Thursday, June 24, 2004
"VCD TERLAMPAU, IRON & HARRY POTTER"
Kawan di zaman sekolah menengah datang ke rumah. Menghantar tukar VCD. Dia beria- ia nak meminjam Hana Yori Dango dan saya pula beria- ia nak melihat Meteor Garden. Padahal jalan ceritanya sama saje. Yang dia, nak tengok anime, saya pulak nak melihat orang betul berlakon.
Housemate jerit kuat. Black out tiba- tiba dan saya jadi blur tanpa sebab. Tengah asyik layan Hua Zhe Lei sampai tak sedar jadi apa kat keliling. Saya godek box elektrik. Naikkan apa yang patut. Lampu menyala semula. Housemate yang sorang tuh tengah kejang tak bergerak di sebelah iron. Rupanya iron rosak. Keluar api. Ini barang elektrik kedua milik saya rosak semenjak duduk rumah sewa. Dulu TV sekarang iron.
Orang yang bertanggungjawab merosakkan iron beria- ia minta maaf. (setelah baik dari terkejut- mereka kata api menyambar keluar dari wire, tapi saya tak nampak apa pun) Dia cuak merosakkan iron, Saya pulak cuak, takut- takut iron milik saya boleh bunuh anak orang. Dia tak apa- apa, saya dah bersyukur sangat- sangat. Iron rosak, boleh beli baru. Nyawa hilang? Nak ganti dengan apa?
Cuak pun sekejap je. Sambung semula layan Hua Zhe Lei. Sedar- sedar sudah pukul 3.45 am. Tak boleh jadi. Paksa diri untuk tidur walaupun hati meronta nak membuat marathon.
\('u')/
Saya berjaya pinjam buku Harry Potter & The Goblet Of Fire (siri 4) daripada ibu amni. Syukran! Dia orang yang bertanggung jawab membawa saya ke dalam dunia fantasi ahli sihir kanak- kanak ini. Sebelum ni, saya tak peduli pun sapa Harry Potter, sape Ron dan Hermione. Sekarang ni, jangankan mereka bertiga, Dumbledore, hagrid, snape, Lord Voldemort sampai- sampai ke Quidditch tu pun saya layan gak.
Berkenaan filem dan buku- bukunya, ada pendapat kata, Harry Potter boleh menyebabkan orang murtad. Syirik. Saya susah nak komen tentang ini. Tapi saya buka isu untuk kita semua fikirkan. Sebab dari satu segi, MUNGKIN pendapat itu ada benarnya. Tapi bagi saya, membaca dan mengikuti siri ini hanya sekadar suka- suka. Ia menyeronokkan. Tapi saya tak menafikan, ada di antara kanak- kanak zaman ini lebih kenal siapa James Potter dan Lily berbanding Abdullah dan Aminah. Ramai yang tahu tarikh Hogward di buka berbanding apa yang berlaku pada 1 Muharram.
Terpikir saya suatu perkara, jangan sampai suatu hari nanti anak- anak tidak tahu siapa itu Muhammad RasullulLah.
Pelancaran Lagenda Numerius di Klcc pada 31.07.04. Macam best jek nak pergi..

Comments:
Post a Comment