Saturday, February 28, 2004
-Nak tanya nih, kak nak ikut balik tak?
-Tunggulah kau pakai EG dulu, baru kak ikut kau balik
-Tak dapatlah..
-Kalau setakat RXZ tuh kau nak angkut kak.. kak tak pandang kueh..
-Yo lah.. ko tuh mata duitan..
-Jom teman kak pi midvalley.. kak nak pi beli contact lens yang ada lambang RM tu..
-Hahahha.. macam macam lah ko kak, nak balik tak?
-Tanaklah.. tunggu ko pakai EG dulu
-Tanak balik sudah.. orang nak balik nih
-Ok.. bawak motor lek lok.. jangan bawak laju2.. rasa cam baru jek hantar abang ko hari tu
-Hmm.. ko ingat lagi kek dio kak? Hmm.. Hari nih genap seratus hari dia pergi..
-Kenangan tak pernah mati.. ko balik nanti kim salam kek along..
-Satria merah?
-Hahaha.. ha ah.. kek Satria Merah, petang karang kak sampai..
-Orang ajak balik sama tanak
-Kau bawak motor la..
-Hahaha.. yelah yelah..
(Conversation atas imaginasi zalim penulis blog)
-Ko tau? anak dara Kak Wok kek borhang tu.. jatuh motor ngan anak jantan Cik Mat yang nombor tigo..
-Kak Wok mano plak ni..
-Ala.. yang laki ehh yang duduk kolumpo tu.. yang nikah duo tu la..
-Ohh.. anak eh yang mano satu..
-Anak pompuan eh yang paling kocik tu.. dulu blaja kek pahang ko kek mano ntah tu
-Ohh.. ha.. budak tu memang eh ligat.. tak heranla.. itu kito tau yang jatuh.. yang kito tak tau..?
Huish.. kalau lah apa- apa jadi.. kan ke buruk sangat bunyinya.. orang kampung boleh kata apa sahaja.. ikut sedap mulut dan citarasa..
*awak.. saya dapat hadiah; coklat farell's.. dalam kotak berbalut kertas pink.. siap ada reben yang cantik dan kad comel.. kad tu tak tulis apa pun..tapi kata- kata dalam tu boleh buat saya cair tau wak.. pengirimnya? misteri.. tak ditulis.. hahaha.. saya ada secret admire.. awak jangan jeles.. sayakan best.. :p
Friday, February 20, 2004
Shes pretty, cute, sweet and chop! dia tak available.. dia tolong aku create kotak menjerit hari nih.. sebab dia malas nak buat keje yang bertimbun.. dia bukan malas.. die penat.. die nak relax sambil tolong kawan kawan.. kan kak?
-ko tau blog ko nih boleh makan tuan..
-pesal plak?
-entry yang ko tulis, boleh je buat dia tinggalkan ko
-hmm.. kebarangkalian tu ada.. kot
-then?
-hmm.. B, aku tak leh pretend to be like an angle.. being perfect all the way.. depan dia baik.. belakang dia.. hampeh..
-its not about pretending, aku cam nak kata.. ada benda kita perlu cerita.. ada benda kite kene simpan untuk diri sendiri
-aku faham.. tapi ini life aku.. inilah peluang die kenal sape aku..
-tapi entry ko tuh boleh buat dia panas hati..
-aku bukan nak bakar dia ke apa..
-ko suka ambik mudah, ko tak pikir pandangan dia camana.. kalau satu hari nanti dia tinggalkan ko canne?
-hahaha.. cabul sei.. mulut..
-aku cakap kalau.. if!
-ntahla.. tapi.. bagi aku, bercinta nih macam coding dalam system.. try and error.. mana ada org suka gagal.. kalau.. aku kata kalau.. kalau gagal.. janda berhias lah aku.. hahaha
-ko nih..
-hahaha.. ok! ok! memanglah kan.. aku akan cam sangat kecewa.. sedih.. tak puas hati.. rasa sia- sia and.. ntah pa pe rasa tak best lah kot.. kot.. tapi.. ada kebarangkalian juga untuk aku happy or rasa cam best.. cerita masa depan kita tatau..
-aku paham.. tapi janganlah buat benda2 yang boleh menjerumuskan ko kesitu
-ntahla.. aku cam tamau susah hati.. itu je..
aku menulis bukan untuk bakar orang tu, bukan untuk cucuk punggung orang ni, tak.. aku tulis sebab aku suka
Hari nih bad tudung day suhaila.. hari jelita aku..
*awak.. saya menulis bukan untuk pasang peledak. saya menulis untuk kita berkenal- kenalan.. kita tak punya kesempatan seperti mana orang lain. Awak ada ruang cara untuk mengenali saya.. dan saya mengenali awak.. awak ada ruang masa untuk menilai.. juga memilih.. Tegur saya kalau saya silap.. jangan hukum saya tanpa saya tau apa kesalahan saya..
*sekarang saya tahu.. awak bukanlah penyabar sangat.. garang juga. (ingat tak dulu? saya pernah kata, awak nih baran) Ada tak kemungkinan suatu hari nanti awak menghayun tangan pada saya pula?
