Tuesday, December 30, 2003
"DALAM BANYAK- BANYAK PEJUANG, SIAPAKAH PEJUANG BERANI MATI?"
Buku 2003 will be close less than 48 hours from now. Banyak benda berlaku dalam hidup kita. Banyak benda yang berjaya dicapai dan terlalu banyak benda yang gagal dilaksanakan. Semua yang berlaku ada sebab dan akibat. Ada cerita yang tersembunyi disebaliknya. Yang jahat pasti ada baik. Perempuan mesti ada lelaki. Ying and Yang. Hitam dan putih. Ada pondan ada tomboy. Aku dan engkau. Bos dan kuli. Duda dan janda. Hidup dan mati. Hakikat kejadian.. benda yang berlaku.. ‘beralasan’ walaupun sering kita kata “takde apa- apa lah” Bluwekk!!!
Azam tahun 2003? Ada yang tercapai dan banyak yang tidak. Tak pe.. bring it forward. 2004 ada 366 hari untuk aku teruskan kehidupan kalau dipanjangkan umur oleh-Nya
2003.. dengan semangat yang tak beberapa menjulang, aku berjaya mengkhatamkan pengajian di kampus seluas segitiga empat kaki itu. Terima kasih pada semua yang banyak membantu. Berjaya memakai topi empat segi berbulu dan berjubah labuh itu. Berjaya membuat mak dan abah tersenyum bangga disisi aku (walaupun bangganya sekejap aja) Berjaya menjawat jawatan penganggur. kemudian berpeluang menjadi pendidik. Dipanggil ‘cikgu’ oleh segolongan anak- anak. Maruah diletakkan sangat tinggi oleh sebilangan manusia dan dijatuhkan separas longkang disebabkan manusia juga. Berpeluang duduk di kerusi yang sedikit berjawatan di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan yang sering buat aku mengeluh tak cukup. (atau aku yg tak pandai bersyukur?) Ramai kawan- kawan aku yang berjaya menamatkan zaman bujang dan tak kurang juga pre- bachelor. Makin ramai yang keluar dari kelab solo. Tapi ada juga yang registered menjadi ahli kelab yang baru. Tahniah buat Hafiz. Straight A’s PMRnya. Anyway.. itu menyamai kedudukan.. bukan memecahkan rekodkan? Tahniah buat Ceyem yang bergelar ayah kepada seorang putera. Nanti.. kalau ada rezeki aku pulak.. tolong nasihatkan anak kau supaya jangan ngorat anak aku. Aku tanak berbesan ngan kau.. Kecuali anak kau tu pakar bedah. Tahniah buat mak.. nampak gayanya dia dapat semula anak lelaki dia. Bukan saja anak. Lengkap dengan menantu dan seorang cucu. Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan. Terima kasih kerana membangunkan Malaysia. Tan Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih. Cabaran hebat sangat ni. Betul.. membina sesuatu yang baru memang sukar. Tapi tidak sesukar mempertahankan sesuatu yang gemilang.
2003.. mencabar kepantasan degupan jantung kami sekeluarga. Banyak juga benda tak best berlaku. Agenda tak best dibuka oleh Amir yang hampir buta mata kerana tercucuk kayu ketika main pedang- pedang. Permainan yang berjaya membuatkan kornea matanya koyak. Aizad diserang denggi. Acik keguguran yang kesnya doktor kata.. “selama saya menjadi doktor, inilah pertama kali saya jumpa kes begini” . Ambong kemalangan kereta, (habis Toyotanya). Black patah jari.. ditambah lagi dengan kemalangan.. Abang Saad pula disondol Wira. Kak Lang dimasukkan ke ICU kerana batu karang. Aku kehilangan terus seorang sahabat. Maruah diri yang dipersenda- senda oleh sebilangan manusia yang tak sedar diri. Jiwa kacau? Itu biasa.. sekejap berbunga sekejap macam ditanah gersang. Biasalah.. graph mana boleh sentiasa linear.. kena ada turun naik juga. Baru mudah nak cari kecerunan. Oleh itu, dgn bangganya aku menganugerahkan tittle ‘Wanita Tabah’ kepada mak dan ‘Perempuan Berjiwa Kental’ kepada diri aku sendiri.
2004? Semoga segala yang tak best akan jadi best selepas ini. Semoga Al –Hayyun buang segala cerita tak best pada aku untuk agenda tahun hadapan. Allah sekadar menguji. Allah bekerja penuh rahsia. Dia tahu kemampuan hambaNya. Allah uji tanda Allah kasih. Cuma aku je yang tak sedar diri betapa Allah kasih pada hambaNya.
Selamat Tinggal yang tak best. Delete! Delete! Nak yang best jek.. Awak.. sayang lebih sikit ye tahun akan datang ni.. Hahaha..
jawapan: kitala pejuang berani mati tu.. satu ketika dulu kita semua pernah survived di kalangan berjuta yang lain untuk mencipta kehidupan.

Comments:
Post a Comment