Thursday, March 03, 2005
"SEPET"
Secara peribadi,saya suka filem Sepet. Mungkin sebab,menunjukkan satu kehidupan masyarakat yang sederhana tapi terkeluar dari norma masyarakat melayu yang typical. Kisah cinta tetap kisah cinta,tapi jalan ceritanya ada sedikit tersasar. Tadelah lain mana pun.. Tapi dalam seribu, satu payah nak jumpa family macam tu. Yasmin melihat filem, lain daripada orang filem melihat filem. Sebab itu cerita yang diarahkan ada kelainan. Orang kata itu revolusi perfileman Malaysia. Pada pandangan saya pulak, yang hanya penonton 'tiada nama', Filem ini biasa saja. Filem biasa yang tak memerlukan penonton berfikir sampai pecah kepala. Dia membuat filem seperti iklan- iklannya. Jelas dan terang, tentang kasih sayang dan perhubungan sesama manusia. Mesejnya sama sahaja cuma iklan komersialnya pendek, filemnya panjang. Mesej Yasmin, sama dari dulu sampai sekarang. Sebab itu kita nampak lain. Atau mungkin saya seorang je yang nampak lain.
Apa best pada filem ini? Kalau tanya saya. Jawapannya.. kerana Yasmin Ahmad. Saya excited sebab filem ini diarahkan oleh salah seorang creative director dr Leo Burnett. Bebudak advert. mmg familiar dengan nama ini. Tambahan lagi yang mendapat pendedahan tentang commercial break. Kontroversi tentang filem ini sehingga tayangannya di tunda berkali- kali juga menyebabkan semangat nak menonton filem ini berkobar- kobar. Malah filem ini telah berjaya dipotong- potong babaknya dengan sangat tak bersih oleh FINAS. Potong sesedap oren je, tapi entah hapa- hapa.
Tak akan kemana revolusinya kalau tahap pemikiran kebanyakan penonton masih ditahap ini. Seperti yang saya kata satu ketika dulu, berapa kerat sangat orang kita nak tengok seni dalam filem? Tak ramai yang nak menilai kekuatan bahasa/ skrip dalam filem. PGL yang hebat pun rebah di padang sendiri. Tapi kalau letak Yusri dan Erra.. terlompat- lompat cam katak pun, panggung penuh juga..
Part yang saya suka:
- Title Sequence yang jelas ketara sangat creative.
- Ketika Jason menari mengikut rentak lagu 'Dia Datang'.OK! ini cute yg mencanak hebat. Orang Cina layan ghazal. Kire hebatlah pada aku. Dah lah comel..
- Aksi gaduh di meja makan. Family Jason..
- Orked dan Jason di kedai gambar. Hohoho.. Cute tapi kat wayang ada potong. Kalau aksi penuh dia.. cam lucah sket. Tapi nak suka jugak. Hahaha. Bagi lambang setan sket..
- Ketika cari tuber rose. (betul ke saya eja?) Tapi cam sebenarnya bunga kesidang. Cam bersungguh- sungguh.
Klimaks untuk cerita ini boleh disimpulkan dengan bermacam- macam. Pandai- pandailah nak berilusi. Bergantung pada kita untuk mengarah penghujungnya.
pada saya:
-Telefon itu dijawab oleh sape2 saja yang ada disekitar kawasan kemalangan. Kawan dia ke.. orang hospital ke.. atau mana2 mamat yang kelepet telefon waktu kemalangan.
-Kemungkinan Jason jawab call sebelum dia ditembak
-Roh jason yang jawab. (ini tak masuk akal.. tapi saya punya sukala..)
Peringatan! kalau korang yang jenis stok 'lentok' dengan filem 'Professor pembuat filem' dan 'Filem Datuk Kaya'.. Memang kompem cite ni tak best.

Comments:
Post a Comment