Thursday, February 19, 2004
Beza antara aku dengan Dewey Finn dalam cerita School Of Rock arahan Richard Linklater ialah aku memang guru sandaran yang disahkan oleh kementerian pendidikan dan aku tak pandai main sebarang instrument dalam membentuk rhythm dan yang paling ketara ialah aku bukan guru sambilan yang gila. Aku tak pernah ajar anak murid aku tentang Led Zepplin, Kurt Cobain atau Jimi Hendrix. Tapi aku pernah berkurung bersama anak murid aku yang berumur 10 tahun melalak- lalak menyanyikan lagu Somewhere I Belong; Linkin Park, Island In The Sun & A Song About You; Weezer. Aku pernah tulis kat papan hitam lirik Paling Comel: Nana dan Achik Spin. Hahaha.. Achik Spin tu.. rosak anak murid aku. Kalau Mr S (refer pada Dewey, lakonan Jack Black; tenacious’ D) wujud di Malaysia, mungkin setiap 16 Mei dia akan dapat banyak pensel 2B yang sudah ada kesan gigitan, atau pemadam yang ada gambar binatang. Atau mungkin juga pen kilometrico. Mungkin juga bunga dan bermacam- macam lagi. Yang pasti dia akan jadi guru favorite. Agh.. aku rindu anak anak itu. Sangat rindu.. pada awak.. lagi juta- juta rindu..
Cerita ini memang tidak mungkin akan menang anugerah Oscar malah tidak mungkin disenaraikan pun. Tapi kalau dibandingkan dengan cerita hasil arahan professor madya di negara ini.. apa aku tulis ni?? Hello.. Wake up!! Hahaha.. aku lebih rela keluar duit untuk tengok cerita budak umur 10 tahun menggoreng gitar karen; Zack (Joey Gaydos Jr) atau budak gemuk;Tomika (Maryam Hassan) yang mempunyai suara emas yang tak memerlukan dia pinjam suara orang lain. Kesemua mereka memang boleh main instrument dan aku suka watak Katie lakonan Rebecca Brown yang lek lek layan bass. Tapi aku tak puas hati waktu scene last.. semua pelakon buat performance solo, tapi die tertinggal. Kalau Lawrence (Robert Tsai) boleh goreng die punya organ, aku rasa bass juga tak boleh di ignored. Apa pun aku berhak kagum melihat kehebatan freddy ( Kevin Clark) ketika pusing drum stick dengan penuh gaya macho daripada melihat wanita dewasa berlakon menjadi ala- ala tomboy gedebuk in love dengan best friend sendiri di sebuah pusat pengajian. Thanx Azhan.. belanja kami layan cerita ini.. Aku tak galakkan korang tengok wayang sebab dulu kawan aku pernah kata, tengok wayang nih macam menempah tiket ke neraka.. kawan aku yg sorang lagi kata.. baru tempah.. bukannya beli.. aku kata dalam hati.. ada yang kene panah petir karang nih.. dahlah musim hujan..
Lepas habis menonton, kami menghabiskan masa di Uncle Don sambil berdiskusi tentang hal rumah dan tangga. Kami tak se’kewl’ encik mukeh en de geng untuk buat ‘cabaran bangsat’. Zaman lupa diri tu dah ditinggalkan. Aku bukan budak FCM lagi. Walopun aku FCM dan pernah lupa diri, tapi rambut aku tak pernah biru kuning. Aku tak tindik hidung atau kening. Aku tak pakai baju agogo. Aku tak pernah pergi exam dengan pakai baju kurung kedah mak aku yang dipadankan dengan kain batik sarung. (Gerek.. ko memang kewl) Aku juga tak pernah cukur rambut sampai botak sambil pakai kebaya dan kasut tinggi. “Budak MAS? Tak kuning pun rambut..” <-- ini soalan yg aku biasa terima time aku muda muda dulu. Sekarang aku tukang buat air dalam pejabat. No more design.. no more creative artwork. Malam tadi aku try shisha. Mix fruit flavor. Tak sedap pun. That’s the first and the last. Aku try sikit je.. tapi kesannya.. aku sakit tekak pagi ni. Aku bukan nak jadi jalang. Aku cuma nak rasa shisha tu.. (FCM- Faculty of Creative Multimedia = MAS – Media Arts And Sciences)
Di tempat saya keje ada scary lady. Setiap kali dia lalu depan meja, automatically saya akan perhatikan kakinya. SELIPAR? Maknanya scary lady pergi toilet dan akan masuk balik.. bekerja macam biasa. Sela masa yang sekejap. KASUT CANTIK? Scary lady keluar makan, minum, meeting atau pergi mana- mana. Saya peduli apa.. Yang penting dia akan keluar dalam sela masa yang panjang. Itu sudah cukup untuk buat saya menarik nafas lega dan ada semangat untuk bekerja sambil buka winamp sesedap hati saya. Saya bukan tak suka dia.. cuma saya segan dengannya. Takut pun ye juga. Walopun dia tak pernah makan saya. Usik saya pun tak.
