Tuesday, September 28, 2004
"DEDIKASI BUAT SEMSAS"
Sekeping gambar yang jatuh dr kotak simpanan peribadi mengingatkan aku pada zaman persekolahan lebih kurang 6 tahun dulu. Banyak pengalaman suka duka yang aku tempuh di sekolah itu. 5 tahun di sana, daripada budak yang innocent gila sampailah bertanduk tiga empat.. (imaginasi zalim semata) Gila tak tahan baju batik kuning tu.. merelip..
Duduk di asrama mengajar aku hidup berjauhan dengan keluarga. Tak sesedih mana pun sebab memang itu yang aku inginkan. Bukan sebab aku nak kehidupan sosial atau bebas, cuma memerlukan sedikit ruang untuk aku menjauhkan diri dengan seorang wanita garang yang dikhianati suami, (dan mungkin juga peluang untuk aku lari drpd seorang budak lelaki yang kuat membuli) Mungkin sebab itu aku pasif dan tak punya kelompok kawan- kawan yang ramai. Ada kawan- kawan panggil aku budak haluan kiri. Ada yang kata aku tak campur orang.. kononnya aku perahsia.. HAHAHA! Perahsianya aku.. Perahsia- perahsia pun.. aku rasa semua orang tahu pada siapa aku crushed.. Alhamdulillah.. 0.5% sebab dia, aku lulus PMR.. Psst.. mamat tu duduk sebelah aku time exam. pendorong semangat kejayaanlah konon.. Ces! kecik kecik dah gatai.. Nasib baik dia tatau..*grin*
Setan? Mana der.. aku budak baik.. Just lepas kenal Cedek, Pojek dan rakan2, baru langkah mula panjang. Itu pun masih baik lagi.. Setakat menyusup pagar asrama tu, aku rasa bukan jahat sangat kan? Normal lah tu.. budak asrama.. setakat fly sekali dua tu.. kira baiklah tu. Cedek dan Pojek budak- budak MILO. (Bukan pemain tapi ballpicker) Aku kenal mereka di kompleks sukan. Aku 'tangkap' si Cedek tengah curi bola hoki dalam baju.. Daripada menyampah. kami jadi kawan.. Mungkin juga kawan baik.. Aku lebih rapat dengan mereka berbanding kawan- kawan di sekolah aku sendiri.. Mereka best.. tak berlagak.. Depa dua sangat pandai main hoki.. Sekarang Cedek sudah habis college, mahu sambung degree, pojek dah selamat jadi draftman, kononnya dalam usaha nak sambung mana- mana untuk archi.. Selamat berjaya..
Rotan bukan masalah negara. Setakat dapat kopral atau sarjan.. jangankan aku, pak imam, tok siak, headboy mahupun headgal kat sekolah aku pun selalu kena.. (En Awak? ) Lewat Subuh kena rotan, lewat Maghrib kena rotan, lewat pergi sekolah kena rotan, telefon pun kena rotan.. Panjat pokok mangga tepi padang pun boleh kena rotan. Hmm.. Hebat sungguh kuasa merotan guru- guru disekolah itu. Pernah sekali aku tak boleh menulis hampir seminggu sebab kedua- dua tapak tangan bengkak hanya kerana aku pergi telefon tengah malam.. Jangan lupa, tapak kaki pun kena juga. Boleh ke macam gitu? Tapi tak pe.. sebab rotan- rotan depa tulah.. aku jadi 'orang' sekarang ni..
Cinta monyet? Hahaha! Pernah.. Pernah ada dalam sejarah. Biar aku simpan dalam kotak memori.. *grin*
"kau zaman sekolah dulu ada buat jahat tak?"
"tak.. seingat aku yang besar- besar tak pernah"
"rugilah kau.. zaman sekolah lah yang paling best buat jahat ko tau.. rugiii.."
"kau pernah masuk university tak"
"dah sah- sah lah aku degree kan.. Cyberjaya lagi.. "
"Rugilah kau.. duduk local jek.. aku dulu duduk oversea lagi.. ilmu berkat, dapat pergi jauh.. cikgu tak menyumpah.."
"ye la.. ye la.."

Comments:
Post a Comment