Sunday, March 26, 2006
"BERCERITA TENTANG KELUARGA"
"Bagus ye ada adik beradik ramai.. meriah!"
Adik beradik lapan orang. Sorang di 'kidnapped' makcik, tinggal tujuh. Dari tujuh, enam sudah berkahwin, maknanya kakak dan abang saya ada 12 orang. Campur mak, abah dan saya sendiri, 15 orang. Tak cukup seekor kambing kalau mahu buat barbe-q
AlhamdulilLah, pertalian kami adik beradik rapat. Kutuk- mengutuk, umpat- mengumpat sesama adik- beradik menjadi agenda wajib bila berkumpul. Kami tak mengumpat anak dara Puan A bawak balik jantan, kami juga tak jaja cerita, anak jantan Puan B jadi doktor sendiri. Yang kami umpat, Black terima hadiah cermin_mata hitam_harga_ratusan_ringgit dari seorang jejaka lembut. Atau kemungkinan Along yang berbini_muda_beranak_kecil di Medan. Mengumpat acik yang sorang- sorang miskin di kala orang Se***yan menerima wang RATUSAN RIBU ringgit dan mereka mengutuk saya yang ada kemungkinan di sumpah jadi peti ais.
"Baguslah kamu adik beradik.. Rapat!"
Black gula, kami macam semut. Kalau Black balik, kami adik beradik cuba usahakan untuk berkumpul di rumah emak. Kenapa Black?Sebab dia anak sayang emak, dan dia yang paling best untuk dijadikan bahan umpatan Sebab Black jauh. Dia menetap di Kerteh. Jarang dapat berjumpa dengannya berbanding saya dan angah yang memanjang ada di kampung.
Bila adik beradik ramai.. ahli keluarga kena Tabah Telinga! Tabah Mata dan Tabah Minda. Walaupun adik beradik, kadang- kadang, pergaulan itu ter'over' juga. Akan ada hati yang tergores, tercalar dan banyak lagi ter yang mendatangkan impak negatif dalam perhubungan sesama keluarga. Kutukan dan umpatan yang keterlaluan biasanya mendatangkan kesan.
Petuanya, SABAR! Itu kata emak.
Bolehke dia 'masuk' dengan keluarga kita ye? tanya saya
Kalau dia tabah, tade masalah. Itu kata along
Macam mana nanti kalau dia tak tabah? err.. saya perlu menimbang- nimbang bola di kotak akal.
"Bagus ye ada adik beradik ramai.. meriah!"
Adik beradik lapan orang. Sorang di 'kidnapped' makcik, tinggal tujuh. Dari tujuh, enam sudah berkahwin, maknanya kakak dan abang saya ada 12 orang. Campur mak, abah dan saya sendiri, 15 orang. Tak cukup seekor kambing kalau mahu buat barbe-q
AlhamdulilLah, pertalian kami adik beradik rapat. Kutuk- mengutuk, umpat- mengumpat sesama adik- beradik menjadi agenda wajib bila berkumpul. Kami tak mengumpat anak dara Puan A bawak balik jantan, kami juga tak jaja cerita, anak jantan Puan B jadi doktor sendiri. Yang kami umpat, Black terima hadiah cermin_mata hitam_harga_ratusan_ringgit dari seorang jejaka lembut. Atau kemungkinan Along yang berbini_muda_beranak_kecil di Medan. Mengumpat acik yang sorang- sorang miskin di kala orang Se***yan menerima wang RATUSAN RIBU ringgit dan mereka mengutuk saya yang ada kemungkinan di sumpah jadi peti ais.
"Baguslah kamu adik beradik.. Rapat!"
Black gula, kami macam semut. Kalau Black balik, kami adik beradik cuba usahakan untuk berkumpul di rumah emak. Kenapa Black?
Bila adik beradik ramai.. ahli keluarga kena Tabah Telinga! Tabah Mata dan Tabah Minda. Walaupun adik beradik, kadang- kadang, pergaulan itu ter'over' juga. Akan ada hati yang tergores, tercalar dan banyak lagi ter yang mendatangkan impak negatif dalam perhubungan sesama keluarga. Kutukan dan umpatan yang keterlaluan biasanya mendatangkan kesan.
Petuanya, SABAR! Itu kata emak.
Bolehke dia 'masuk' dengan keluarga kita ye? tanya saya
Kalau dia tabah, tade masalah. Itu kata along
Macam mana nanti kalau dia tak tabah? err.. saya perlu menimbang- nimbang bola di kotak akal.
Wednesday, March 22, 2006
1. Jauh- rindu!
2. Dekat- sangat rindu!
3. Sangat dekat- bosan!
Saya dalam kategori 2
Jauh, macam tu, dekat pun macam tu jugak. Agaknya bila nak berubah? Kena hantar kursuskah? Perlukah buat on job training dengan En Yudi?

Wednesday, March 15, 2006
En Awak sudah kembali ke tanah air. Hati saya kembang berbunga. Err.. tak dapat dikenal pasti bunga spesis apa. Bermacam macam warna. Teratai? Oh bukan.. itu bunga Fik..
Yang balik teman lelaki saya.. yang terlebih excitednya cik pia. Ajon saya memanjat hebat di KLIA dikerjakan Pia. Saya pula memasang niat "kalau en awak tak kenal, awal pagi esok saya jogging 30 batu" Nasib baik dia kenal. :p Taklah gemuk mana lagi..
Komen saya?? Errr.. dia jetlag.

Thursday, March 09, 2006
Satu.. (Ayokk.. terlepas tiga dan dua)
Monday, March 06, 2006
Empat (err.. terlepas nombor Lima)
Saturday, March 04, 2006
Enam
Friday, March 03, 2006
Tujuh