Thursday, June 18, 2009
KAD KAHWIN DAN MAJLIS YANG TIDAK TERLUPAKAN
Baru baru ini, saya dan suami buat aktiviti mengemas stor yang mengalahkan kapal nak belayar. Macam- macam 'sampah' saya kumpul selama ini. Dari zaman belajar sampai lah nak jadi bakal ibu. Kali ini semua masuk plastik hitam. Kenangan memang indah tapi semak.
Dalam banyak- banyak benda, saya tak mampu nak buang koleksi kad jemputan kahwin. Ya! Saya simpan kad- kad jemputan perkahwinan yang diberi kepada saya. Sebab dulu saya nekad, saya kena kahwin sebelum menerima kad jemputan yang ke 250. Tidak boleh tidak, kena kahwin juga. Nasib baik En Suami ajak saya kahwin awal. Lagipun, sayang.. reka bentuknya pelbagai dan cantik. Malahan kad kawin bukan dibuat percuma. Berbayar. Ada sampai puluhan ringgit semata untuk dimasukkan ke tong sampah.
Saya sebetulnya suka majlis perkahwinan. Meriah, cantik dan bewarna warni. Ada peluang, saya akan pergi. Biar Utara mahupun Selatan, saya usahakan. Tapikan.. dalam banyak2 majlis perkahwinan, ada satu majlis yang paling tidak terlupakan selain majlis kahwin sendiri. (Ada sessi mengumpat selepas ini. Bukan fitnah tapi mengumpat)
Menikmati juadah majlis perkahwinan semacam satu kepuasan kepada saya. Air sirap orang kahwin adalah air paling sedap apatah lagi kalau ditambah aiskrim soda atau pun biji selasih. (Kalaupun tawar, air sirap tetap sedap)
Majlis tidak terlupakan bila mana saya disajikan dengan nasi minyak berlaukan secebis kecil daging kurma, leher ayam dan sebiji bawang kecil (sayur acar mentah). Ya! saya ulang taip, nasi berlaukkan SECEBIS KECIL DAGING MASAK KURMA, LEHER AYAM dan SEBIJI BAWANG KECIL. Padahal makanan dan lauk - pauk masih banyak di dalam bekasnya. Ayam goreng dipotong dadu saya kira. Sangat kecil. Saya yang tergamam, langsung tak terkata apa. Tak terluah walaupun utk minta ditambah lauknya. LANGSUNG! Entah jampi apa di baca orang catering itu, sampai saya dan tetamu- tetamu lain tidak mampu meminta lauk kami ditambah. (Hidangan buffet disendukkan pihak Catering) Kasihan tuan rumah.. tidak pasal- pasal majlis kendurinya menjadi majlis perkahwinan yang tidak terlupakan. Saya pasti bukan saya sahaja, tapi buat tetamu- tetamu yang lain juga.
Macam- macam kisah di majlis perkahwinan. Yang lucu, yang sedih, yang sakit dan yang meriah. Cantik! Hodoh! Gah! Superb! Cacat! Ada yang sedap sangat lauknya, ada yang biasa- biasa. Malah ada yang luar biasa. Pernah juga saya sakit perut berhari- hari penangan juadah majlis perkahwinan. Ada telur bunga kahwin yang tidak direbus. Telur busuk pun ada. Tapi saya tetap suka pergi majlis kahwin.
Glosari:
Mengumpat- kisah tidak baik yang diceritakan kepada orang lain.
Memfitnah- kisah tidak betul tapi diada- adakan.

Thursday, June 11, 2009
Si kecik yang di dalam ini tiba- tiba aja buat lawak cemas. Sejak pagi tak bergerak. Saya sudah cuak tambah debar.
Selalunya si kecik suka buat aksi sarkas, terbang balik kuang- tunggang terbalik di dalam. Kalau dah tahan sangat rasa nyeri, saya ketuk manja. Bagi dia diam. Ya! Dia akan diam..
Tapi bila tiba- tiba dia senyap dan jadi baik satu hari?? Ish! Moga Allah permudahkan urusan saya dan si kecik.