Wednesday, December 24, 2003
"RETURN OF THE KING"
Saya sgt berpuas hati dengan hasil garapan pengarah Peter Jackson dari karya J.J.R. Tolkien. LORD OF THE RING – RETURN OF THE KING. Perjalanan Frodo dan Sam yang akhirnya sampai ke destinasi – Mordor dalam misi menghapuskan cincin yang konon2 sangat power. (nampak gaya, Sam lebih menyerlah) Kepulangan Aragorn sebagai pemerintah yang berwibawa (macho dan kacak tidak terkecuali), Setia kawan antara si raja hebat Aragorn, si bersih Legolas dan si kerdil Gimly amat membanggakan. Persahabatan Pippin dan Mery yang mengharukan. Perjuangan si cantik “I am no man” yang mengkagumkan. Kagum melihat keberanian seorang wanita cantik. Mungkin sebab saya perempuan. Feminisme dan bangga pada kaum sendiri itu pasti wujud.(setuju bila kawan- kawan kata Eowyn itu lebih hebat dari Si Lara Croft yang nampak sangat menipu- saya kata itu dua cerita dan zaman yg berbeza- dah tahu tipu.. tengok juga). Gandalf, si tua hebat. Smeagol talam yang bermuka- muka. Saya rasa nak sepak atau katok saja kepalanya yang comel itu dengan kayu. Tapi adakalanya saya bersimpati dengan masalah jiwa yang ditanggung. Tak nampak jelas fungsi Arwen dalam siri ROTK tapi impaknya mungkin besar pada peminat puteri jelita ini. (Kasihan si Eowyn.. tak pe Eowyn.. cinta tak semestinya datang dua hala.. ia boleh saja datang dari satu hala saja- memetik kata- kata Maude Brown dalam 1515) Emosi saya lebih setuju kalau Eowyn disatukan dengan Aragorn. Kata kawan saya pula.. Eowyn lebih sesuai dengan Faramir. Saya kata.. Peter Jackson tu nak saya dengan Aragorn, tapi sebab agama dan zaman memisahkan.. tak jadila..
Watak saruman hilang begitu saja. (kata dah hilang power.. buat apa nak menyibuk lagi). Kaum Orc dan ntah apa lagi.. (yang pastinya jahat) memang nampak jahat. Sangat jahat. Cukup menggerunkan. Sesekali macam .. ek ele.. bodoh jugak depa nih.. Ganas? Kejam? Zalim? Lengkap ketiga- tiga genre dalam cerita kali ini. Berbanding yang dulu- dulu. Sauron tu semata- mata ‘mata api’ itu sahaja kah? Saya sebetulnya menunggu- nunggu siapa sebenarnya Sauron itu.
Cinematography cerita ini cukup membuat saya terpesona. Kota batu hasil imaginasi penulis benar- benar berjaya diwujudkan dengan penuh fantasi. Perjalanan yang mendebarkan buat saya menjerit kecil dalam pawagam. Berkongsi rasa cemas dan penuh ketakutan bersama- sama penghuni kota fantasi itu. Effect yang dicipta berjaya menipu saya dan saya rela ditipu. Pergerakan Legolas memanjat gajah (kalau boleh dikatakan gajah) nampak sedikit fake. Bizare.. Tapi tak apa.. saya rela. Kalau saya mahu melihat segala yang benar.. saya tak membazirkan duit kawan saya yang membayar tiket. (terima kasih Cik Haslinda) Pembaziran masa selama 3 jam 15 minit lebih- lebih itu tidak dirasai sangat kerana saya memang mengharapkan sesuatu yang best setelah 3 tahun menunggu. Macam nak tengok sekali lagi.. Terasa sudi ditipu buat kali kedua.. Cuma aksi Si Raja Hebat dalam siri ini tidak cukup membuatkan hati saya cair..
Rate? 4.9/5- mana boleh bagi penuh kan.. Walaupun hakikatnya cerita ini merupakan filem terbaik yang pernah saya tonton dari segi jalan cerita, pengawalan mutu cahaya, gerak kawal kamera.. semuanya tampak hampir sempurna. Segala- galanya memuaskan. Konklusinya saya suka.. :) Cerita epik perang dan pengembaraan. Pengembaranya tidak mati, orang yang menjayakan pengembaraan banyak tekorban..
Nasib baik pagi tadi masih berkemampuan bangun pagi. Lain kali jangan layan midnight kalau dah tahu esoknya pagi yang bekerja. kalau berjaga untuk tahajud.. sangat jauh lebih baikkan? :">

Comments:
Post a Comment