Sunday, September 19, 2010
Kisah Raya
Mama Maryam memang perak@ jakun@ gayat bila jumpa baju comel yang tergantung di jual tak kira lah di J*J, Par*son, Tes*co hatta pasar malam sekalipun. Huh! susah kalau beranakkan si anak dara ni. Pilihan baju banyak sangat. Beropol, beriben, bebatu batu lip lap dan segala bagai. Itu belum lagi tengok kasut. Uh!! Mama tak tahan. Keinginan beli baju untuk Maryam mengalahkan gunung everest tapi kemampuan poket yang kempis macam orang tak makan 10 bulan.. baju raya Maryam hanya dapat beberapa pasang. Jenama? Maryam bukan anak engineer.. Belasah aja asal baru. Itupun, En Ayah Maryam sudah tarik muka.. Ampun Sayang.. Tahun depan, Mama Maryam akan lebih berhemah!
Mama Maryam cuti lama. En Ayahnya tidak.. Rabu sudah kerja. Mama Maryam plan nak lepak rumah Wan laaamaa sikit.. sampai akhir minggu tapi Maryam sudah pakat dengan En Ayah. Ohh!! Keluarga Mama Maryam ada lawak demam.
Lawaknya begini:
"Balik kampung aja.. demam. Kalau tak ayahnya demam, anaknya demam. Kalau tak pun dedua demam."
Maknanya tak mahu duduk lama2 dekat kampung Lawak itu lawak turun temurun. Walaupun ia lawak, tapi ia kisah betul. Pantang balik kampung, kalau tak temperature ayahnya, temperature anaknya yang tinggi. Oh!! Bukan di kampung saya aja, balik kampung En suami juga. Cuma dikampung en suami, lawak itu tidak diguna pakai.
(*Untuk kisah lawak turun temurun- Status Ayah ditukar kepada menantu..)
Alkisah anak yang demam, Mama Maryam tak dapat berjalan raya seperti yang dirancang. Misi Mama Maryam nak mengutip duit raya, gagal!. Penyudahnya, si Maryam pakai baju baru, merangkak ulang- alik ke dapur Wan. Dapatlah jalan sebuah- dua rumah.. Itupun rumah *wajib pergi.
Ada sape2 nak ajak open house? Ajaklah kami. Maryam masih ada baju yang tak dipakai lagi ni.. Hehe.
Comments:
oh.. Sebab aku ngan abu bukan engineer. Kalau aku or abu engineer, aku mungkin akan letak statement "Maryam bukan anak Doktor" hahhaha
Post a Comment