Monday, February 27, 2006
Saya terserempak dengan 'seseorang dimasa silam'. Dia tidak bersama isteri.. Kami berbual. Mula- mula biasa, lama- lama menjadi luar biasa. Tuduhnya, saya masih menunggu dia. Sebab itu sampai sekarang saya masih tidak bersuami. Saya malas nak panjang bicara. Saya kata padanya, saya lesbian.
Saturday, February 25, 2006
awak nih.. semuanya awak panggil sayang.. semua nak panggil baby
err.. awat? tak boleh ke?
tak special lah nanti.. dah semua awak sayang
dah memang sayang semua.. panggil la semua
err.. siapa yang agak baik dengan saya.. memang saya suka panggil b' (singkatan baby kononnya.. sayang ok! bukan bayi) tak kiralah lelaki atau perempuan, pakwe atau awek orang mahupun laki dan bini orang. Abang saya pun saya panggil b. Kakak, saya panggilbibik b juga. Ada apa2 masalahkah bila kata ganti nama kawan- kawan yang kita sayang dengan panggilan sayang???
en awak? hahaha.. apa ganti nama dia ya??
err.. awat? tak boleh ke?
tak special lah nanti.. dah semua awak sayang
dah memang sayang semua.. panggil la semua
err.. siapa yang agak baik dengan saya.. memang saya suka panggil b' (singkatan baby kononnya.. sayang ok! bukan bayi) tak kiralah lelaki atau perempuan, pakwe atau awek orang mahupun laki dan bini orang. Abang saya pun saya panggil b. Kakak, saya panggil
en awak? hahaha.. apa ganti nama dia ya??
Tuesday, February 14, 2006
Al-Fatihah buat arwah sahabat- En Ridzuan. Allah sembuhkan sakitnya dengan memindahkan arwah ke alam lain. Kisahnya sudah dilipat dan disimpan dalam almari kenangan.
Satu ketika dulu, saya kehilangan Hanafi. Sekarang Ridzuan. Perasaan kini libang- libu. Rasa sunyi yang amat tanpa keduanya.
Yang hidup pasti akan mati. Yang datang pasti akan pergi..
"kawan kamu hilang kamu terasa kehilangannya..itu kerana kawan itu pernah ada dalam hati kamu. ruang yg hadir mengisi kehadirannya dalam hati kamu tidak kan terisi dengan benda lain. ruang itu kan terus kosong.. tidak terisi mungkin selamanya.."
berapa banyak lagi ruang akan dikosong dihati saya?

Wednesday, February 08, 2006
Saturday, February 04, 2006
Teman baik sakit tenat. Saat saya melawat dengan teman- teman, jelas dia tidak lagi mengenali kami. Al- Fatihah buat sahabat. Moga Allah sembuhkan teman saya itu.