Friday, September 24, 2010
Sedikit nasihat kepada seorang teman. "Fikirkan tentang diri sendiri. Ibu bapa, sampai satu masa, tidak akan lagi menjaga kita. Jangan rosakkan diri hanya kerana ayah kita mahu beristeri lain.. Jangan sampai derhaka.. sejauh mana kau buang, sedalam lautan mana pun ianya di lontar, kita tak boleh menolak hakikat, kewujudan kita terhasil dari percantuman telur ibu dan air mani seorang ayah. Lelaki.. bila dah gatal.. anak- anak ugutlah apa pun.. kalau dia nak kawin lain.. dia kawin juga.. tak payahlah buang masa.. Baik jaga diri sendiri. Belajar rajin- rajin, dapat kerja elok- elok. Bina keluarga sendiri. "
Hmmm.. Dimusim raya ini, banyak kisah orang tua- tua di rumah kebajikan disiarkan di kaca TV. Kekadang aku berfikir.. Betulkah orang tua- tua yang merempat tepi jalan atau rumah kebajikan tu disebabkan salah anak- anak? Anak- anak tak kenang jasa? Atau anak- anak lupa daratan?
Entah- entah masa dia muda dulu, anak- anak minta belanja sekolah, penerajang yang dapat.. mintak sesuap nasi disua penumbuk. Kalau anak- anak hari- hari makan hasil sepak terajang, maki hamun.. tak hairanlah kalau dah tua masuk rumah kebajikan. Berkahwin dua tiga, anak bersepah sana sini.. nak makan pun merempat.. Aku tak hairan bila tua anak buat tidak peduli. Sakit hati orang.. mana tahu? Apa yang kita bagi.. apa yang dididik, itu yang kita dapat semula. Bukan semua orang berhati Nabi.
Aku tak kata perbuatan anak itu betul, tapi.. perbuatan mak ayah kepada anak itu betulkah?

Comments:
Post a Comment