Sunday, December 21, 2003
Awal pagi aku dah bersiap balik kampung. Semangat nak menjenguk mak abah membuak- buak. (semangat nak menengok barang yang dihantar pun ye jugak) Set chess yang cantik. Baru kalah ngan anak buah yang sorang itu.Terima kasih. Benda kecil yang menarik. Berbunyi dan membuatkan anak buah yang ramai berebut- rebut nak menghancur musnahkan benda itu. Terima kasih awak. Masih ingat pada saya.
____________________________________________________________________________________
saya sama sekali tidak faham mengapa kamu katakan yg kamu tidak jujur, tidak ikhlas malah bukan perempuan yg baik. setakat yg hati kecil saya ini mengenali kamu, kamu ada satu perasaan untuk tidak mengecewakan yg lain. kamu ada penolakan dalam diri supaya memberi yg terbaik dalam erti mana perhubungan yg kamu jalinkan itu.
berkenaan dengan kawan kamu yg dikatakan itu, adakah kamu dalam sudut yg bersalah kerana telah berjaya menjadi seorang yg dipercayai olehnya untuk memberikan kasih, mendambakan kasih? bagi saya..kamu tidak bersalah sama sekali. jauh disudut hati saya ini mengatakan yg kamu telah memberikan yg terbaik. siapa kata kamu tidak jujur? Siapa kata kamu tidak ikhlas? mereka yg mementingkan diri kan? ataupun mereka yg tidak kenal erti budi kamu sebagai seorang kamu disisi mereka?
andai kata saya diletakkan di tempat seorang kamu, saya kan mengerti erti perit dan kepenatan kamu selama ini.tiada sebarang curiga malah saya kan curahkan kasih kepada kamu supaya kamu tidak kesunyian memendam kepenatan. Sesungguhnya saya juga pernah rasa penat kerana hal perasaan ini. Tetapi saya telah berjumpa akhirnya dengan dia yg berjaya memejamkan mata saya dengan tenang dan dapat tidur lena. mimpikan hanya dia.. hanya dia yg bergema ditelinga ini.
dulu..semasa saya luahkan kepenatan saya kepadanya, waktu itu hari larut malam, hujan bakal turun bila bila masa, angin kencang menyapa kami yg duduk memandang langit yg kosong. saya sayu menyatakan kesunyian, malah kepenatan juga terpancar di ruang mata ini. Dia katakan kepada saya kerana kadang kadang bila mahu memasti, kita semakin ragu, terlalu berbicara dan banyak menganalisa..kita semakin tidak tahu...saya terkedu memandangnya dengan wajah kosong. dia berada disisi saya.. dia yg membungkam semangat jiwa lara ini..
kesimpulan saya mudah saja kamu..
kan wujud awak kamu di dalam hati kamu, seperti wujud dia saya di hati saya.
dia adalah tempat saya mengadu bermanja, tak kira bila mengapa dan bagaimana.
dia kan telah bersedia untuk semua itu?
saya seorang tidak tertanggung..percayalah..
begitu juga kamu..
kawan kamu hilang kamu terasa kehilangannya..itu kerana kawan itu pernah ada dalam hati kamu. ruang yg hadir mengisi kehadirannya dalam hati kamu tidak kan terisi dengan benda lain. ruang itu kan terus kosong.. tidak terisi mungkin selamanya..ataupun terpulang kepada kamu untuk mengisi nya dengan kehadiran awak kamu..
sesungguhnya anda kan bahagia.. mungkin nanti..
siapa tahu..
akhir kata,maaf sebab lambat reply..
dan mungkin ada disini yg menyinggung,
maaf ya..
saya suka mendengar dan berbicara..mungkin untuk sesuatu yg pasti hadir.. itu saja!
-alif naim-
Bahasa inikah yang indah atau aku tak paham dalam satu hela masa yang payah...

Comments:
Post a Comment