Tuesday, February 18, 2014
Progress 2.
Start diet herbalife: 15 Jan 2014
Berat Badan 15/2/2014: 67.8kg (gila gemuk)
Berat badan perlu di capai: 55kg
Kadar pengurangan: 200g (ergghhh!!!)
Kadar pengurangan YTD: 1.2kg
Tak pe, tak pe.. usaha lagi..

Monday, February 03, 2014
Progress 1.
Start diet herbalife: 15 Jan 2014
Berat Badan 1/2/2014: 68kg (gila gemuk)
Berat badan perlu di capai: 55kg
Kadar pengurangan: 1kg (ergghhh!!!)
Tak pe, tak pe.. usaha lagi..
Start diet herbalife: 15 Jan 2014
Berat Badan 1/2/2014: 68kg (gila gemuk)
Berat badan perlu di capai: 55kg
Kadar pengurangan: 1kg (ergghhh!!!)
Tak pe, tak pe.. usaha lagi..
Thursday, January 16, 2014
Friday, November 15, 2013
Thursday, August 22, 2013
Mereka yang bertuah atau kita???
Bila saya menangisi nasib anak- anak kecil yang maut akibat penderaan, kemalangan atau apa jua sebab sekalipun, en suami hanya kata.."Budak yang meninggal tu dah tentu-tentu dijamin syurga.."
Ya, saya tahu tu.. tapi masih kasihan juga.. anak anak itu comel..
Di Mesir, Syria, palestin bergejolak. Ramai yang menjadi korban.
Adakah kerana Allah itu tidak adil? Tidak Sayang?
Adakah kerana Allah nak menurunkan bala kepada mereka?
Tidak..
Allah tahu mereka di sana sudah bersedia berjihad di Jalan Allah. Kerana Allah tahu mereka yang di sana memburu syahid..
Kerana dada mereka ada Allah.. Ada Rasulullah..
Dada mereka berisi Al-Quran..
Allah tak uji hambaNya yang tidak mampu menampung ujian.. Mereka tak mati sia- sia.
InsyaaAllah, para Syuhada itu syurga tempatnya.
Kita yang duduk negara aman ini, kejar apa ya?
Running Man, Akademi Fantasia, K- POP, KL- Gangster, Konsert Metalicca, Linkin Park?
Seperti saya ni yang solat masih berlompang- lompang, nak tutup aurat pun susah.. macam mana nak duduk di barisan hadapan mengejar syahid? :(
Mereka yang bertuah atau kita???
Fikir ina.. fikir..

Thursday, February 28, 2013
Belum cukup tempoh 6 bulan, sarah sudah saya jamu dengan susu Enfalac A+.
Susu orang kaya tu..Hahah!
Macam macam cara saya cuba memperbanyakkan susu. Shaklee, Galacta, Sawi, jantung pisang, lobak putih, kucai, barli.. semua sudah saya cuba. Tapi hasilnya sangat tidak memberangsangkan. Oh.. Saya sudah cuba power pumping. Still..Mmg rezeki Sarah menyusu badan penuh setakat itu sahaja.
Saya masih meneruskan usaha mengumpul susu buat bekalan Sarah. Walaupun cuma 2 botol sehari, saya masih kuatkan semangat. Yang bagusnya, Sarah punya dua sumber. Nutrisi semula jadi daripada saya dan juga nutrisi daripada susu formula. Itu juga baikkan? Itu lebih baik daripada si kecik itu kelaparan.
Saya menyokong penuh penyusuan susu ibu. Bagi ibu2 yang mampu menyediakan bekalan buat anak- anak mereka sehingga cukup umur 2 tahun itu, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda. Tapi jangan sesekali memandang serong kepada mereka yang tak mampu seperti saya ini. Kemampuan kita berbeza.
Tuesday, February 12, 2013
Pejam celik pejam celik, sarah sudah 5 bulan. Bermakna 5 bulan saya tak menyentuh blog..
Busy???
Tak ada lah busy mana.. membeli belah online, mem pakcik google sana sini masih sempat.
Kerja pun tak lah banyak mana. Boss bagi arahan pun tak semuanya dibuat..
Dusyum!!! Kantoi. AlhamdulilLah.. Maryam dan Sarah, kedua puteri saya, sihat dan baik baik aja sehingga kini.
Kisah 1
Apa nama anak ko ni na?
Sarah.
Sarah aja?
Ha ah. Sarah bt Zul Fazli
Kenapa tak letak Siti Sarah?
Senang pendek2. Maksudnya baik. Moyang dan wan dia senang ingat. Nama panjang- panjang ni payah.
Kisah 2.
Kenapa letak Sarah? Tahukan kisah Sarah tu? Sebab dia, Hajar kena buang ke padang pasir.
Tau.. sebab Sarah tu lah Hajar jumpa telaga Zam- Zam. Jumpa tanah Mekah.
kisah 3.
Sarah tu nama Yahudi tau? Ibu orang Yahudi. Sebab tu dengki pada Hajar. Orang Yahudi tu dari dulu sampai sekarang memang tak pernah baik.
Ya.. Sarah tu dalam bahasa hebrew bermaksud permaisuri kalau tak silap.
Dah tau, kenapa letak Sarah?
Saya suka nama Sarah. Lagipun itu bukan nama-nama yang diharamkan dalam Islam.
Sungguh nama Sarah lebih kontreversi daripada nama kakaknya Maryam.