Monday, March 24, 2008
Saya dan encik Suami menonton Sirah Junjungan di Istana Budaya 21.03.
Sirah Junjungan arahan Erma Fatimah itu dipentaskan bersempena Hari Maulidur Rasul. Mengangkat kisah Nabi Muhammad s.a.w ke pentas teater sebenarnya memberi cabaran yang maha berat buat pengarah, pelakon mahupun buat semua krew yang terlibat. Tahniah! Kerana berjaya menampilkan teater muzikal Islam buat julung kalinya di Istana Budaya.
Saya sebetulnya amat atau mungkin terlalu berharap agar karya ini boleh dibanggakan. Mungkin kerana selalu memandang tinggi hasil arahan Erma Fatima sebelum ini. Tapi sayangnya, Sirah Junjungan di mata saya cukup mengecewakan. Jujurnya saya rasa tidak berbaloi membayar tiket semahal itu.
Bagi saya, ada banyak yang hilang. Kisah Rasul Terakhir yang hebat ini bagaikan tidak cukup harkat dan qalqalahnya. terlalu banyak lompang yang perlu ditampal sana sini.
1. Audio failed. Suara tenggelam timbul. Mic tidak berfungsi baik. Elly sebagai Hendon bagai menjerit tidak tentu buah butir.
2. Gerak lakon tampak kelam kabut. Props bersepah. Serabut
3. Visual tidak menarik.
4. Element Muzikalnya seperti ada yang tidak cukup. Lagu kebanyakan hanya lagu lama yang diambil dari album Raihan.
5. Narrator banyak tersasul. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di pentas teater. Apatah lagi, tukang cerita punya skrip di depan mata.
En Suami tidak kata banyak. Saya aja. Saya tidak mengomen kisah Rasul Allah, yang saya komen pasal teater. ;)

Wednesday, March 05, 2008
Bunga bunga matahari..
Harum mekar ditaman sari..
lalalala
En Suami sudah pulang!!!
Harum mekar ditaman sari..
lalalala
En Suami sudah pulang!!!