Tuesday, April 13, 2010
Bercakap pasal Kahwin dan dot dot dot
Saya nak bercerita tentang seseorang yg saya kenal.. Sebetulnya dia kawan saya. Biarlah saya panggil uda dan dara sahaja.
Si Uda: Umurnya setahun lebih tua dr saya. Tidak bekerja tetap. Tidak tahu apa kerjanya selain drpd menjadi drebar kepada emaknya yang bekerja di pasar tani/ malam. selama yang saya kenal, hobinya adalah tidur, lepak, tidur lagi dan lepak lagi dan tidur lagi.
Si Dara: Baru habis SPM. Tidak bekerja. Tak kenal sangat sebab tak berapa nak gang. Budak sangat lagi.. Aghh! Tuanya saya..
Mereka sudah lama berkenalan dan sudah lama bercinta. Dan sudah pun bertunang. Keluarga si perempuan tak berapa nak berkenan dengan si lelaki. Maklumlah.. tidak bekerja dan agak terkenal dengan sifat malas. Tapi dek kuatnya semangat cinta mereka, terpaksalah mereka mengalah. Takut2 si uda dan dara nekad ke Siam. Lebih takut lagi kalau si anak dara buncit tidak sempat si uda dan en Wali bersalaman.
Mengingatkan ini, saya pula rasa susah hati. Sehingga saat ini, saya masih tak nampak perubahan si Uda. Masih macam itu juga. Macam mana dengan kenduri kahwin? duit hantaran? Paling tidak pun mas kahwin. Ohh.. Si Uda bukan anak orang kaya. Biasa- biasa aja. Kebun pun tak berekar-ekar. Lembu dan kerbau, seekor pun tiada.
"Duit orang.. yang awak nak ambik tahu kenapa?" Kata En suami
(Salah satu sebab kenapa saya tak suka mengumpat dengan En Suami. Haha)
Saya susah hati kerana sampai sekarang saya tak nampak si uda mahupun si dara itu bekerja. Bekerja makan gaji mahupun bekerja sendiri. Saya susah hati, lepas kahwin mereka nak hidup macam mana? Cinta tak boleh beli beras dan susu mahupun gula. Dengan cinta, kita tak boleh beli pampers anak di pasar raya hatta pun di pasar malam. Susu tepung? Sewa rumah? Bayar bil? Takkan nak menepek di bahu mak lagi.. Ya! Saya memang susah hati. Hahaha..
Ya kawan- kawan.. Duit bukan segala- galanya. Tapi kalau nak bahagia, duit kena ada.

Comments:
Post a Comment