Saya dapat jemputan nikah pada 13.03 ini. Maknanya saya ada 23 hari lagi untuk transform menjadi kurus – Pastikan anda jelita ketika menghadiri majlis nikah skandal anda.
Wednesday, February 18, 2004
Selamat cedera. Luka dikaki. Aku terpaksa menjadi doktor tanpa rela. Merawat kecederaan yang dialaminya. Aku ambil jarum dan benang. See! Tanpa perlu belajar tujuh lapan tahun pun aku masih boleh menjahit tanpa masuk bilik ICU. Betapa terelnya aku. ‘Selamat sikit pun tak nangis. Dia hebat’ kalau Selamat nangis, aku tatau nak lari mana. Iyah iyah..
Selama berkenalan dalam dunia blog, aku suka mengembara dibanyak entry orang lain. Sehingga kini aku sudah ada blog sendiri dan aku masih suka mengembara di blog Encik Bapak Memel sampai Encik Bapak Memel pernah kata aku ni kipas berani mati dia. (Boleh saja nak anggap begitu) Sehinggalah semalam sedikit terkejut, Encik Bapak Memel kata blog aku meriah. Meriah bercinta. Awak.. meriah ke kita bercinta nih wak? Cam tak ada pun pasang lampu kelip- kelip, ataupun lari- lari dalam lalang sambil tukar- tukar baju. Awak tinggalkan saya sorang- sorang kat bus stop adala.. kan wak? Hehehe.. heroin di tinggal hero.. cam cerita perang zaman dolu- dolu plak rasa.. ‘hassan.. kao jaga diri baik baik ya’
Dalam dunia blog.. saya belajar satu benda. Kita tak perlu post gambar nampak lurah, atau pakai kain tipis nampak dua tiang.. tapi kita boleh saja jadi glamour tanpa entry yang best. Caranya.. link kan saja diri anda dengan otai yang best (refer pada Encik Bapak Memel) anda akan rasa tempiasnya. Itu antara jalan paling mudah. Entry tak best pun tak pe.. Hahaha.. Pergh.. Encik Bapak Memel, saya rasa seperti Sharon stone.. ehh!! silap.. Macam Marilyn Monroe lagi best.. Ya!! saya rasa saya (dibaca: blog saya) menjadi perhatian tiba- tiba walaupun tiada angin menyingkap gatal kain saya. Blog saya dijengah otai2 geng jenel juga penulis2 yang glamor.. ahaks.. sila sila.. masukla.. jengahla.. jangan malu malu.. buatlah macam melawat rumah orang..
Lan: sape nak pinang aku angkat tangan..
Cik Ina dengan muka maintain angkat tangan kiri tinggi- tinggi..
Lan: aku tanak
Ina: tengok.. gile reject aku..
Haza: ko nak tungu orang pinang ko lan? Sampai bilapun takkan ada orang nak pinang ko lan
Lan: tadelah macam tu..
Haza: Ina nak pinang kau, kau tanak..
Lan: dia maintenance tinggi.. susah.. aku tanak
Ina: Tu lah lan.. orang lain.. penat usya aku.. aku reject ok.. ni.. aku offer diri jadi awek ko.. ko tolak lan..
Haza: hahaha
Hari nih besday Azhan. Dia ajak aku ngan ariffah ngan fakhriah tengok wayang. (Uish.. semua perempuan tu.. ) Tapi semua cerita yang nak di tengok semuanya fully booked. Apapun.. aku ucapkan.. selamat hari lahir. Ko dah tua.. pi lah cari awek.. senang sikit nak ajak pegi tengok wayang..
Bulat kecil.. bulat kecil.. bulatlah besar.. sayang papa.. sayang mama.. selamat malam.. enam kali.. enam kali.. tiga ploh enam.. enam lagi.. enam lagi.. anak beruang..
*wak.. selamat sunyi.. dia mintak awak carikan dia teman.. kesian dia..
Tuesday, February 17, 2004
Bukan sesuatu yang indah kalau diri diperlakukan seperti binatang. Bukan kepuasan yang dinikmati kalau diri dirogol kejam. Bukan sesuatu yang lazat kalau tubuh badan dijelajah dengan paksa. Semua yang dirasa adalah ketakutan dan kesakitan. Mana hilangnya waras akal? Mari fikirkan bersama. Betul.. aku tidak jelita, aku tidak menghairahkan, tidak juga menjadi perhatian para lelaki. Tetapi aku perempuan. Aku takut dan aku kerisauan.. Fikirkan juga walaupun bukan dinegara kita
Sepetang balik office didepan lift, seorang gadis jelita telah dengan sangat berjaya memijak kaki saya dengan kasut tumit tingginya.. Sakit ok! Betul.. Cik Tak Tahu Nama itu jelita.. Cik Tak Tahu Nama itu bergaya.. tapi Cik Tak Tahu Nama silap.. yang Cik Tak Tahu Nama pijak.. sama jantina dengan Cik Tak Tahu Nama.. kalau Cik Tak Tahu Nama memijak jantina yang berlainan.. berkemungkinan besar Cik Tak Tahu Nama naik pelamin tidak lama lagi.. Kesannya? hujung jari kaki saya luka penangan kasut tinggi seorang gadis jelita. Dia minta maaf, tapi dia gelak- gelak dengan kawan dia. Saya rasa sakit hati lebih daripada sakit kaki. Malam itu saya pergi ke ‘tengah lembah’ dengan hanya pakai selipar.
