Tuesday, March 09, 2004
"KAHWIN: DULU DAN SEKARANG"
Dulu lain, sekarang lain. Dulu seorang, sekarang dah kahwin. Dulu seringgit makan seorang. Sekarang seringgit, setakat boleh beli roti jek la.. Apapun.. mereka tetap kawin dan matlamat tetap sama. Meneruskan zuriat dan membina keluarga. Mengikat talian menghulur kasih dengan cara yang lebih diredha Tuhan. (kurang sikit maksiatnya) Buat mereka yang bakal mengikat silaturrahim, Selamat Pengantin Baru.. Azhar & Roslina (13.03), Syazwan & Rokiah (14.03)
Orang zaman dulu2 tak buat majlis kawin di akhir tahun. Musim tengkujuh di pantai timur, juga musim banjir di pantai barat. Sekarang kahwin tidak lagi bermusim. Yang nak kahwin.. orang.. bukannya cuaca. Takut pelamin tenggelam dek air memang alasan yang jarang kedengaran. Lagipun zaman sekarang hujan kemarau tak lagi bermusim. Musim hujan, air tak melimpah. Pertengahan tahun, patutnya kering kontang tapi air menenggelamkan puluhan kereta di ibu kota. Lagipun.. apa masalah dengan hujan? Kan hujan itu rahmat. Bagi pengantin baru, lagi hujan lagi nikmat.
Zaman dah berubah. Kerja nikah kahwin semakin pantas dan mudah. Hiasan pelamin, tak perlu tuan rumah memening kepala mencari kain, menjahit menempah. Pergi saja ke galeri atau mana mana butik perkahwinan. Disogokkan dengan pelbagai pattern melalui album yang kalau di baling kepada kambing, confirm kalau tak mati, koma. Dari pelamin sampailah ke tangga. Tunjuk saja yang mana berkenan. Rumah pengantin boleh transform menjadi istana. Budaya makan ala buffet juga semakin menular di kampung- kampung. Atas alasan, mudah dan tak perlu ramai pekerja. Clean and clear. Cattering saja. Yang gila kuasa tak lagi berpeluang nak jadi ketua. Jangan kata di kampung tidak ada istilah gila pangkat ya!
Selalunya, dahulu kalau ikut mak pergi kenduri, mak akan dapat bunga telur dan aku akan dpt telur dalam kotak atau dalam tisu. Cis! Ada diskrimanasi disitu. Tapi tak mengapa.. sebab tetap akan rasa best. Zaman sekolah menengah, kalau pergi dengan mak, mak dpt bunga telur biasa, aku akan dpt bunga telur pelamin. Kalau bukan sebab aku pergi menepung tawar, ada alien yang akan bagi aku secara percuma. Atau aku yg merengek hendakkan bunga pelamin.. Sekarang? Ha! Bukan setakat bunga telur.. cokelat, pasu bunga, sabun, cd, buah limau, epal, oren dan entah apa- apa mak nenek yang merepek- repek dijadikan cendera hati. Aku pernah dapat ferraro roche ok! Bukan calang- calang punya cokelat tu.
Zaman kakak- kakak menikah dulu, berapa tahun lampau, jemputan dibuat mulut ke mulut. Biarpun jauh, mak akan pergi juga menjengah ke rumah. Sekarang, dah bermacam macam kad direka penuh kreatif. Ada bentuk hati, ada bentuk panjang, membujur, bulat dan macam macam. Macam brochure jualan langsung pun ada juga. Siap gambar bakal pengantin lagi. Dari zaman anak- anak sampailah besar panjang. Jangan tak percaya, dalam bentuk buku pun ada. Agak2 berapa juta kos nak buat kad jemputan kahwin ya?
Dahulu di kampung saya, majlis nikah biasanya diiring dengan joget lambak. Sekarang sudah jarang. Mereka lebih selesaberkarat OK berkaraoke. Ada pengacara khas yang membebel menganggu kosentrasi ketika menjamah makanan. Ada sesi memperkenalkan mempelai. Kata- kata disusun indah. Latar belakang mempelai di kupas satu persatu. Macam mana berkenalan pun mahu diberitahu. Hak hak hak. Kalau benda nih wujud di zaman dahulu, mungkin boleh jadi begini “Si teruna lahir di batu papan, belajar di sekolah melayu tetapi tidak sempat menghabiskan pengajian. Bijak memanjat pokok kelapa, pakar dalam urusan menebar jala. Si dara berasal dari Gemetir Seberang, pandai menggubah dan mengemas rumah,” Hahaha! Boleh ke macam tu wak?
Hantaran dulu tak semahal sekarang. Dulu ratus- ratus. Di akhir 80- 90an hantaran sudah naik ribu ribu. Masuk abad 21, hantaran hampir mencecah puluh ribu. Atas alasan.. "ala wak.. saya berjaga sampai pukul 3-4 pagi tau wak.. nak buat final project.. tu belum kira kena reject, redo dan segala re lagi tu wak, lagipun.. market sekarang nih mahal la wak.. ralph lauren yang kecil tu pun dah ratus- ratus tau wak.."
Kalau aku kahwin nanti, aku nak buat : cabutan no bertuah! Mungkin nanti tetamu boleh bawak TV atau pembakar roti.. mungkin juga kipas angin..
