Sunday, January 30, 2005
"CATATAN SEBUAH KELUARGA"
Bila seorang ayah bernikah lain, kemungkinan untuk seorang perempuan menjadi isteri derhaka sangat tinggi. Kemungkinan untuk seorang ibu menjadi monster mama pun berlipat kali ganda. Kebarangkalian untuk anak menjadi derhaka? Tak payah ceritala.. Kerana aku ada kisahnya..
Abang- abang dan kakak- kakak kata, jangan masuk campur urusan orang tua. Itu urusan mereka. Tugas anak-anak ialah terus menghormati mereka. Aku terima nasihat itu. Buat- buat tidak tahu. Berpura- pura tidak kisah. Bila mereka bergaduh, aku hanya perlu duduk diam- diam di tengah- tengah. Kalau nak tunjuk protes, hempas pintu bilik dan tidur. Pagi esok, tak perlu ada jam loceng untuk mengejutkan tidur. Suara nyaring pasti bertingkah. Kalau berjaya menyambung tidur dalam frekuensi bunyi sehebat itu, aku boleh belanja diri aku dengan kenny rogers.
Kalau kena halau, angkut saja kain baju, pergi bus station. Kalau nasib baik, boleh ambil bas dan pergi rumah mana- mana manusia yang boleh dipercayai. Kalau nasib tak baik.. duduk terminal one.. tido sampai pagi esok. Berapa kali ye aku pernah lari dari rumah? Alhamdulillah.. mak dan abah aku bukan orang kaya. Jadi tak ada duit nak masuk nigt club atau disko. Tak ada duit nak beli estacy atau layan syabu. Tak cukup cantik untuk mengikut mana- mana mat rempit. Maha Suci Allah.. aku punya abang- abang dan kakak- kakak yang tidak lupa diri. Punyai sikap bertanggungjawab untuk memelihara adik- adik disaat- saat genting kedua orang tua.
Graf komunikasi aku dengan abah ditaraf lampu merah. Tak pasti salah siapa. Mungkin sebab aku anak yang lupa diri atau sebab abah yang tak pernah layan aku sejak 23 tahun dulu. Atau mungkin juga sebab abah dan aku, masing- masing membina tembok ditengah- tengah. Kedua- dua tak pernah berusaha untuk merobohkan tembok itu. Dalam hati, aku masih ada rasa kecil hati.
Allah mengatur kehidupan penuh rahsia. Allah menutup satu pintu, dan membuka puluhan pintu lain untuk hamba-Nya.. Dalam keluarga yang tonggang- terbalik, Dia mudahkan perjalanan hidup aku sehingga ke saat ini. Disaat orang lain tergolek- golek mencari tempat belajar, aku ditawarkan biasiswa. Dizaman rakan- rakan sibuk menghantar resume, aku sudah punya kerjaya. Itupun masih tidak sedar diri. Selalu saja lupa. Solat selalu saja berlubang. Arwah sahabat satu ketika dulu selalu mengingatkan. Jangan lupa diri sampai terkeluar dari rahmat Tuhan. Biar dilupa mak abah, asal jangan diabai Tuhan. Jangan sampai nanti Allah berpaling dan tak mahu melihat hamba-Nya.. Jangan buat diri tergolong dikalangan anak derhaka.
Jangan salah anggap.. aku bercerita bukan kerana meminta simpati sesiapa. Untuk kisah begini, simpati itu tak diperlukan. Salurkan simpati itu pada orang yang benar- benar layak. Mangsa tsunami misalannya. Tak pun pada anak- anak mangsa dera. Aku sebenarnya ingin memberi pengertian pada seorang teman. "Fikirkan tentang diri sendiri. Ibu bapa, sampai satu tahap, tidak akan lagi menjaga kita. Jangan rosakkan diri hanya kerana ayah kita beristeri lain.. Jangan sampai derhaka.. sejauh mana kau buang, sedalam lautan mana pun ianya di lontar, kita tak boleh menolak hakikat, kewujudan kita terhasil dari percantuman telur ibu dan air mani seorang ayah. Lelaki.. bila dah gatal.. anak- anak ugutlah apa pun.. kalau dia nak kawin lain.. dia kawin juga.. tak payahlah buang masa.. Baik jaga diri sendiri. Belajar rajin- rajin, dapat kerja elok- elok. Bina keluarga sendiri. "
Hmmm.. Kekadang aku terfikir.. betul ke semua orang tua- tua yang merempat tepi jalan atau rumah kebajikan tu disebabkan salah anak- anak? Anak- anak tak kenang jasa? Atau anak- anak lupa daratan? Entah- entah masa dia muda dulu, anak- anak minta belanja sekolah, penerajang yang dapat.. mintak sesuap nasi disua penumbuk. Kalau anak- anak hari- hari makan hasil sepak terajang, tak hairanlah kalau dah tua masuk rumah kebajikan. Sakit hati orang.. mana tahu kan?

