Monday, July 05, 2004
"TAUHU GORENG SAMBAL KICAP"
Bahan- bahan:
Tauhu goreng potong 'dadu gergasi'
cili padi secukup pedas yang boleh ditahan
ikan bilis dibuang tulang
bawang kecil
kicap masin (disyorkan kicap Tamin)
sedikit air
Cara- cara membuat:
Tumbuk cili padi sampai ceruh (betul- betul hancur) masukkan bawang, tumbuk.. dan kemudian ikan bilis.. tumbuk sampai separuh hancur.. bagi sedang- sedang penyek je.. (tumbuk dengan lesung batu ye kawan- kawan.. bukan blend dengan blender)
Panaskan minyak dan tumis bahan- bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian, masukkan tauhu goreng yang sudah di potong 'dadu gergasi' kedalam kuali. Gaulkan bersama. Masuk sedikit air dan campur kicap. Akhir sekali masukkan asam keping untuk menyeimbangkan rasa pedas. Goreng sampai kering yang anda suka.
Anda dinasihatkan tidak menggunakan garam kerana kicap dan ikan bilis sudah menyumbang kepada rasa masin.. dan juga menjadi pantang besar, orang Negeri Sembilan masak sambal cili padi letak gula..
*Ini antara lauk kegemaran Black dari kecik.. dia tak ada pilihan.. Apa yang adik dia masak, dia akan belasah tanpa banyak soal.. sbb kalau dia bising- bising kata tak sedap, adik dia akan mogok tak masak dan mereka berdua akan sama- sama kebuluran..

Comments:
Post a Comment