Saya rindu suasana perkahwinan zaman dulu- dulu. Orang kampung bekerja keras bersama- sama. Dari hari berkampung.. sampailah hari berlangsungnya akad.. kerjasama yang sgt erat.. ada ramai bekerja di penanggah.. jerit pekik orang meminta panta dulang.. mengacau lauk pauk dikuali beramai.. terasa nikmatnya berkenduri..bila badan sudah penat, perut sudah kendur.. baru bisa makan kenduri.. tak gitu?
Dulu lain, sekarang lain. Dulu seorang, sekarang dah kahwin. Dulu seringgit makan seorang. Sekarang seringgit, setakat boleh beli roti jek la.. Apapun.. mereka tetap kawin dan matlamat tetap sama. Meneruskan zuriat dan membina keluarga. Mengikat talian menghulur kasih dengan cara yang lebih diredha Tuhan. (kurang sikit maksiatnya) Buat mereka yang bakal mengikat silaturrahim, Selamat Pengantin Baru.. Azhar & Roslina (13.03), Syazwan & Rokiah (14.03)
Orang zaman dulu2 tak buat majlis kawin di akhir tahun. Musim tengkujuh di pantai timur, juga musim banjir di pantai barat. Sekarang kahwin tidak lagi bermusim. Yang nak kahwin.. orang.. bukannya cuaca. Takut pelamin tenggelam dek air memang alasan yang jarang kedengaran. Lagipun zaman sekarang hujan kemarau tak lagi bermusim. Musim hujan, air tak melimpah. Pertengahan tahun, patutnya kering kontang tapi air menenggelamkan puluhan kereta di ibu kota. Lagipun.. apa masalah dengan hujan? Kan hujan itu rahmat. Bagi pengantin baru, lagi hujan lagi nikmat.
Zaman dah berubah. Kerja nikah kahwin semakin pantas dan mudah. Hiasan pelamin, tak perlu tuan rumah memening kepala mencari kain, menjahit menempah. Pergi saja ke galeri atau mana mana butik perkahwinan. Disogokkan dengan pelbagai pattern melalui album yang kalau di baling kepada kambing, confirm kalau tak mati, koma. Dari pelamin sampailah ke tangga. Tunjuk saja yang mana berkenan. Rumah pengantin boleh transform menjadi istana. Budaya makan ala buffet juga semakin menular di kampung- kampung. Atas alasan, mudah dan tak perlu ramai pekerja. Clean and clear. Cattering saja. Yang gila kuasa tak lagi berpeluang nak jadi ketua. Jangan kata di kampung tidak ada istilah gila pangkat ya!
Selalunya, dahulu kalau ikut mak pergi kenduri, mak akan dapat bunga telur dan aku akan dpt telur dalam kotak atau dalam tisu. Cis! Ada diskrimanasi disitu. Tapi tak mengapa.. sebab tetap akan rasa best. Zaman sekolah menengah, kalau pergi dengan mak, mak dpt bunga telur biasa, aku akan dpt bunga telur pelamin. Kalau bukan sebab aku pergi menepung tawar, ada alien yang akan bagi aku secara percuma. Atau aku yg merengek hendakkan bunga pelamin.. Sekarang? Ha! Bukan setakat bunga telur.. cokelat, pasu bunga, sabun, cd, buah limau, epal, oren dan entah apa- apa mak nenek yang merepek- repek dijadikan cendera hati. Aku pernah dapat ferraro roche ok! Bukan calang- calang punya cokelat tu.
Zaman kakak- kakak menikah dulu, berapa tahun lampau, jemputan dibuat mulut ke mulut. Biarpun jauh, mak akan pergi juga menjengah ke rumah. Sekarang, dah bermacam macam kad direka penuh kreatif. Ada bentuk hati, ada bentuk panjang, membujur, bulat dan macam macam. Macam brochure jualan langsung pun ada juga. Siap gambar bakal pengantin lagi. Dari zaman anak- anak sampailah besar panjang. Jangan tak percaya, dalam bentuk buku pun ada. Agak2 berapa juta kos nak buat kad jemputan kahwin ya?
Dahulu di kampung saya, majlis nikah biasanya diiring dengan joget lambak. Sekarang sudah jarang. Mereka lebih selesa
Hantaran dulu tak semahal sekarang. Dulu ratus- ratus. Di akhir 80- 90an hantaran sudah naik ribu ribu. Masuk abad 21, hantaran hampir mencecah puluh ribu. Atas alasan.. "ala wak.. saya berjaga sampai pukul 3-4 pagi tau wak.. nak buat final project.. tu belum kira kena reject, redo dan segala re lagi tu wak, lagipun.. market sekarang nih mahal la wak.. ralph lauren yang kecil tu pun dah ratus- ratus tau wak.."
Kalau aku kahwin nanti, aku nak buat : cabutan no bertuah! Mungkin nanti tetamu boleh bawak TV atau pembakar roti.. mungkin juga kipas angin..
Saya rindu suasana perkahwinan zaman dulu- dulu. Orang kampung bekerja keras bersama- sama. Dari hari berkampung.. sampailah hari berlangsungnya akad.. kerjasama yang sgt erat.. ada ramai bekerja di penanggah.. jerit pekik orang meminta panta dulang.. mengacau lauk pauk dikuali beramai.. terasa nikmatnya berkenduri..bila badan sudah penat, perut sudah kendur.. baru bisa makan kenduri.. tak gitu?
Comments:
Post a Comment