Friday, January 28, 2005
sejak jaga network.. mulut pun dah cam sial.. bahasa tak ada yang baik.. setingkat ayat busuk customer.. 10 tingkat ayat busuk aku.. kutuk- kutuk macam haram.. bila depan customer, ayat dan bahasa jadi baik.. HIPOKRIT! Ah dem!
customer dah mmg cam sial.. partner pun dua kali lima bangang.. Seriyes shit aku hangin dengan minah center PJ ni.. bodoh btol.. mulut tadek insurans.. tak sedo diri..
AHHHHH DEM!!!!

Saturday, January 15, 2005
kawan: tapi compare to awk.. dia senang nak didekati.. dengan awak susah nak dapat peluang nak sembang.. kalu ada pun.. awk tak nampak macam berminat pun..
?????
sayakah yang dimaksudkan itu?? Tak cukup ramah lagikah aku? tak cukup manis lagi ke senyuman ku dikhalayak..
SIS AIDA.. SIS AINI.. SIS TINI & LYNN.. thanks for SALINA.. thank you, thank you

Wednesday, January 12, 2005
"LAGI- LAGI ERLY"
lokasi: Dalam kereta,
pelakon: Zainal, CK, pia dan Ina
masa: malam (Dinner di F1 Puchong, semperna family day MSC)
babak 1:
zainal: malam ni kak erli join tau..
pia: hoyehhh..tu yang mekap lama sikit tu
ina: tu arr.. bagi jelita sket.. abang fateh join sekali?
Pia, Zainal & CK cam blur- blur
ina: hahahah.. pakwe kak erly la.. yo yo an jek nak ngorat kak erly.. kalau dia bawak abang fateh.. nak ngorat mendenya.. ada yang kena pancung kepala kang..
pia: hahhaha... ok! faham faham..
*Erly pakwe fateh, fateh awek erly..
erly lelaki, fateh perempuan..
babak 2:
pakwe:lepas ni masuk mana ya?
awek:nanti kat depan tu, masuk kiri..
pakwe: masuk kiri ehh?
awek: hmmm.. ye
penumpang a (berbisik): tengok tu, menjak ada awek nih, dan dan tatau jalan.. padahal dr shah alam tu sah- sah ikut jalan ni kan?
penumpang b (berbisik): tu arr.. tetiba jek tatau jalan.. padahal keluar dengan kita selalu je lalu sini kan? Tade jalan lain dah nak pergi cyberkan?
penumpang a (berbisik): ala. bagi can arr.. dia nak bermanja ngan awek..
babak 3
...
ina: maunye tak reject.. sepanjang masa jadi second choice, letak pia, ina second, letak kak tini pun ina second, letak CK pun second gak.. letak fikree pun macam tu jugak.. mana boleh
zainal: apasalahnya second?
ina: tak hingin ehh saya.. kalau second pada erly tak pe..
pia: hahahah.. erly tak pe ehh??
ina: hahha.. erly tak pe.. sebab dia manis..
CK: erly tu hensem ke?
ina: lorr.. manislah.. bukannya hensem.. tolongla.. tolong.. manis tu bukan bermakna hensem.. MANIS!.. dia senyum manis..
pia: kan kan? Erly tu senyum manis.. suka tengok dia senyum.. gigi dia menarik..
ina: ha.. tu arr.. erly tu manis, bukan hensem.. tapi malam nih dia cam tak manis sangat.. tak macam family day hari tu
zainal: ye la.. ye la.. semuanya erly.. erly aje yang manis.. yang hensem.. (gile tak puas hati)
HAHAHA