Saya rasa tembus, jerlus, transparent pabila dikelilingi tiga wanita jelita yang bergaya. Sedangkan saya dengan t’shirt hitam dan berselipar. Macam budak yang baru balik dari sekolah petang. Terasa sangat tidak best bila tiba-tiba kelihatan janggal daripada mereka yang lain. Hahaha.. Saya benci keterasingan dan saya benci dikelilingi wanita wanita cantik. Itu membuatkan saya rasa hodoh. Relevankah?
“Bercinta ngan orang tu, makan sushi pun tak reti!” Hello.. duduk saja sana, dia makan nasi lemak ok. Even saya tak layan sushi king tapi saya lebih Japang dari kamu guna kayu dua batang tu (dibaca: chopstick). Haha.. semalam ex rumet membelanja makan di Sushi King. Sekurang kurangnya, mee saya tak melurut dari kayu dua batang tu.. (jujurnya saya tak pernah makan di sana, sushi jusco tu selalu la..)
Ex rumet sempat mengusya pramusaji sushi king.. (pendapat saya.. boleh tahan orangnya) saya support dr belakang.. -orang tak jelita tak boleh ambil bahagian Ahh.. saya tak suka keterasingan.. tak pe B.. layan.. layan.. nanti untung- untung dapat diskaun.. silap haribulan free.. bukan apa… untuk kemudahan di masa akan datang. Bukan satu masalah.. untung lagi ada..
tetiba saya teringat pada seorang kawan. Dia memanggil saya Sushi.. Tapi semenjak die berhenti kerja, dia tak pernah hubungi saya lagi.. Vigneshwaran @ vicky.. kamu kerja di mana ya sekarang?
*awak.. saya nak ke pusat beli- belah ni, nak warna biru ehh.. berape helai? size?
*itu salah satu taktik untuk saya mendapatkan jawapan.. apa pun saya sudah bagitahu jawapan yang tepat.. awak kena sediakan hadiah juga.. saya mengamalkan prinsip 'niat menghalalkan cara' :">
Monday, February 16, 2004
Semalam.. menjamu diri sendiri di jamuan buka rumah baru Pn Aida. Melihat si comel Amni. Cun.. ada lesung pipit. Mesti besar nanti sweet macam auntie die. (pasai pa nafsu perasan aku nih cam membuak buak sangat semenjak dua menjak ni hah?) Awak.. pujilah saya wak.. tipu pun tak pe.. tak larat arr nak perasan sendiri..
Tangan mana ntah gatal memusnah pakaikan harta aku pastu buat dek jek. Nak marah pun tatau nak tuju kat sape. Paling tinggi yang aku boleh buat.. “TV dah rosak,” (mengeluh) sambil tangan pegang cawan dan teguk air panas sambil berdiri. (separuh air tuh share ngan setan). Lepas ni sape nak tengok TV.. beli sendiri..
Opismet yang berlainan jantina buat conversation ntah pa pe.. aku cam tercuri dengar. Bukan sengaja nak dengar ok. Dah di hidang di tepi telinga. Tudung aku nipis.. tak tertapis.. Lelaki.. kalau berkumpul.. ada 3 major things depa akan perkatakan. 1, kereta, 2 duit. 3 perempuan. Kalo depa cerita pasal kereta.. dari sebesar- besar body sampailah sekecil- kecil skru depa kupas. Luar dan dalam. Potensi kereta yang best tak best. Body solid yang pergh dan tak pergh.. Performance below or upper expectations. Yang tak ada kereta pun menumpang sama bercerita. Macam ada pengalaman punya kereta. Macam tu jugaklah kalau depa cerita pasal kaum lawan mereka. Selagi boleh.. Yang tak kawin pun menumpang sama bercerita. Macam ada pengalaman punya isteri.
Cekodok kat kedai bawah tu tadi macam sedaplah pulak.. apa nih.. cekodok pun nak beli ke? Hei.. buat sendiri la..
* awak.. saya dah jawab dengan betulnya untuk soalan gamba iklan tu.. mana hadiah saya?
Saturday, February 14, 2004
Sepagi yang lewat di opis, ada makhluk asing bewarna putih, rupa bentuk macam Selamat tengah memeluk coklat. (nampak cam coklat mahal jek nih) elok jek terjelepok kat tepi meja. Tapi sayang.. dia terkurung dalam net yang jarang- jarang. Wah! Aku ada secret admirer ke? koink koink koink
pagi ini macam ramai orang mengusung bunga2 an. Awak.. nak bunga juga. Awak hutang dengan saya..
