Tuesday, October 07, 2003
Terkejut tapi taklah melompat macam beruk. Ingatkan setakat mengganti kelas, meja dan kerusi di bilik guru, rupa- rupanya siap ambil skandal saya sekali. Patutlah waktu saya mengutuk Azhar yang kononnya berubah hati, saya terperasan Roslina yang berubah air muka. Rupanya kena atas kepala. Maaflah cik kak.. mana kita tau. Penat gosipkan mecik tu dengan Azman, rupanya diam- diam dengan Azhar pulak dia. Azhar kata, tempat tu disimpan untuk saya, tapi disebabkan awak saya dah tutup jalan, jadi tempat itu diberi pada ina. INA juga. Hahaha! Selamat bertunang korang.. Eh! Belum bertunang lagi. Bulan 12 nanti. OHHH! aku kuciwa.. aku kuciwa menderita. Saya cakap kat mak, pasni saya tanak balik kampung lagi.. sudah patah hati. Azman lagi lah frust menonggeng. Tak pe man.. kau masih ada aku. Sementara awak aku tak balik lagi ni. Hahaha.. gila tak senonoh.. nak buat curang heboh satu dunia. curang yang jujur. Tak pe kan wak kan? :p
Saya melawat anak- anak. Alhamdulillah.. masih lagi diingati. Dan yang paling seronok, "teacher.. teacher makin lawala.." pakwe saya memuji. (itupun selepas saya rasuah dengan gula- gula choclairs) Saya makan sampai sengkak- sengkak perut. Terlalu banyak buah- buahan yang kena makan (dibelanja anak murid) Nak di beri pada cikgu- cikgu lain, pesanan mereka. Ini untuk teacher, kena makan. Jangan bagi orang lain. Saya tak menyangka kehadiran saya masih di sambut dengan hadiah. Nasib baik tak dengan karpet merah. Ini yang nak jadi cikgu balik nih. Anak- anak mencari seseorang. Saya tanya tengok siapa? "Teacher cakap kalau teacher datang sini, teacher nak tunjukkan kami dengan orang asli" saya gelak besar. Terbayang seseorang dalam kepala. Siapa? Hehehe.. Saya kata.. lain kali. Orang asli sibuk. Tak dpt datang. Tidak dalam masa terdekat ini. Dia ada tanggungjawab besar yang perlu diselesaikan. Anak murid kata.. tak apa.. lainkali boleh jumpa lagi. Yang penting mereka jumpa saya. Saya kata dalam hati, untung mereka. Rindu pada saya, masih lagi berpeluang berjumpa. Saya? Rindu setengah tong drum pun.. buang karen jek. Orang tu tetap tak boleh muncul depan mata.
Azhar hantar saya ke pekan, menguruskan segala urusan bank. Saya kutuk habis habisan. Saya tak berniat nak mengenakan dia. Rupa- rupanya memang terkena. Saya pernah cakap pada mamat tu di rumah Roslina (saya dan ina mintak tolong dia hantar kami ke satu tempat yang kami berdua tidak tahu), so singgah rumah ina dulu, tumpang solat) "hari ni kamu datang rumah ina as kawan, satu hari nanti kamu datang sini as menantu" rupanya masin mulut saya. Lepas ni saya nak kata banyak kali.. saya nak jadi isteri pada awak saya. Hehehehe.. Agak- agak mangkus (di baca- mujarab) tak? Awak tak kata pa pe pun.. saya plak yang lelebih.. hohoho.. kekadang melebihkan sudu dari kuah itu tak salah. Tidak ada tekanan dalam kata- kata saya. Awak masih ada ruang untuk memilih..
Saya dapat gaji guru, bolehlah buat untuk pindah rumah, bayar deposit bagai. Hulur sikit pada mak, upah hantar saya ke simpang pagi- pagi. Mak tolak sebab mak cakap saya nak banyak pakai duit. Tambah- tambah lagi nak pindah rumah. Saya cakap kat mak.. Ambikla.. sebab lepas ni takut saya jadi anak lupa daratan. Tak ingat mak ayah. Nanti mak tak merasa duit saya lagi. Mak sekeh kepala saya. Walau tak kuat tapi saya tetap rasa sakit. Walau sakit saya masih gelak besar. Hahaha. Saya sudah ada tanggung jawab baru.. menyara mak dan ayah pula.
Along cakap, setiap bulan, gaji yang kau dapat, asingkan dalam seratus dua. Nanti nak kawin senang. Ada simpanan. Aku sengih jek. Seratus dua? Hehehe.. gaji pun cukup- cukup. Susah nak menyimpan istilah "RATUS" ni. Sepuluh ringgit sebulan.. boleh kot. Kalau boleh. Hahaha. Adik beradik, kalau nak membantu, setakat seratus dua bolehlah. Yang lain lain sendiri. Blanja nak nikah bukan sikit. Banyak.. walaupun kau tak kawin kat hotel mana- mana. Saya cakap nak kawin dekat masjid je. Bunga telur tayah buat. Balut dalam tisu macam zaman dulu- dulu. Along kata "boleh.. tapi nanti kau ngan laki duduk setakat pintu pagar jekla.." Saya berfikir.. saya sudah ada tanggung jawab baru, mengumpul duit untuk kehidupan bekeluarga saya suatu hari nanti.
Cikgu shaharum menegur saya dengan ceria. Bertanyakan kad jemputan. Saya kata bagi tempoh dengan saya tiga tahun lagi. Itu pun paling awal. Saya kata saya nak beli empat barang berlainan yang setiap satu darabkan dengan dua. Pertama, saya nak beli mesin basuh, satu untuk saya, satu untuk mak. (mesin mak sudah rosak) kedua, saya nak beli TV besar, satu untuk saya, satu untuk mak. Yang ketiga, saya nak beli set sofa, satu untuk saya, satu untuk mak. Dan yang ketiga saya nak beli peti sejuk. Satu untuk saya dan satu lagi untuk mak. Kemudian.. saya nak beli.. kereta. Untuk saya sahaja. Saya juga nak beli rumah. Juga untuk saya. Saya nak memiliki komputer baru untuk diri saya dan saya nak beli mesin jahit singer bagi menggantikan mesin jahit yang sudah rosak itu. Saya berfikir.. saya sudah ada tanggungjawab baru, saya perlu menyediakan sendiri kemudahan- kemudahan untuk diri saya dan keluarga saya.
Tak lama lagi Ramadhan. Saya sudah praktis. InsyaAllah, saya rasa saya boleh lakukan dengan baik. Kemudiannya Syawal. raya Baju raya, kueh raya, sudah berlegar dalam kepala. Jangan lupa, sudah bekerja bermakna tidak ada lagi istilah DAPAT duit raya. Istilah yang perlu diguna pakai 'BAGI duit raya. Anak buah saya ada 17 orang. Mak kata.. itu yang motan. (dibaca- yang rapat, tidak boleh tidak kene hulur juga) Campur anak cucu cicit mak saya yang berpuluh puluh, culai culai.. saya kata kat mak. Mak.. raya nih adik tanak baliklah. Mak cebik bibir dengan saya. Saya berfikir.. saya sudah ada tanggungjawab baru. Saya perlu menyediakan duit raya dan tidak lagi menerima duit raya.
Zaman bekerja adalah zaman penuh tanggungjawab, Tanggungjawab pada kerja, pada keluarga, diri sendiri, pada orang lain.. semua mula melibatkan diri dengan sekitar. Beratnya... Jangan mengeluh sayang. Buat yang terbaik. :)

Comments:
Post a Comment