susu ibu. Bagi ibu2 yang mampu menyediakan bekalan buat anak- anak mereka sehingga cukup umur 2 tahun itu, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda. Tapi jangan sesekali memandang serong kepada mereka yang tak mampu seperti saya ini. Kemampuan kita berbeza.
Comments:
No worries dik. Yg penting usaha..doa dan tawakal. Bukankah Allah lebih bijak dlm mengatur sebrg urusan hambaNya?
Cheer up dik!! :))
Post a Comment
Cheer up dik!! :))