Monday, January 10, 2005
Saya kecil hati dengan sikap orang..
Orang kecil hati dengan sikap saya..
Saya gaduh dengan seorang tua sebab saya tegur sikap dia
Dia gaduh dengan saya sebab dia rasa saya kurang ajar pada dia
Bak kata zainal.. ambil sikap "PI MAMPUSLAH"

Thursday, January 06, 2005
"RESPECT & CARE"
-"kalau nak test orang tu respect orang lain.. tengok dia datang on time ke tak.. pastu kalau dia datang lambat.. tengok dia ada tak nak bagi reason cam susah nak cari parking ke apa.."
Gedebuk atas kepala. Sah- sah GM tuju pada saya dan Pia. Talk start pukul 9.00am tapi kami sampai 9 lelebih sikit. Padan muka.. Lain kali belajar untuk respect. Tambah- tambah lagi kau tu cuma kuli kecil di syarikat gergasi ini..
Saya melawat rakan- rakan lama di menara rebung. Sihat saja isteri Mat yang-tak-berapa-nak Tabligh dan awek-konon-tekun-bekerja itu. Apalah khabarannya Sis Aida dan dua anak comelnya. Susah dan jauh benar rasanya untuk jumpa. Saya dah miliki Salina yang setebal 574 m/s. Thanks ibu auni..
Ujana sudah mengirim buku yang saya tempah bersama satu kejutan yang buat saya betul- betul teruja. Rasa dihargai sebagai pembaca dan pelanggan. Selain lima buku yang saya tempah, saya dihadiahkan buku "Impian Tsu-Ryi" siap dengan autograf penulisnya sempena hari lahir. Ini diberi tanpa saya minta ye kawan- kawan. Jangan kata saya paksa syarikat ini bagi hadiah pada saya seperti saya paksa kalian.. Huahauau! Tergolek aku balut buku baru. Rasa macam zaman sekolah plak. Malam- malam balut buku teks yang banyak..

Saturday, January 01, 2005
...
-pakai tudung?
-Hmm.. (senyum) ha ah
-sejak bila?
-lama dah.. dulu lagi.. tapi cam pakai tak sempurna
-kali pertama tengok awak pakai..
-oh ha.. tu arr..hijrah! hijrah kearah kebaikan
-hmm.. baguslah tu.. manis..
-hahaha! Asal tak cakap jelita?
-(blur) Awak nampak lain..
-manusiakan selalu berubah?
-hmm.. Boypren suruh?
-haha.. suruh tak pernah.. nasihat tu selalu
-dulu- dulu saya tak pernah nasihat?
-hhmm.. rasa cam ada
-tapi awak tak pernah nak dengar
-mungkin yang saya dengar lebih kepada perintah berbanding nasihat
-mungkin sebab saya tak pandai nak cakap
-hahaha.. mungkin juga sebab awak terlalu pandai bercakap..
-dulu awak tak macam ni
-kan saya kata.. manusia berubah..
...
Saya menemui seseorang dimasa silam dan menerima kad jemputan daripadanya.. Pertemuan pernah ada, Jodoh yang tak sampai..
Allah mengatur perjalanan makhluknya penuh rahsia.. Orang itu tak ditakdirkan menjadi payung untuk saya. Allah mengatur hidupnya supaya menjadi teduhan kepada orang lain.. Mungkin kerana Allah telah menciptakan teduhan lain untuk saya? En. awak??? Mungkin betul dia, mungkin juga orang lain. Dalam keadaan begini saya tidak boleh memaksa dan tidak mahu terlalu memikir. Sama ada saya mencari atau dicari.. saya sudah bertemu dengan payung untuk berteduh. Berdoa dan berharap pertemuan itu disusuli jodoh..
Air yang menghidupkan, air juga boleh mematikan.. Kata orang Tsunami satu malapetaka.. kata orang juga Tsunami tanda kuasa Yang Maha Esa.. Al- Fatihah buat mereka yang hilang dan takziah buat mereka yang kehilangan.
Selamat tahun baru..