Monday, January 11, 2010
"Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua, dimaklumkan Pn Suriaya Hassan, kakitangan SRM, SAC dilapurkan sedang dirawat di Hospital KPJ, Kajang. Sebahagian anggota kanan badannya tidak dapat bergerak dan menyebabkan beliau tidak dapat bercakap, makan dan minum. Menurut maklumat suaminya , doktor masih lagi belum mengesahkan penyakit sebenar tetapi berkemungkinan disebabkan oleh 'stroke'.
Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama mendoakan untuk kebaikan kepada Pn Suriaya supaya kembali disembuhkan dari beban penyakit yang dihadapinya sekarang dan diberi kesihatan yang sempurna seperti sediada,
Amin..
Sekian utk makluman semua."
Kakak ni baik sangat. Pada saya la.. Semoga Allah permudahkan urusannya dan disembuhkan daripada sakitnya.. Amin.