Saturday, October 23, 2004
"RAKAN, PENYAKIT & BULAN RAMADHAN"
Seorang teman membuat pengakuan menderita penyakit berbahaya. Saya tak ambil pusing bukan bermakna saya tak mengambil berat. Saya tak mahu menunjukkan simpati bukan kerana tak kasihan atau tak mahu menyelami sedihnya perasaan si pesakit. Saya bukan manusia tidak berperasaan. Saya cuma tidak mahu pesakit berasa dikasihani. Saya tidak mahu dia berasa tidak berguna.
Saya sedar selama ini saya di kelilingi manusia yang fizikalnya normal tapi di dalamnya ada serigala memakan tubuh. Sahabat baik saya menderita SLE. Kakak kesayangan di office lama menderita RA. Teman di office baru, menderita barah hati. Kenalan sekampung menderita barah juga. Ada di kalangan keluarga terdekat menderita paru- paru berair malah ada juga yang menghidap barah.. Saya bagaikan immune ketika mendengar jenis- jenis penyakit yang dihidapi orang keliling. Arwah Hanafi meninggalkan kami kerana sakit buah pinggang. Penyakit- penyakit berbahaya itu seolah- olah sudah menjadi demam panas atau denggi di telinga saya..
Alhamdulillah.. rakan- rakan walaupun sakit, masih kuat lagi melompat- lompat bersama saya. Walaupun ada serigala di dalam badan masih seronok meredah jalan tar membuat persiapan untuk majlis perkahwinan. Biarpun menyimpan barah, masih ada hati melompat di gelanggang menghayun raket badminton. 'Kakak' itu masih juga kuat meredah hujan lebat semata- mata mahu melibatkan diri dalam pesta buku.. Sudah punya anak yang comel dan mungkin sekali nakal.. Orang sakit juga ada hak untuk hidup seriang orang lain bukan?
Saya sendiri tidak dapat memastikan tahap kesihatan sendiri. Saya sering mendoakan kesihatan keatas tubuh badan serta mental saya. Semoga Allah perkuatkan semangat dan keyakinan rakan-rakan dalam menempuh kehidupan di atas bumiNya... Ramadhan ini, sama- sama kita menenpuhnya dengan tabah..

Comments:
Post a Comment