Pagi nih di stesen lrt.. di goda si awek kacak. cik Adam namanya. Pergh.. tegap.. tinggi.. bersungguh benar mahu nombor telefon saya. Saya senyum saja. Saya kata.. "kalau ada peluang.. kita jumpa lagi" Dia angguk. Senyum.. Kacak! Tapi sayang.. dia sama jantina dengan saya.
En Fazli: ara..
En Fazli: die sesat ke_?
En Fazli: muahahahaa
Ina: macam di tertinggalkan
En Fazli: kalu sesat, hantarla kat reception
Ina: kalau saya buat macam nih.. "sape tak ambik sampai pukul 12.45.. makhluk asing nih aku punya"
Ina: boleh tak anda?
En Fazli: dah mende tu sesat
En Fazli: jgnla nak mengada2
*pada sesiapa yang tertinggal hadiah valentine nih.. sila ambik.. kang aku belasah coklat nih karang.. nampak cam lazat jek. Tolong jangan buat meja aku tempat untuk rapat umum.
site yang lek lek dan sejuk gile.. SolidMind@mukeh
Friday, February 13, 2004
Case 1 (dalam office)
Ina: Lan.. kawan aku cam nak tanya, camne nak buat first move nak usha awek.. nak cakap camne?
Lan: tengoklah perempuan tu camana..”
Ina: ala.. kire cam lembut lembut cam aku.. cam haza.. ayu ayu.. sopan
Lan: eh.. kalau ko.. aku cakap direct jek.. nak kawan ngan ko, tapi kalau macam haza tu.. macam kene lembut lembut sikit.. slow slow
Ina: ek eleh.. saja nak cakap aku tak senonoh, ko ingat haza tu sopan sangat ke?
Lan: hahhaha
Case 2 (di sebuah kedai makan di Belakang Istana)
Lan: kereta camtu lah baru best (muncung mengarah sebuah honda EX yang di pandu berkelajuan kura kura)
Haza: sebab die lowered ehh?
Lan: haah.. kire cam beli.. tayah buat apa apa dah.. dah memang sedia best
Ina: ko beli arr Lan. Nanti boleh aku ngorat ko
Lan: Ahh.. ko nih
Ina: kalo ko pakai kereta camtu.. tayah ko susah susah ngorat aku. Aku leh ready ngan minyak pengasih.. tak main calit calit dah.. aku simbah terus
Haza: Hahaha.. dengar tu Lan. Minyak pengasihh
Lan: malas aku nak layan
Ina: sape suruh ko layan.. aku suruh ko beli kereta tu
Ina: hahahhaha
Case 3 (dalam kereta)
Haza: eh Lan.. ko kata ko nak makan masakan minang kan?
Lan: ha ah.. tapi susah nak cari kat sini
Haza: budak belakang ni ada.. suruh arr dia masak kan untuk ko nanti
Lan: tanak arr aku.. kang dia baca mandrem ntah pa pe
Ina: oh Lan.. ko.. sampai hati kata aku cenggitu.. tak terlintas pun aku nak dengki ngan ko.. buruk tul persepsi ko pada aku.. tak pe.. tak pe.. aku buat bebetul nanti.. tahulah ko
Lan: hahaha.. jangan.. aku tak rela..
Ina: siaplah ko..
Case 4 (masih dalam kereta.. aktiviti mencari parking)
Lan: Mamat tu cakap ‘kawan ko tu punya reason sangat pelik’
Ina: apalak peliknya.. betul lah kan.. aku cakap.. aku nak kawan ngan dia sebab dia pakai V6. Aku jujur.
Lan: bagilah alasan best sikit
Ina: Best lah tu. takkan aku nak cakap kat kazen ko tu.. saya nak kawan ngan awak sebab awak duda kaya..
Haza: hahahah.. gile jujur tu
Ina: Dah.. aku tak kenal pun dia.. ko yang pandai pandai.. sape suruh.. aku bagilah jawapan yang bernas lam kepala aku
Lan: ntah apa apa
Haza: hahhaha
*hari nih aku beli kain warna hitam.. macam nak buat baju kebaya.. badan cam belon pun ada hati nak buat baju kebaya..
Thursday, February 12, 2004
Tahniah pada cik Azida Zubir, permohonan KPLI anda telah berjaya.
Pagi ini cam sedikit malas ke office. Lewat. Tapi pagi di office, saya menerima kejutan yang best. Di atas meja saya ada tikar tenun alas meja + chopstick kayu berbungkus kain tenun + gelang manik didatangi khas dari Sarawak dan ketiga- tiganya kombinasi hijau. Saya mengira- ngira mungkinkah seseorang tertinggalkan barangan personal mereka di meja saya. Tapi macam cara letak.. bukan gaya tertinggal. Gaya macam nak kata. “nah ni kau punya.. aku bagi..” Konklusinya saya suka dengan kejutan yang begitu. Terima kasih Lan. Saya memang suka benda- benda free ni. No gossip please, bukan saya seorang yang dapat cenderahati dari Sarawak ini. Katanya.. orang yang suka hijau ni kuat cemburu.. tapi saya suka kuning juga. Bukan ke kuning itu berfikiran terbuka dan sukar untuk cemburu.. macam mana tu?
