Tuesday, August 10, 2004
"KERJA! KERJA! KERJA!"
Aku dah mula suka dengan kerja yang aku buat even masih merangkak. Sebab persekitaran di sini jauh lebih tenteram (kata duduk hutan) dan ramai rakan- rakan sebaya. Hari nih aku dapat tahu ada manusia lebih muda dari aku walaupun muda sehari.. ok lah tu.. :p
Semenjak kerja di sini, disiplin diri agak baik. Sangat ketara bab ketepatan masa. Kerja masuk tepat 8.30am.. Minum pagi setengah jam sahaja. Keluar makan pukul 1 sampai 2 dan balik pukul 5.30pm. No more MidValley di tengah- tengah Jumaat.
Kali pertama saya menerima surat perlantikan, saya macam kagum pada diri sendiri. Saya JURUTERA?? Hahaha.. tanpa belajar 4/5 tahun pun saya boleh jadi jurutera. Tapi tak ada apa yang nak dihairankan, walaupun dalam kertas saya tertera jawatan jurutera itu, saya sebenarnya bekerja di bahagian customer services. Lagipun syarikat ini sangat 'bijak' dalam isu pemberian tempat untuk pekerja. Tak gitu Kak Aida? OK! OK! Saya bersyukur dengan apa yang saya dapat sekarang.
Apa yang menariknya lagi di sini ya? Hmm.. boss saya awarded 'The Best Manager of 2003" Memang otai yang cool dan power. Pasal litar mmg tak boleh nak kelentong. Dia tahu segala. Tak jauh beza dengan bos lama. Cuma bos baru lelaki dan suka melepak dengan orang bawah, bos lama perempuan dan suka duduk dalam biliknya sendiri. Tetapi kedua- duanya baik.
Pemandangan juga lazat2. Maklumlah.. ramai jejaka bluehyppo di bangunan sebelah. Penat mata menghadap pc, letih mulut menjawab telefon, saya pun dengan rendah dirinya menyekodeng menembusi cermin melihat jejaka lazat, kurang lazat dan tak lazat langsung di department SAC di bawah ini.
Kerja pun sudah tak banyak makan gaji buta. Semoga rezeki lepas ini lebih berkat. Sudah boleh melompat- lompat di tengah- tengah pejabat. Tidak perlu risau lagi tentang pandangan sinis otai- otai yang berumur. Boleh dengar 'asmaradana' sambil berlenggok- lengok tangan. Mereka di sini tidak kisah malah kadang- kadang ikut sama. Jejaka- jejaka di sini stok boleh main baling gula2. Boleh kenyit- kenyit mata. Senang cerita, orang di sini kebanyakan satu kepala. Cuma yang tak best semua jejaka sudah berpunya.. ces! ces!
Hmm.. oh ya! Saya lupa nak cerita.. tempat kerja saya tidak ada tingkap. Langsung tidak ada. Banyak nyamuk pulak tu. Kadang- kadang yang berkaki belang. Kehadiran mereka menakutkan saya. Saya tidak rela di gigit nyamuk lagi.
Kak Aini, sekurang- kurangnya saya cuma memerhati jejaka lazat. Ada orang tu.. bersemangat nak menumpangkan awek(s) dalam keretanya.. camana tu kak?

Comments:
Post a Comment