Tuesday, March 22, 2011
Alhamdulillah...
Selesai sudah urusan abah di muka bumi ini. Abah meninggal dunia pada khamis, 17/3/2011 pukul 10.50 pagi. Pemergian abah sangat tiba- tiba. Satu kejutan pada kami sekeluarga. Doktor sahkan berlaku pendarahan dalam perut. (Leaking abdoman)
Alhamdulillah.. emak menemani abah di saat akhirnya di Hospital Serdang.
Alhamdulillah.. semua keluarga abah termasuk anak- anak di sebelah makcik dan juga anak- anak tirinya sempat menemui abah ketika sedarnya.
Terima kasih pada semua doktor dan kakitangan yang merawat abah di Hospital Melang, Kuala Pilah..
Terima kasih pada semua doktor dan kakitangan yang merawat abah di Hospital Serdang.. (Aku cuma ingat doktor Chang, Doktor Yusnita, Doktor Hee dan Jururawat yang dipanggil Kak Chik.)
Terima kasih pada mereka yang sudi melawat abah ketika sakitnya..
Terima kasih pada mereka yang menguruskan pengebumian abah sehingga selesai..
Terima kasih pada semua..
Moga abah di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.
Terima kasih abah..

Saturday, March 12, 2011
Tsunami Jepun
Moga Hazliza sekeluarga, Een dan Bachi selamat.
Saya harap Umar baik- baik aja.
Saturday, March 05, 2011
Nama saya Maryam Kurosaki Ichitot bt Zulfazli Ichitot.
Umur saya satu tahun setengah. Saya suka makan bayam dan Spaghetti. Wahh.. Sungguh Italy.
Saya pandai sebut 'mama, ayah, catit (sakit) ampu (lampu) nak, tanak, air dan err.. apa lagi ehh??
Saya manja dengan ayah lebih sikit daripada mama sebab mama suka cubit. Mama garang.
Saya ada kawan nama Haikal dan saya suka gigit dia.Err.. dia pun suka gigit saya..
Saya sayang mama dan ayah.
Sekian cerita saya setakat ini.