Officemate mendownload William Hung ‘American Idol’ . Dia memang worst. Tiada gaya, tiada tarikan. Suara tak best. Tak pandai menari. Package hancus yang lengkap. Dia budak engineering yang nerd yang mahu jadi penyanyi. That’s why I don’t wanna be an engineer. I’m to fun to get involve in full of facts and numeric life. Koink koink koink. Tapi aku suka.. dia berani, dia yakin, dia rasa die best. Biar orang lain kata apa pun.. tapi kalau kita rasa kita best. Kita akan jadi best dan kita boleh buat. (mungkin hasilnya tidak memuaskan tapi sekurang- kurangnya kita cuba) Biarla orang kata kita tidak lawa, asal saja kita rasa kite jelita, itu sudah mencukupi. Jangan letak diri below the line. Kalau tidak kita akan selama- lamanya di bawah.
Teringat pada kata- kata seorang kawan lelaki. Orang lelaki nih memang jarang tunjuk perasaan cemburu. Itu sifat semula jadi mereka. Tapi tak bermakna mereka tu ‘open’. Kebanyakan mereka simpan. Menginjak- injak cemburu lelaki ni.. seolah- olah ‘memetik pasang dapur gas, keletak- keletak.. tapi tidak menyala api’ heheheh.. cuba keletak keletak tak nyala.. keletak keletak.. tak nyala juga.. keletak keletak.. Alamak! Api meyambar.. padan muka..
*Konsert Mariah Carey sudah ditukar.. bukan lagi 22.02.04 tapi 20.02.04
Wednesday, February 11, 2004
Kawan Sekolah Lama mengajak keluar minum- minum di Bangsar. Aku pun cam eksaited2 sebab dah lama tak berjumpa. (padahal baru jek jumpa time kawin Puan Laily) perempuan ni masih tak berubah. Mulutnya tetap macam bertih digoreng.. boleh bercakap non stop. Aku suka! Hahaha.. pasti ada cerita. (dah namanya PEREMPUAN! Betul tak Fakhriah?)
KSL ajak aku pergi Jepun, bervacation ke sana. Aku minta dia support aku, dia tamoh plak. Choish! Hehehe, bukan tanak sayang.. kewangan tidak membenarkan. Plus iman tidak mengizinkan. Haha.. (bagi lambang setan sikit! Bukan tak percaya pada orang tu, tak percaya diri sendiri) Seorang kawan lagi berindak invisible. Tak masuk campur. Memang ‘mode’ nya diinvisiblekan kerana berlainan jantina. Sorry Azhan.. kami cam tak rasa ko wujud arr semalam. Mulut jahat bertemu mulut jahat.. pastinya ceritanya jahat yang keluar.
KSL menceburkan diri dlm arena yg sama. PJJ- Percintaan Jarak Jauh. Cop dari Jepun.. cam tak ado nogorhi lain gek ehh! Cuba mendapatkan petua macam mana nak survive. Koink koink koink.. awak.. kirenya saya nih survive lah kan wak kan? Kan? Hahaha.. survivenya aku.. Hmm.. orang dah tanya rahsia.. ni lah masanya nak goreng menggoreng.. Belasah je..
PJJ? Banyak dugaannya.. tambah2 lagi kalo sama species ngan aku. Cemburu level dewa dan cepat kecil hati. ‘Avoid’ kalau belum terlajak dan.. ‘berusahalah’ kalau dah terbabas. Aku? Try to walking, walking and walking along the path till the last titik. Mereka tanya pengalaman aku. Kepada sesiapa.. tak payah buang masa uji- uji nak duga- duga aku.. aku memang cemburu. Aku tau aku mmg tak best. Tak payah nak test test.
* Info.. eksperimen membuat karipap telah berjaya. Peringatan: awak.. tolong jangan suka makan karipap.. agak sukar membuatnya..
* 2 tahun lepas, kejadian di awal bulan February, tiada tarikh specified sbb tak ingat, ada orang tu.. dia menjadi sedikit gatal. Tatau lah apsal. Dia kata.. ‘Assume saya jatuh hati kat awak..’ dan aku? Nasib baik tak jatuh kerusi.. dalam hati.. “aku pernah tepuk bantal sambil seru mentera ke sebelum ni?” Tapi itu dua tahun lepasla..
Monday, February 09, 2004
Di tengah kepekatan malam
Berdiri aKU DIHALAMAN RINDU
Dihembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Orang tu call kata tak jadi balik, poket dah kena rompak dengan buah hati.. (belum kawin lagi dah kena madu nih.. apa cerita nih wak? Tak adil plak tu.. ces!) Faham.. tapi cam kecil hati juga sedikit..
