Monday, December 01, 2003
"UNTITLED"
21.11.03
6.35am - Along Anip called. “dik.. DikPee dah sampai hukum” “Long.. apa nih? Jangan buat lawak pepagi nih” “along tak memain, Dikpee dah meninggal. Along on the way nak balik kampung nih,” “Along.. janganlah memain,” “nih adik along, takkan along nak memain” along anip dah teresak. Dah dengar tangis. “along.. janganla nangis,” “kalau ko nak jumpa dia, balikla..” talian putus kat hujung sana. Aku pegang telefon. Sedar- sedar, air mata dah melurut laju. Aku pergi bilik air. Basuh muka.ambil wudu’ baca yasin. Packed apa yang sempat. Masuk lam bag. Awal pagi aku pergi office. Mintak cuti emergency. Called mak. Nak confirmation. Aku masih tak percaya walaupun air mata dah macam hujan. Mak kata.. balikla.. cepat sikit. Takut tak sempat.
Aku zasss amik tren sampai pasar seni, amik bas. Balik kampung. Sampai rumah. Arwah baru lepas dimandikan. Tengah di kafankan. Along Anip tegur aku ngan mata merah. Aku duduk kat pundung (cam pondok) tepi pagar. Tade kekuatan nak masuk tengok jenazah. Along dan Dik Ji (adik arwah) gamit aku dr pintu. Tabah hati kuat semangat aku melangkah. Tengok wajah arwah buat kali terakhir. Keluarga arwah panggil semua kawan kawan melihat sebelum kain kapan menutup muka. Hujan kat luar masih gerimis. Jenazah di sembahyang kan di masjid. Lepas solat jenazah, along balik jemput aku ketanah kebumian.
25/11/03
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Solat sunat di surau. Ramai juga orang. Lepas solat sunat, sedikit tahlil di buat. Khusus untuk arwah Dikpee dan amnya untuk orang- orang kampung yang telah pergi. Kebiasaannya, tetiap tahun yang buat takbir raya, Pak itam, Along Anip dan arwah. Yang lain lain tu bergantung kepada kepulangan beraya di kampung. Kalau ramai.. ramai lah yang akan bertakbir. Kalau tak.. sikit je la..
Black sambut raya di kampung. Rumah jadi sedikit meriah. Abah pun tak balik KL. Balik lewat sikit katanya. Orang datang sangat ramai. Rasa macam tak menang tangan. Penat yang amat sangat. Rasa cam lembik. Rasa cam nak marah.. Raya sebulan arr.. janganlah nak serang semua lam satu hari.. penat arr.. penat nak basuh pinggan mangkuk.. penat nak kemas botol2 kueh.. ishh!! Derang nih tak reti nak bergilir ke?
26.11.03
Semua dah lengkap berkumpul. Rumah mak dah kembali meriah. Rumah mak penuh dengan orang- orang yang besar kecil dan sebagainya. Giliran kami pulak menyerang rumah orang. Menyampah orang kalau keluarga kami datang. Ramai sangat. Habis cawan gelas kena keluarkan dari almari. Hehehehe. Dari rumah Mak Ngah. Serang plak rumah Tok Sidang @ ketua kampung. (abang 2 pupu aku sebenarnya mamat tu- camana ntah leh jadi ketua kampung. Ketua kampung rugged tuh.. mamat tu.. muda agi) pastu pegi pulak rumah tok uda. Last sekali pergi rumah mak usu. Penatnya mengalahkan beraya seratus buah rumah.
27.11.03
Agenda menyerang rumah abang abang plak. Dalam pukul satu kami serang rumah along. Menu tahun ini, nasi ayam dan mee goreng. Boleh tahan.. Aku tengok orang lain tibai semacam.. tak ingat.. Aku cam tak lalu plak.. bukan apa.. raya tahun nih cam kurengg sikit. Selera makan aku agak diganggu. Banyak sangat makan rambutan kot. Sakit tekak. Lepas tu serang terang terangan rumah angah. Menu lagi menarik. Mihun sup ngan laksa. Perghh.. Tibai tak ingat. Hilang masalah tekak sakit gatal. (yang benarnya lapaq sangat, sebab dah bape hari tak makan betul)
28.11.03
Nyanyi lagu hepi besdei sikit!! Hehehe.. angah anjurkan buat BBQ. Bakar ikan & ayam. Aku sponsored kek.(sbb besdei aku) Satu beli kedai.. satu buat sendiri. Tahniah buat aku.. first time buat kek jadi kek. Tak jadi batu bata. Tahniah! Tahniah! Ambong sponsored ayam (sbb besdei dia). Angah sponsored ikan.(sbb besdei anak dia) Yang lelain sponsored perut dan anak tekak- ayat baik sikit.. Sponsored tenaga kerja.. Perfume body shop, ambong tukar dengan lampu tidur (Choishh.. ingat aku nih kuat tidur ke?) Dan untuk izzaty aku bagi tabung duit bentuk botol susu yang dalam dia ada gambar beruang pakai baju ayam. Bagi aku.. sangat comel. Ambong bagi izzati set alat tulis. Dari sekecik- kecik pemadam sampailah ke pensel kaler. Acik masak nasi lemak bagai. Dalam seumur hidup aku.. inilah sambutan hari lahir yang paling meriah. Mungkin sebab jatuh di musim raya. Kalau tak.. setakat potong kek belated besdei dan tukar2 hadiah ngan ambong jekla. Bagi yang ingat besdei aku.. terima kasih. Tengkiyuk tengkiyuk. Setahun lagi umur kita dilanjutkan. Allah boleh tarik masa kita itu bila- bila masa saja.
