Friday, July 23, 2004
"LAGI- LAGI DENGGI"
Ok! kalau kalau orang bertanya aku.. "kau apa khabar".. jawapan sebenar yang aku nak bagi.. "aku masih sakit!"
Aku melawat kawan baik yang baru di jangkiti. Dia jauh lebih teruk daripada aku. Kena masuk darah. Bukan sahaja kerana denggi tapi kerana dia memang ada masalah kurang darah. waktu aku melawat semalam, ada seorang misi cantik ambil darah dia untuk buat pemeriksaan. Aku tahu seksanya kena ambil darah. Sakit! Jarum itu walaupun kecil dan tajam, tapi kalau dah pagi petang siang malam cucuk lengan kita.. Hanya tuhan yang tahu.. Cuma dia sedikit bernasib baik.. uratnya senang jumpa dan sentiasa ada darah berbanding aku yang susah nak jumpa dan kononnya tak ada darah. Boleh ke macam tu tuan doktor?
ok! apa yang aku nak diceritakan di sini ialah.. kawan aku itu di temani ibunya yang jauh datangnya dari utara. Mengalir air mata melihat anak di cucuk- cucuk cik misi. Dulu.. waktu aku dihospital, mak aku pun macam tu juga. Tengok tangan aku lebam- lebam di cucuk doktor. Dengan tiub air berlingkar di tangan. Emak menangis juga. Padahal aku tak seteruk mana pun.. Cuma denggi biasa. Mungkin teruk sikit sebab ada jangkitan kuman di hati dan limpa. Emak lebih bimbangkan aku berbanding diri sendiri yang sakit. Baru nak sedar kasih seorang ibu.
Balik dr hospital.. terus pergi ke 'tengah lembah' bertemu kawan- kawan lama. Best juga setelah lama tak jumpa. Aku beli vcd Harry Potter siri pertama dan buku Harry Potter siri ke lima. Harry Potter and the Order Of The Phoenix.. Terbang duit aku. Lepas nih makan Harry Potter tuh.. Siapa nak me nyeponsor kehidupan aku untuk bulan ini ya?
Hari nih besdei Lynn.. happy birthday..

Comments:
Post a Comment