Hujung minggu, Kawan Yang Sangap (KYS) mengajak ke "Success masa segiempat sama" di Imbi (baru jek cakap- cakap dengan orang tu nak pergi) Pandangan ikhlas.. ‘tidaklah sehebat yang digembar gemburkan tapi cam boleh layan gak arr.. masyuk gak’ I’m expecting more. Makan Kenny Rogers (ayam.. bukan orang) Tak banyak store yang function. Dalam building tu macam ada satu theme park dan kita boleh main style tak hengat akhirat. Main sampai pening dan sakit- sakit tulang belakang. KYS muntah 6 kali. Confirm segala Kenny Rogers yang ditelan cuma tinggal side dishes jek dalam perut. Ada top gun (naik menatang alah nih, aku cam manusia yang sangat ingat tuhan), roller coaster, mangkuk terbang dan ntah apa mak nenek permainan yang buat aku cam mamai 10 saat. Aku cam serik nak naik yang kerusi pusing2 tu.. (mix &- ntah tak ingat) Bila aku turun aku rasa aku nampak KYS ada 2/3. KYS tak naik sebab dia pening. (dbaca: dia takut dan ngeri nak naik menatang tu) Tak fun pun. Rasa nak mati. Apa pun, aku jauh lebih terel dari KYS. At least aku tak muntah. Ada permainan yang lek lek.. cam boleh layan kepala, dan ada juga permainan yang cam “Ya Allah! Jangan ambil nyawa hambaMu time ni, tak berbaloi kalo mati”
Sebelum balik merayau ke PS (baca: Petaling Street). “Blue mau? Blue! Blue!” kata apek penjual vcd. Kat dahi aku ni.. ada cop ‘penonton cerita satu kaler’ ke? Hahaha.. PS dah mula meriah semula dengan barangan bukan asli di tempat yang agak cantik- sudah ada bumbung kaler blue. Manusia masih macam tu juga. Sangat ramai. Adakalanya aku cam terpisah daripada KYS. KYS beli jam, aku cam menumpang beli sama. Jam sekarang dah pecah cermin. Kalau di outlet, aku kena bayar beratus- ratus untuk tengok masa, tapi kat PS aku cuma bayar 10 ringgit. (Itupun KYS bayarkan. Jangan kata aku pow dia walopun mmg aku yg suruh dia bayar- kire cam upah aku temankan dia bergumbira walaupun aku yang enjoy lelebih) KYS beli baju superman. Aku cam layan keronsang yang sangat masyuk, cucuk sanggul, gelang manik dan pengikat rambut yang ada rambu2 dr kayu ukir berbentuk butterfly (sangat unik dan murah tak hengat) Biasa arr tu.. aku kan PEREMPUAN! Di PS ada kedai jual bunga. “awak.. saya nak white lily”
Balik.. singgah di kedai makan depan rumah. Tak lalu menelan sebab macam terlalu penat, sakit belakang dan pening. Sebelum pukul 12 aku dah duduk bawah pancuran air dingin yang sangat layan.. memang masyuk dan pergh.. mengecutkan segala urat saraf. Terasa segar dan penuh nikmat. Solat dan kemudian bermanja- manja dengan Selamat. Selamat peluk aku sampai pagi. Lena yang sangat lena.
Orang tu kata, kalau dia tak cakap apa- apa, maknanya sayang lah tu. Tak perlu cakap banyak kali. Kena paham sendiri. Kalau dia tak sayang.. dia akan cakap dia tak sayang. Tapi… saya cam nak dengar banyak banyak banyak banyak dan banyak kali… yang awak sayang saya.. camana tu?
Friday, February 06, 2004
Aku boleh terima kalau orang kata dia gedebuk in luv pada aku. Aku boleh esep dengan fikiran terbuka kalau orang itu mengaku jatuh cinta pada aku. Tapi aku tak boleh terima kalo orang yg beriya- iya benar itu umurnya 6 tahun lagi muda dari aku. Waduh waduh.. kok susah mahu di handle anak bujangan baru nak hidup ini. Saya katakan padanya.. cinta di awal remaja itu cuma cerminan fantasi.. indahnya hanya diimaginasi.. Ku bicarakan pada teman- teman. Teman- teman bilang.. ala.. Crushed saja itu.. budak itu masih tidak tahu membedakan istilah cinta, suka atau kagum. Mungkin juga ya.. saya tidak mahu hati anak muda itu kecewa. Tapi saya enggak erti bagaimana cara mahu menolak dengan sesopannya. Adik comel itu akan kecil hati.. dan ya.. pastinya selepas itu tidak akan lagi ngomong- ngomongan sama saya.. semoga selepas program khidmat negara ini, adik comel itu bisa mengerti apa itu cinta, apa itu suka dan apa itu kagum..
“awak. Buatnya klw satu hari nt. Tiba2 saye tpikat dgn awak. Apa akan awak buat” <-- ini mesej yg diterima melalui sistem pesanan ringkas di telefon bimbit saya pada pukul 1:09:24 am. Mula2 sedikit terkejut. Kemudiannya saya tersenyum lebar. ‘mesti kes salah hantar mesej’ getus hati saya.. saya mengusik. Lalu saya jawab “nak buat apa plak.. aku sengih2 jek la.. power jugak aku nih sampai boleh goda kau” dan saya dapat jawapan “bagusnya jawapan ko, macam lam filem hindustan” saya gelak besar.. hahahha.. kekantoian yang sangat berjaya. Berani betul mamat nih approach awek.. direct ni.. tade corner2 baring dah nih..
aku mengandaikan kalau mesej itu di tujukan kepada aku.. aku akan ada 2 versi jawapan..