29.11.03
Seawal pagi 5.45, aku dengar suara acik dok panggil adik.. adik.. memula sikit jek.. lelama dengar esak tangis. Aku yang tak dapat lelap terkebil kebil sebelah mak. Tak lama lepas tu, suami acik ketuk pintu bilik. Aku kejut mak. Abang saad cakap adik misha sakit. Mak bangun cecepat. Aku pun bangun jugak. Aku tengok Misha dah kejang. Badan Misha panas melampau. Mata pun tak berkelip. Tengok pada nafas jek turun naik. Kelam kabut along tukar kain pelikat hantar pergi kospital pagi tu jugak. Kami di rumah tunggu berita dengan resah. Abah kata, tak de apa- apa. Jangan risau sangat. Alhamdulillah.. Misha tak apa- apa. Demam panas dan melampau sangat makan rambutan. (bahaya jugak buah rambutan ni) Misha kena tahan ward. Bagi panas badan dia stabil. Suhu badan dia 39.8
Along Anip dan DikGie datang rumah, hantarkan surat pengesahan mati arwah. Sedih datang balik bila tengok dua beradik tu. Dah lah muka sepesen belaka. Tengok along, macam muka arwah. Tengok dikgee pun macam muka arwah. Along Anip mintak kami sekeluarga maafkan arwah dan halal segala hutang piutang. Abang aku gosok belakang Along Anip.
Petang sikit, kami pergi rumah ateh. Lepas pergi rumah ateh kami terus ke hospital. Lawat Misha. Nampak dia dah ok. Dah mahu makan dan minum. Walaupun sikit. Tapi badan dia dah kurang panas. Doktor kata dah tak bahaya lagi. Cuma kena tahan ward lagi takut demam dia berbalik. Takut demam dia tuh tak stabil. Sekejap panas sekejap turun.
30.11.03
aku cakap kat mak, aku nak balik AWAL PAGI. Awal pagi aku bukan awal pagi Cik Mubin atau awal pagi Along. Awal pagi aku. Confirm pagi. Mak cebik bibir. Hahaha!! Alih alih awal pagi aku pukul 5 petang. Aku tunggu bas kat depan simpang, sebuah pun tanak berhenti. Penuh belaka. Jalan jam melampau. Kereta jalan berengsot engsot. Ada tiga empat buah kereta offer aku naik. Kononnya nak membantu lah tu. Chit!! Podahhh.. mementang naik kereta. Tak pe tak pe. Naik aku beli lori kontena.. aku lunggah korang sekor2. Tu la.. Ambong nak hantar, berlagak. Tak mbohh.. tanak menyusahkan orang konon. Alih alih bas ke 5 baru berhenti. Itupun kena berdiri. Tu la.. aku kata nak balik AWAL PAGI. Kan dah…. Tak pe tak pe.. nanti aku beli kereta.. aku gelakkan orang yang tunggu bas tu.. (kalau canni niat ada peluang ke boleh beli kereta?)
01.12.03
hahahha… bosan gila. Malas gila nak pergi kerja. MONDAY BLUES.. Monday plak yang salah. Hahhaha.. Teringat pada Dikgie. Aku telefon dia. Aku nak mintak balik buku- buku yang arwah pinjam waktu dia kat spital dulu. Hujung minggu nih nak balik kampung balik. Ada surat arwah tinggalkan untuk kawan kawan dia. Aku tahu pasal tu sebab arwah pernah sebut dengan aku waktu aku lawat dia kat sepital dulu. Arwah kata. “nanti kau baca wasiat aku untuk anak pakcik Hamid. Aku nak bagi wasiat kat semua orang. Biar korang ingat kat aku. Nak buat wasiat pelik pelik sikit” dan aku tunjuk penumbuk. Kuat lagi ingatan aku pada arwah ni rupanya…..

Comments:
Post a Comment