Tuesday, January 27, 2004
"CONVERSATION DI STESEN KERETAPI"
Dia kesat air mata. Aku pun tak tau kenapa ringan sangat tangan aku nak menghulur sehelai tisu. Aku tak kenal dia. Aku tak kenal anak kecil yang duduk disebelahnya. Dia ambik tisu aku. Ucap terima kasih. Aku senyum. Stesyen Komuter Seremban lengang. Tak ramai orang.
"Adik dah kawin?" Dia start conversation. Aku ngeleng.. "Ada teman lelaki?" aku senyum. Kompius pulak aku dengan kakak ni. "Teman lelaki adik baik?" Aku gelak perlahan."Bolehla.. baik sangat tu idakla.. baik gitu- gitu," jawab aku sopan. "Dia sayang adik?" aku senyum lagi. "Rasanya sayang," Dia angguk. Aku cam pelik. "Kenapa akak tanya macam tu?" Dia mula bukak cerita. Aku sekadar mendengar. Sesekali mengiyakan. Ada juga suami yang macam ini..
Aku faham perasaan kakak tu sebab aku juga perempuan. Tapi aku tatau pedih yang dia tanggung sebab pada fikiran aku, suaminya baik. Cuma dia rasa tertipu. Terasa di betray. Dalam usia yang sangat muda dia bermadu. Kalau aku jadi dia pun, aku tatau nak facing keadaan tu macam mana. Nak marah? Nak mengamuk?
Bagi aku.. suaminya baik. Tak lupa tanggungjawab. Walaupun balik tengah malam, suami dia akan makan juga apa yang kakak tu masak. Biarpun nasi tu dah sejuk. Walaupun perut dah kenyang makan dengan kawan- kawan. Dia akan makan juga. Hujung minggu, suaminya ringan tangan tolong buat kerja rumah. Menurutnya. dia hidup sangat bahagia. Suaminya betul- betul sayang walaupun mereka kahwin atas pilihan keluarga. tapi diluar pengetahuannya, suaminya ada isteri lain. Suaminya kahwin lain selepas seminggu mereka diijabkabulkan. Dan kakak tu baru tahu selepas 3 tahun hidup bersama. Tahu secara tidak sengaja. Kakak tu rasa sakit, suaminya di ambil orang.
Aku pandang pulak dr belah sana. Isteri keduanya mesti lagi tersiksa. Tiga tahun berkahwin, tapi tidak mendapat layanan sewajarnya. Hujung minggu suami bersama isteri pertama. Setiap malam pulang ke rumah isteri pertama. Hari raya juga disambut bersama isteri pertama. Perbelanjaan rumah.. pastinya isteri pertama dilebihkan. Apa perasaan dia sebagai isteri? Haknya tidak pernah di gilir2kan.. Bagi aku, isteri kedua itu lagi sakit. Bukan mudah nak terima kalau suami aku memeluk wanita lain.
Tapi itu cuma pendapat aku. Bukan aku yang mengalami. Aku bukan isteri pertama, bukan juga isteri kedua. Aku cuma pendengar dan kemudian berfikir. Isteri pertama terasa sakit dan pedih bila suami mengkhianati walaupun hakikatnya suami itu tak pernah mengabaikannya. Isteri kedua??? Ntahlah.. Conversation berakhir bila tren komuter ke Rawang sampai ke platform. Aku minta diri. Masuk pintu yang belah sana. Dan kakak tu bawak anak dia ke pintu satu lagi. Sebelum berpisah. kakak tu pesan, "jaga kerjaya biarpun dah jadi ibu. Sekurang- kurangnya, kalau suami buang adik, adik masih ada sumber untuk meneruskan hidup dengan anak- anak" Aku senyum. Agaknya.. orang- orang yang diduakan suami memang berfikiran sama macam mak aku.
Awak? Nak buat perangai.. buat awal- awal. Jangan betray saya selepas saya jadi isteri. Saya tak mahu jadi seperti kakak tu. Saya lagi tak mahu jadi macam emak saya.

Comments:
Post a Comment