KALAU AKU SUKA LELAKI ITU.. aku akan hantar senyuman tanda aku suka
KALAU AKU TAK SUKA LELAKI ITU aku akan hantar senyuman dan sedikit tambahan ‘terima kasih tapi saya tak fikir saya boleh terima awak’
Chewahhhhh!!!! Perasan.. Macam ada orang nak cakap macam tu..
awak dulu camana ekk? lupa arr..
Wednesday, February 04, 2004
Don't Wanna Miss a Thing
Aerosmith
i could stay awake just to hear you breathing,
watch you smile while your sleeping,
while your far away and dreaming,
i could spend my life in this sweet surrender,
i could stay lost in this moment forever,
every moment spent with you is a moment i treasure,
(chorus)
i don't want to close my eyes, i don't want to fall asleep
cause i miss you babe,and i don't want to miss a thing,
cause even when i dream of you, the sweetest dream would never do,
i still miss you babe, and i don't want to miss a thing,
lying close to you feeling your heart beating,
and i wondering what your dreaming,
wondering if it's me your seeing,
and then i kiss your eyes and thank god we're together,
i just want to stay with you in this moment forever, forever and ever
(chorus)
i don't want to close my eyes, i don't want to fall asleep
cause i miss you babe,and i don't want to miss a thing,
cause even when i dream of you, the sweetest dream would never do,
i still miss you babe, and i don't want to miss a thing,
i don't want to miss one smile,
i don't want to miss one kiss,
i just want to be with you right here with you,
just like this, i just want to hold you close ,
and feel your heart so close to mine,
and just stay here in this moment,
for all of the rest of time
(chorus)
i don't want to close my eyes, i don't want to fall asleep
cause i miss you babe,and i don't want to miss a thing,
cause even when i dream of you, the sweetest dream would never do,
i still miss you babe, and i don't want to miss a thing,
Tuesday, February 03, 2004
Bukanlah satu benda yang best kalau kita nampak kenderaan yang kita naiki hanya beberapa inci nak menjunam ke gaung dan bukanlah sesuatu yang kelakar kalau kenderaan yang kita naiki tu rosak di tengah jalan yang sempit lagi berlingkar- lingkar.. dengan keadaan minyak bocor dan enjin berasap. Macam nak bagi hint 'bertaubat sebelum terlambat' jek.. (awak.. jadi pa pe kat saya.. saya benarkan awak cari lain :p )
Hari raya, mental aku sudah bersedia merangka jawapan kepada soalan berhantu.. setiap yang bertanya.. aku hanya jawab.. "belum ada orang datang minang.. nak kawin ngan apa? pokok getah?" (bunyinye sedikit kurang ajar bagi soalan yang aku rasa agak kurang ajar juga) hahaha.. duit ada lima posen.. nak nikah lagu mana? Kalo ada orang sponsor.. esok aku pi tempah baju.. pesen apa yang menarik ye? Sari mungkin?
Dik Ji suh aku beli kereta.. aku cakap.. "ko beli Honda EG, nanti aku pergi cari minyak pengasih.. aku simbah terus, tak payah nak calit2.. terus dapat kereta," Dik Ji malas nak layan. Semanjak abangnya kembali kepada Pencipta, aku kerap tengok dia melayan perasaan di tengah- tengah sawah. Aku tahu dia rindu.. tambah- tambah lagi di pagi raya.. aku juga adakalanya teringat pada kenangan.. semalam adalah kenangan, hari ini bagiku perjalanan, esok merupakan cabaran.. Nostalgia adalah pendokong kehidupan. Ingati kenangan silam untuk hikayat sebuah masa depan..
Awak, Kite nak cinta
Awak
Kelmarin kite jatuh pokok nangka
Semalam dengan bengkak kaki
Kite jatuh tangga
Hari ni, dengan bengkak hati
Kite jatuh cinta
Awak
Pusing kiri golek kanan
Otak pun dah menerawang
Cari di mana diamnya cinta
Tapi tak jumpa
Agaknya cicir bawah tangga
Tak apa, esok cari balik
Dia tak pegi jauh
Cuma menyorok
Awak
Macam mana rupa cinta?
Ada macam gula gula manisnya?
Atau macam bijik langsat pahitnya?
Mungkin juga secantik kuntuman bunga
Persis katak menggerutukah hodohnya?
Mahupun lagak badut seronoknya
Oh tak! Persis limau mandarin tak menjadi, masamnya
Maknanya, dalam cinta semua perisa ada?
Awak
Bagi kite cinta
Macam orang lain juga
Jualkan kepada kite cinta
seperti amoi jual bunga
Hulurkan kite cinta
Persis postman letak surat di bekasnya
Wei!! Bagilah cinta tu kat aku
Aku nak bercinta gak
"awak.. sayang lebih sikit tahun ni boleh ye.."